SHAKLEE TIADA KAITAN DENGAN ISRAEL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
 
Saya doakan semua pembaca budiman sekalian sentiasa dirahmati Allah.
 
Saya rasa terpanggil nak berkongsi pencerahan tentang isu lama yang dibangkitkan semula.
Ini berkaitan isu SHAKLEE sokong Israel...
Hal ini akan dibangkit setiap kali Israel menyerang Gaza.


KECELARUAN MELANDA
 
Apa agaknya ISU LAMA nih???
Ramai yang dah tahu, ramai juga yang tak sure...
Meh saya kongsikan.

Ada sebuah laman web kepunyaan seorang lelaki dari komuniti Yahudi (seperti gambar di bawah). Dalam laman web itu telah dipaparkan logo SHAKLEE GLOBAL dalam senarai badan-badan yang menyokong komuniti tersebut.




Link laman web ini bukanlah laman web Shaklee yang rasmi.

Ini telah menimbulkan prasangka negatif terhadap kami para pengguna & agen yang berniaga.


KAMI SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Gelaran Shaklee Independent Distributor (SID) atau Pengedar Bebas atau Agen Shaklee adalah diberikan kepada para peniaga atau pengguna yang mendaftar dengan Shaklee sebagai ahli. Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah RM65 sahaja bagi keahlian seumur hidup.

Pada setiap pertengahan bulan, SID akan menerima bonus bergantung pada hasil pengumpulan point UV sepanjang tempoh sebulan bulan sebelumnya. Contoh 15 Julai 2014 terima bonus hasil UV terkumpul pada sepanjang Jun 2014.

Anda boleh klik di sini untuk penerangan lanjut tentang Bagaimana Cara Nak Join Shaklee.

Lelaki ini juga merupakan 'Shaklee Independent Distributor' sama seperti kami, cuma bezanya... bonus beliau disalurkan kepada Israel secara individu, tiada kene mengena dengan Shaklee Corporation.

Tetapi bonus kami peniaga muslim, disalurkan kepada badan-badan kebajikan Islam,
rumah anak yatim, rumah warga emas dan juga Aman Palestin.

Ini semua bergantung pada niat masing-masing. Jika Islam, bantulah orang Islam. Begitu juga niat komuniti tersebut (mungkin lah...)

Ini view laman web Shaklee Malaysia. Anda boleh klik pada gambar untuk melawat laman web tersebut.

http://www.shaklee.com.my


PENCERAHAN DIPERJELASKAN

Presidental Master kami dari Group Jutawan (PM Laila) telah pun mengemukakan soalan berkaitan isu ini, untuk mendapatkan pencerahan.

Berikut adalah buktinya...
 
Reply from Shaklee:-
Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No.
Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.
Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.
Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.
Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International

Ini adalah kenyataan pengumuman dari Shaklee.
 
 
 
 
 

Harap dengan kenyataan ini dapat memuaskan hati para pengguna & SID itu sendiri...
Perkara ini amat penting untuk diperjelaskan... Maklumlah, kami dah serasi amalkan suplemen & vitamin dari Shaklee ni. Ada yang dah makan bertahun-tahun gitew...
 
Disebabkan hal ni, tak pasal-pasal ada yang sanggup upload status di fesbuk nak buang semua suplemen & vitamin yang dah dibeli. Itukan membazir namanya... Siap ada yang kutuk SID sebab tak amalkan makanan sunnah...
 
Kenapalah menuduh tanpa usul periksa. Di sini ada penjelasan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman :
"Makanan Sunnah ialah apa-apa makanan yang memberikan KESIHATAN & KECERGASAN walau tidak wujud di zaman Nabi. Makanan Sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi."
 
 
INFO TERKINI
 
Untuk makluman semua, ini ada info terbaru yang kami terima, iaitu KI telah mengeluarkan logo Shaklee Global dalam senarai badan-badan yang menyokong komuniti mereka & juga Isreal.
Maka dengan ini, segala tuduhan tidak berasas perlu juga digugurkan kerana SHAKLEE TIADA KAITAN DENGAN ISRAEL.
 
Niat kami adalah untuk membantu menambah nilai hidup orang lain dengan meningkatkan tahap kesihatan mereka & membantu ekonomi mereka semata-mata kerana Allah Taala. Bukan berniaga nak untung semata-mata. Selain itu kami juga mengikut sunnah Rasullah iaitu BERNIAGA kerana ia adalah 9 daripada 10 punca rezeki di muka bumi Allah ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakhbar.
 
Ini bukti info terkini.
 
 
 
Sekian saja coretan saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
 
Wasalam.
 
Supermom
 
Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH
| Shaklee ID : 929497 |
Asnita Baharin | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat) | ita2112@yahoo.com
Hanafee Hannbotaqbesi | 019-7982112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat)
 
 

Comments