GERHANA BULAN YANG PERTAMA BAGIKU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pembaca sekalian.
As doakan semoga kalian sentiasa beroleh rahmat & nikmat dari Illahi. Aamiin.

Sedikit perkongsian sempena 13 Zulhijah 1435 Hijrah untuk renungan kita bersama. Semoga in memberi manfaat untuk kita semua. Insyaallah.


GERHANA BULAN
 
Sebuah fenomena alam akan kembali terjadi pada hari Rabu esok (8/10/2014), iaitu GERHANA BULAN PENUH.

Peristiwa ini dikaitkan oleh beberapa media dengan istilah “Bloodmoon”, di mana pada saat gerhana tersebut bulan akan tampak berwarna merah darah.

Sumber dari NASA dan hasil simulasi dengan menggunakan software Stellarium. Gerhana bulan 8 Oktober 2014 dimulai dengan fasa gerhana sebahagian pada pukul 5.15 petang . Lalu disusul fasa gerhana penuh pada pukul 7.24 petang dan diakhiri dengan fasa gerhana sebahagian lagi sampai ke pukul 8.34 malam.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsCr5cpMuOStGX08Srhr1n_cZ4SRsl-KnHPEdJ0BtKvHiVrgIQ9DoqVEHDw09HcBFuzmCSi9kJUKqsQl-LEpB_3_ygJ9eHO6eKWSUi5PgZuODvZGIRwm5e1NoybS2YsN9LydkSwtrVXms/s640/IMG_20141008_111928.jpg
Gambar contoh 'Bloodmoon'

RAHSIA DISEBALIK KEJADIAN GERHANA
 
Rahsia disebalik Kejadian GERHANA MATAHARI menurut perspektif Islam

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:
 
سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ 

“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”
 
Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu.

Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu GERHANA MATAHARI dan GERHANA BULAN.


APAKAH MAKSUD GERHANA?

GERHANA itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata’la melakukan-Nya.
 
Oleh itu jika berlaku kejadian GERHANA MATAHARI atau GERHANA BULAN, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan.

Tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata’ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
 
“إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kami.


AMALAN DI KALA GERHANA

Apabila dijangka berlakunya GERHANA MATAHARI atau GERHANA BULAN, kita disunatkan melakukan SOLAT SUNAT KHUSUF.

Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.

Hukum melakukan ‘SOLAT GERHANA BULAN’ atau dikenali juga dengan nama ‘SOLAT SUNAT KHUSUF’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat.

Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
 
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
 

SOLAT SUNAT KHUSUF (GERHANA BULAN)

1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
 
2. Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
 
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
 
3. Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
 
4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَ
لِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات
 
5. Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَات
 
6. Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa.

7. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:


CARA-CARA MELAKUKAN SOLAT SUNAT KHUSUF
 
1. CARA PERTAMA
Solat Sunat Khusuf 2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
 
A. RAKAAT PERTAMA
 
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6. Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
 
B. RAKAAT KEDUA
 
1. Membaca surah Al-Fatihah.
2. Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5. Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.
 
 
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).”

Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:
وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة
Ishak B. Rahawaih berkata: “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
 

 
2. CARA KEDUA
Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
 
1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat gerhana.
3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
 
 
Abu Bakar B. Al-Mund
zir berkata: “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.” (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
 
 
3. KHUTBAH SOLAT SUNAT GERHANA
 
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia:

“Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari r.a.)
 
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut.

Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku. Semoga kita diberkati Allah swt.



Sumber ini tersebar meluas melalui media sosial
 
 
Sumber ini juga tersebar meluas melalui media social untuk makluman umum
    
 
 
Gambar diambil di Kuala Lumpur sekitar pukul 6.50 pagi.
Sumber dari kumpulan Usrah Menuju Firdausi.
Cuba zoom gambar untuk image yang lebih jelas.
SUBHANALLAH
 
Sekian saja perkongsian dari As, semoga ia memberi manfaaat kepada kita semua.
Ini juga merupakan kali pertama bagi As untuk melakukan SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI, Insyaallah.
 
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
 
Wassalam
#supermom #positifminded #positifenergy #aurapositif
 
Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA 
 
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH 
 
 
 
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati urusan anda.

Comments