UBAT vs SUPLEMEN


Assalamualaikum,
Apa khabar para pembaca sekalian? Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Entri saya kali ini adalah tentang perbezaan antara UBAT (MEDICINE) dan SUPLEMEN (VITAMIN).
Baru-baru ini ada seorang customer saya yang berminat dengan produk kesihatan kulit Shaklee, iaitu Vita-E dan Vita-C SR. Sama juga seperti saya yang inginkan kulit sentiasa rasa sihat dan kelihatan sihat, lebih-lebih lagi bila umur dah masuk 3series ni…

Konsultansi dan jadual makan diberikan supaya customer dpat consume suplemen dengan cara yang betul. Juga mendapat kesan yang diinginkan. Seperti biasa saya follow-up progress customer saya selepas seminggu, namun tiada feedback dari beliau. Saya tetap follow-up untuk minggu-minggu seterusnya…

Nak dijadikan cerita, beliau reply saya selepas sebulan, malangnya beliau menyatakan bahawa beliau telah berhenti consume 2 vitamin tersebut… katanya tiada apa-apa perubahan yang berlaku pada kulit beliau. Saya mendapatkan maklumat selanjutnya tentang cara makan vitamin ini, adakah sama seperti yang saya sarankan ataupun tidak…

Maklum balas dari beliau adalah kurang baik, beliau tidak makan secara konsisten dan tidak minum air secukupnya. Disebabkan tiada kesan positif, beliau mengambil keputusan untuk berhenti consume vitamin tersebut dan ingin mencari produk lain yang lebih berkesan katanya.

Saya tetap berikan konsultasi terbaik terhadap semua customer saya. Saya berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan tiada kesan positif yang beliau maksudkan. Namun gagal… beliau nekad untuk berhenti.

Saya terpaksa akur dengan keputusan beliau, namun saya tidak berputus asa. Saya tetap memberikan nasihat berkaitan dengan konsep kesan positif hasil dari cara pemakanan yang kosisten. Meminum air suam sekurang-kurangnya 3 liter sehari adalah sangat penting, ini bagi membantu suplemen diserap keseluruh badan dan berfungsi dengan baik. Selain itu doa dan tawakal kepada Allah juga penting bagi setiap perkara yang kita hajatkan. Insyaallah segala yang terbaik adalah dari Allah.
Mungkin ada kalangan pengguna yang beranggapan suplemen dan vitamin adalah ubat yang memberi hasil yang cepat dan berkesan seperti yang di war-warkan. Namun, tanggapan itu adalah tidak tepat sama sekali...  Sememangnya UBAT dan SUPLEMEN adalah BERBEZA.
Mari kita teliti perbezaan antara UBAT dan SUPLEMEN.
 

UBAT ( MEDICINE )                              VS                              SUPLEMEN ( VITAMIN )   
U1
Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.      
S1
U2
Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi–fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.      
S2
U3
Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.
Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.      
S3
U4
Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.      
S4
U5
Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain faktor makanan.       
S5
U6
Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.      
S6
U7
Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.       
S7
U8
Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasari seseorang dan boleh menerima kesannya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.      
S8
U9
Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.
Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.       
S9
U10
Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.      
S10

 Oleh itu, apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah…                
1)           Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja
2)           Supplement boleh diambil bila-bila masa dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement
3)           Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat
4)           Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit

Seperti biasa pepatah ini menjadi kata-kata penutup bagi kebanyakan entri, begitu juga saya… MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA...

Pilihan untuk menjadi sihat adalah ditangan anda. Sesungguhnya segala yang terbaik adalah datang dari Allah dan segala keburukan adalah hasil dari kesilapan diri kita sendiri. Berusaha dan bertawakal untuk memelihara kesihatan adalah dituntut dalam Islam supaya kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan muslim juga dapat beribadah dengan sebaik-baiknya.

Sekalian saja coretan saya kali ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca.

Wasalam.
SUPERMOM ASHANNEETA


Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA


# FREE CONSULTATION          # ADORABLE PRICE          # GOOD MENTORING


# GOOD MOTIVATION          # BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat) | ita2112@yahoo.com

Comments