36 TAHUN KU DENGAN TIP HIDUP LUAR BIASA YANG TEMBERANG

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Wah macam nak bagi pengucapan awam plak. Anyway As doakan u olls sentiasa dirahmati Allah dalam segala yang u olls lakukan, okay.

Okay mode As hari ini memang BEST GILER. dari malam tadi sebenarnya dalam hati ni dah vogue de vass gitew, mana tak nya hari ini As genap berusia 36 tahun, lahir tahun 1979 tau, sebab tu umur genap lambat dah hujung-hujung tahun baru nak sambut birthday, heheheh...

Okay sempena hari ulang tahun kelahiran As hari ini, As nak share sikit TIP HIDUP LUAR BIASA YANG TEMBERANG nih, eh bukan As tau yang temberang, tapi orang yang kongsikan tips ni la.

Kalau anda tak percaya cuba baca satu per satu, temberang ke betul?

Kalau betul ikutlah, tapi kalau temberang, cuba tanya orang yang dah kena temberang ni, apa jadi dengan mereka.

KU SEKADAR BERKONGSI

Ramai Orang nak BERJAYA...
Ramai Orang ada IMPIAN...
Ramai Orang nak keluar daripada MASALAH KEWANGAN...
Ramai Orang nak UBAH GAYA HIDUP...
Ramai Orang nak BANTU EMAK AYAH...
Ramai Orang nak ke UMRAH...
Ramai Orang nak HIDUP SENANG...
Ramai Orang nak SELESAIKAN HUTANG...
Ramai Orang tahu HIDUP SUSAH...
Ramai Orang datang ke MAJLIS ILMU...
Ramai Orang belajar kerana NAK BERJAYA...
Ramai Org nak KAYA...

Tapi RAMAI YANG LAMBAT atau TIDAK BERTINDAK...

Kenapa?????????
Sepatutnya kita harus BERTINDAK CEPAT kerana MASA TIDAK MENUNGGU KITA


Ayuh mulakan LANGKAH BARU, lakukan perkara POSITIF yang anda tak pernah lakukan.
Macam As, hari ni As menulis entri di hari ulangtahun As, memang sebelum ni As tak pernah buat pun. So, memang rasa lain lah semangatnya bila kita bertindak. Jom layan kisah As nak propa nih, hehehe.

DI PAGI HARI

Sedari awal pagi, As dikejutkan dengan ucapan nyanyian SELAMAT HARI LAHIR oleh Superdad dan Superkids, memang terkejut den, sebab tak pernah lagi ada koir kat rumah pepagi buta, kih kih kih. Anyway thank you very much to my family, it so lovely. Rasa sebak di hati sambil dapat ciuman dan ucapan doa dari mereka.

Syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan Mu. Semoga hari mendatang lebih berkat rezeki ini. Aamiin. Inilah antara doa yang terucap di hati As sambil menahan sebak gembira.

DI SIANG HARI

Hari ni hari Isnin, so As bekerjalah seperti biasa. Sepanjang As bekerja di Lipidchem, As akan pakai baju cantik pada hari ulangtahun As, tapi disebabkan hari Isnin so As kena pakai uniform pejabat, tak dapatlah As nak propa baju cantik-cantik kan, hehehe saja jek.

As senyum jek lah sepanjang hari, walaupun hari-hari As memang suka senyum. Mestilah kan orang tengah mode happy kerana kurniaan umur dan kesihatan yang baik oleh Allah Taala. Alhamdulillah.

DI PETANG HARI

Di Lipidchem ni, setiap pekerja yang menyambutulangtahun kelahiran akan dihadiahkan sebuah kek. Konon-konon macam suprise la, tapi kesemua kami memang dah tau dah, so buat-buat macam terkejut la konon, hehehe.

Kali ini As dapat kek keju, so lepas tiup & potong kek, ia ada diagihkan kepada semua pekerja sebagai minum petang.

Di sini ada  rakaman video konon-konon suprise untuk As, ecece... propa sangat rasanya kannn


Ni aktiviti harus lepas tiup kek

DI MALAM HARI

Allahhuakhbar, sekali lagi kejutan untuk As dari suami tercinta. Buat suprise kat rumah mak mertua As, terharu sangat dapat kek banyak dan cantik. Tapi yang tak bestnya, As boleh jamah-jamah jek, merasa orang kata, sebab As masa dalam diet #NECK.

Ni ada video gak dan gambar-gambar kenangan. Maaf la yek kualiti video agak gelap.



Kemudian, bila dah balik rumah nak mandi. Ada lagi 1 suprise dari Superkids, oh my love, As tak mampu lagi nak berkata apa-apa selain dari memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah.


Sekian coretan As malam ni, terima kasih kerana sudi singgah, semoga kita bersua kembali.

Wassalam,
Entri ini sekadar catatan memori untuk koleksi As.

Comments