WANITA WAJIB BACA PESANAN PENTING DR HAMID ARSHAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pembaca budiman,

Baru-baru ni As ada terbaca post di Facebook yang di tulis oleh Dr. Hamid Arshat seorang doktor pakar sakit puan yang terkenal di Malaysia. Beliau kongsikan tentang PESANAN UNTUK PARA WANITA. U olls boleh klik original post beliau DI SINI.

As sangat teruja & tersentuh dengan penulisan beliau. Doktor Hamid Arshat yang berusia 72 tahun, sudah pastinya beliau telah jumpa segala macam jenis penyakit wanita kan. Maka tidak salah lah apa yang beliau kongsikan itu. Kali ini tentang PREVENTIVE MEDICINE.

Kebiasaan doktor hanya TAHU MERAWAT PENYAKIT DENGAN UBAT saja sebab mereka kekurangan ilmu tentang pencegahan penyakit. Sebab tu la ramai juga doktor yang ada penyakit kronik sebab tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak menjaga nutrisi sebaiknya, tidak bersenam, maka akan berlaku masalah OBESITI. Ini bukan As suka-suka cakap yek, As dah jumpa sendiri doktor yang begini tetapi pandai pula dia nak nasihatkan kita untuk jaga kesihatan, biar betul kan...

Jom baca pesanan Dr. Hamid Arshat yang As dah copy paste di bawah ini.
Susulan dari itu, As akan kongsikan pengalaman As yang sedikit sebaik berkait dengan pesanan beliau ini. JOM...

===============================================




PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT-PESAKIT SAYA
- Oleh Dr. Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan)

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh digabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan pancaindera. Jangan putus berdoa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara, gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri-ciri positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca seperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diproses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan-makanan tersebut dan juga makanan-makanan segera dan junk food (jajan) serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar - banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan (over cooking khususnya sayur-sayuran)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang-kali sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Sebaikmya kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi, tambah lauk (protien) dan sayur-sayuran jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, kurma atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah-buahan yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum jus cranberry, lemon, limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll - mengandungi berbagai khasiat kesihatan; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur-sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengandungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai 'qada' dan qadar Allah'

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, manfaat dan kebaikan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikerusi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan, perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidrat. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid. Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.

22. Amalkan makan multivitamins (seperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logam meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedah. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan-makanan tambahan yang mengandungi berbagai unsur seperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds (mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

===============================================

Begitu lah hebatnya pesanan dari seorang doktor yang bertauliah lagi berpengalaman. Kita yang cetak ilmu tentang perubatan ni perlulah segera bertindak dan ambil langkah berjaga-jaga tentang kesihatan kita.

As ada highlight kan 4 point yang penting untuk panduan As sebagai wanita khususnya. Berdasarkan 4 point ini, As ada beberapa kisah dan pengalaman yang As akan kongsi di entri akan datang.

Semoga kita bertemu kembali. As doakan semoga segala urusan kita semua dipermudahkan, terutamanya dalam urusan menjaga kesihatan diri dan keluarga tersayang.

Ingat kata-kata penting ini ya kawan-kawan.
CEGAH SEBELUM PARAH dan 
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Salam kesihatan dari As,

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments