SIAPA KOLESTEROL? ADAKAH IA KAWAN ATAU LAWAN???


Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. As doakan semoga u olls sihat sejahtera, kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Bertemu kita di entri terbaru As. Kali ni As nak kongsi sedikit info yang As dapat dari bengkel nutrisi Shaklee tentang... SIAPA KOLESTEROL, ADAKAH IA KAWAN ATAU LAWAN KITA???




Kolesterol adalah sejenis lipid yang mengandungi lemak sterol. Ia terhasil dari metabolisma yang berlaku di hati dan daripada pemakanan seharian kita. Kolesterol berfungsi dalam menghasilkan hormon dan membran sel yang diperlukan oleh badan. Ia dihantar ke seluruh sel badan melalui plasma darah.

Kolesterol terdiri dari 2 jenis iaitu HDL dan LDL. Haa, yang mana satu KAWAN yang mana satu LAWAN???


HDL adalah High Density Lipoprotein atau lebih dikenali sebagai KOLESTEROL BAIK.
HDL berfungsi membersihkan kolesterol LDL dari dalam darah. HDL umpama bahan pencuci kolesterol berlebihan yang menyumbatkan salur darah.

LDL adalah Low Density Lipoprotein dan dikenali sebagai KOLESTEROL JAHAT. Jangan kawan dengan kolesterol LDL ni tau. Paras yang berlebihan boleh menghadiahkan penyakit jantung kepada pemiliknya akibat daripada salur darah yang tersumbat dengan kolesterol.

So, sekarang u olls dah tau kan, yang mana kawan dan yang mana lawan...
Jadual di bawah menunjukkan panduan paras kolesterol yang diperlukan oleh tubuh.





ASAL-USUL KOLESTEROL

Kolesterol berasal dari 2 sumber iaitu pemakanan dan tubuh manusia itu sendiri.
Hati dan sel-sel badan menghasilkan antara 75 - 80 peratus kolesterol. Selebihnya 20 - 25 peratus adalah dari pemakanan. Kebanyakan kolesterol dari sumber pemakanan adalah bersifat LDL. Maka ia akan meningkatkan lagi paras kolesterol LDL dalam badan kita. Akibatnya salur darah akan tersumbat seperti ilustrasi di bawah.


Bayangkan berapa banyakkah darah yang mampu mengalir melalui salur darah yang tersumbat oleh kolesterol LDL???


Lagi ilustrasi yang menunjukkan apa yang terjadi pada salur darah kita jika badan kita menyimpan banyak kolesterol LDL.



BERAPAKAH KANDUNGAN KOLESTEROL DALAM MAKANAN KITA???

Tahukah u olls berapa kalori makanan yang u olls makan setiap hari?
Tahukah u olls berapa kandungan kolesterol yang terdapat dalam setiap menu harian u olls?
Tahukah u olls berapakah jumlah kolesterol yang sepatutnya u olls ambil setiap hari?

Haa... macam mana nak jawab soalan banyak-banyak ni kan...

Meh kita tengok kandungan kolesterol dalam beberapa contoh menu makanan yang kita biasa makan, kira feveret dish la gitew.












Haa macam mana sekarang, dah tahu dah bagaimana keadaan dalam badan u olls, selepas hari-hari dok melantak makanan feveret u olls tu. As pun rasa seram sejuk juga bila mengetahui kandungan kolesterol dalam makanan tersebut, tapi ni baru sikit, banyak lagi makanan feveret u olls yang tidak tersenarai di sini, nanti kita cari sama-sama yek.


KESAN KOLESTEROL BERLEBIHAN

Seperti yang As nyatakan di atas tadi, lebihan kolesterol dalam badan kita akan mengakibatkan salur darah tersumbat. Maka akan berlakunya penyakit yang amat ditakuti oleh kita semua iaitu penyakit jantung.




Ketahuilah bahawa, serangan penyakit jantung dan angin ahmar juga akan meningkat.



Anda juga berisiko mengidap penyakit hati, tekanan darah tinggi dan masalah ketidaksuburan.




APA TINDAKAN KITA

Macam-macam boleh berlaku jika kita tidak mengambil berat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pengambilan kalori dalam makanan.

Kita mungkin menternak lebih banyak kolesterol jahat dan mengurangkan kandungan kolesterol baik (HDL) jika kita berterusan hanyut dalam kesedapan makanan berlemak, bergoreng, bersantan, bergula dan berminyak. Wah ini dah macam tips program #NECK #Now Everyone Can Kurus plak nih.

Sebagai 1 langkah alternatif bagi penggemar makanan kurang sihat ni, adalah PHYTOCOL-ST.

Ia merupakan suplemen terbaru keluaran Shaklee yang telah dilancarkan pada Jun 2014 yang lalu. Inilah dia suplemen yang mampu menghalang penyerapan kolesterol jahat ke dalam salur darah kita.



Ikuti penerangan selanjutnya tentang Phytocol-ST di sini.

Sekian saja untuk kali ini, semoga kita bersua kembali.
Anda boleh dapatkan HOT SALE ITEM ini dengan whatsapp As di no 019-7187112 dengan harga kasih sayang. Atau pick up di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang.

Wasalam,

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments