CARA SUPERMOM ESKLUSIFKAN SHAWL MURAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Tan Sri - Puan Sri, Datuk Sri - Datin Sri, Datuk - Datin, Tuan - Puan, Pakcik - Makcik, Abang - Kakak - Adik sekalian.

Cewah, panjang pula opening nya. As doakan u olls semoga sihat sejahtera dilindungi rahmat Allah. Anda Kaya dan Berjaya dunia akhirat.

Hari ini As nak santai-santai sharing dengan u olls tentang bagaimana As release stress (omputeh kata), kira macam hobi juga lah. Almaklum la sekarang ni As agak 'sibuk' sikit nak siapkan dokumen untuk audit GMP Pharma pada 28 & 29 September 2015 nanti. 

Oleh kerana hari hari dok mengadap lappy sampai pinar-pinar mata ku dibuatnya... cewah. Maka As pun men release kan lah tension dengan cara As sendiri.

Seperti biasa As akan menjahit untuk meredakan tekanan. Maka, As pun bercadang nak deko shawl yang As baru beli secara online. 

As ada beli 4 helai shawl Hanis Zalika dengan seorang kenalan dari Facebook. Antara sebab kenapa As beli shawl ini adalah;

1) Dapat menutupi aurat kerana shawl bersaiz besar dengan 2.5 meter panjang & 1 meter lebar. 

2) Material heavy chiffon yang mudah dibentuk & digayakan. 

3) Harga yang murah jika beli lebih dari 2 helai.

4) Koleksi warna yang pelbagai & menarik.

5) Saja suka suki sebab shawl sempena nama Hanis Zalika gitew. 

Haaa... Sebab ni la As terbeli sampai 4, siap share dengan kengkawan yang lain supaya boleh jimatkan postage. Hehehe macam comel jek alasan terbeli tu... ni pun ada cita-cita nak beli lagi ni... Ishhhh3

Inilah shawl nya, ada 4 warna yang belum ada dalam koleksi As lagi tau, hehehe. Warnanya light blue, light gold, light pink dan leaves green.


Waktu malam As ambil masa untuk memulakan kerja-kerja mendeko shawl baru ni. As pun ambil lah peralatan menjahit As. Kemudian kerja-kerja memanikkan shawl dimulakan.  Tengah As dok syok menjahit, tetiba si bulus Mylo ni datang dengan comel nya lalu merebahkan diri di atas shawl. Sabar jelah kannn...


Dah siap shawl warna light gold, As pun sambung pula shawl seterusnya leaves green. Hurmmm sekali lagi si bulus Mylo datang meneman a.k.a. mengacau. Kali ni main gigit-gigit pula manik-manik yang dah berjahit. As larang pastu tangan As pula yang kena gigit... geram betul.


Dalam masa 2 jam, maka siapkan 2 helai shawl dimanikan mengikut idea kreatif As sendiri. Asalkan menarik tapi ringkas, omputeh kata simple but nice. Inilah hasilnya dan As sempat pakai esokkan harinya di pejabat. Lepas ni nak sambung lagi 2 helai. Nanti As kongsi dengan u olls hasilnya okay.



Sekian saja cerita As kali ini. Tak sabar nak sambung memanikkan lagi 2 helai shawl Hanis Zalika. So itulah cara As jadikan shawl murah kepada shawl esklusif. Kalau beli yang dah siap manik harganya akan lebih sikit la, tapi designnya agak terhad dan mungkin kurang berkenan di hati As. So As pilih untuk jahit sendir.

Semoga bersua kembali di lain episod. 

Wasalam,
Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments