PENGALAMAN BERBASIKAL DI FUN RIDE JOHOR FUTURE 3.0

Assalamualaikum dan Selamat Hari Pekerja.

Masih belum terlambat untuk As wish Happy Labour Day to u olls kan. Semoga terus efisyen menjadi pekerja kepada syarikat orang atau syarikat sendiri dan terus komited menjadi khalifah di bumi Allah ini. Semoga Allah limpahkan rahmat rezeki yang berkat untuk kita semua, aamiin.

Ok hari ini As nak share pengalaman kami sekeluarga berbasikal di acara Fun Ride 15km, aktiviti Johor Future 3.0 yang diadakan di Kulaijaya semalam sempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2018.


Ini posternya, oleh kerana kami dapat maklumat last minit pada malam 29 April, maka hanya 3 basikal saja yang muat masuk myvi untuk ke tempat aktiviti. So rider nya adalah Coach Abang Ketaq, superkids Aidiel Haqimi dan Adam Hiqmal.

Kami keluar seawal 6.25 pagi, dan tiba di sana sekitar jam 7.05 pagi. Kami park myvi dan keluarkan 3 biji basikal. 

Ni gayanya sumbat 3 basikal dalam Myvi

Pastu kami daftar secara percuma. Hanya 1000 peserta pertama yang layak dapat nombor untuk cabutan bertuah. Nombor-nombor kami 0088, 0089, 0090, 0303 dan 0304 (gambar nombor sticker bernombor tu terlupa nak ambil hahaha).

Acara dimulakan dengan taklimat aktiviti, makluman track yang perlu dilalui, hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan dan acara-acara sampingan yang dijalankan seperti pertandingan kumpulan zumba dan latihan memanah.

Aksi superkids Alief Haiqal dan Aidiel Haqimi memanah. Dapat shot tengah-tengah tu, hebat anak-anak mama

Sedang duduk dengar taklimat tu, sekali pengacara majlis cakap ada acara Fun Run juga. Wah As terkejut la sebab ingat ada Fun Ride saja. So As ambil peluang join sekali Fun Ride, mujur la 3 km sahaja lagipun As pakai kasut futsal plak tu, biasa kalau lari mesti pakai kasut khas untuk lari. Tak pe lah, kita layan jek lari pelan-pelan.

Aktiviti sebelum acara, kita selfie dulu yek

Selepas peserta memanaskan badan dengan berzumba, peserta acara Fun Run dilepaskan, diikuti peserta Fun Ride pula. As pun lari lah dengan pace As dalam 8 min/km.

Masa tengah dok lari-lari tu dalam 1km lebih, nampak la Coach Abang Ketaq lalu. Tu maknanya peserta Fun Ride pula dilepaskan. So apa lagi lari-lari kita lari la...

As memang akan set track larian As, so As berjaya tamatkan larian sejauh 4km dengan gembira. Walaupun tak dapat medal sebab As orang ke 120 yang sampai daripada 500 orang. Medal hanya diberikan kepada 100 peserta pertama yang tiba di garisan penamat.

Tracker larian guna app MyRun

Tapi takpe, yang penting As puas hati sebab As sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dan As dapat menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga. 

Lepas 15 minit gitew coach pun sampai, Alhamdulillah dapat nombor 2 tapi tak de hadiah, hehehe. Diikuti dengan Aidiel Haqimi & Adam Hiqmal. Ketiga-tiga mereka dapat medal, yeah.
Yeah semua dah sampai. Rider dapat medal Fun Ride 15km

As ni dah nak masuk 39 tahun tau, tapi Alhamdulillah Allah bagi sihat dengan asbab amalkan pemakanan yang sihat, lakukan rutin senaman harian dan amalkan suplemen Shaklee.

Ini antara senarai suplemen Shaklee yang As amalkan untuk sihat dengan izin Allah

Sememangnya mengamalkan makan suplemen Shaklee merupakan pelaburan kesihatan yang sangat-sangat berbaloi. Bukan saja dapat tingkatkan tahap kesihatan, malah dapat pulangan bonus setiap bulan Shaklee masukkan dalam bank.

Dengan berkongsi manfaat kesihatan pun kita dapat bantu orang lain untuk sama-sama sihat dengan amalkan produk Shaklee. As suka tengok kawan-kawan yang lain juga sihat bersama Shaklee dan berharap ramai lagi rakan-rakan di luar sana mencuba produk Shaklee untuk meningkatkan tahap kesihatan masing-masing.

Okay la sharing As kali ni, nanti kita jumpa lagi. Sebelum kita berpisah, meh layan video live As selepas tamat larian, walaupun termengah-mengah, As tetap bertenaga, Alhamdulillah. (tekan pada gambar untuk tonton video)

Sekian, Wassalam.
 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH



Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com



Comments