MEMBONGKAR RAHSIA [KENAIKAN GAJI vs BONUS SHAKLEE]

Assalamualaikum,
Apa khabar u olls? Saya kembali lagi, mengisi ruang masa u olls. Didoakan semoga anda sentiasa sihat di bawah lindungan rahmat Allah.
Malam tadi tangan saya ni terasa gatal pula nak menaip… Saya teringin nak membongkar suatu rahsia yang mungkin akan mengusik lubuk hati pembaca yang sensitif dengan isu KENAIKAN GAJI!!!
Membaca tajuk entri kali ini saja, pasti ramai yang tertanya-tanya, APAKAH RAHSIA NYA?
Kalau nak cerita kenaikan gaji, pasti ramai mempunyai pendapat masing-masing. Saya takde niat pun nak menyinggung perasaan sesiapa, ia cuma sekadar perkongsian yang boleh melegakan perasaan hati yang bercampur baur…
Haaa… APAKAH???
 
BERAPA AGAKNYA KENAIKAN GAJI AKU TAHUN NI???
Inilah soalan yang biasa bermain difikiran semua pekerja setiap kali masuk tahun baru. Tak kiralah pekerja kerajaan mahupun pekerja sektor swasta.
 
Kenapa agaknya kita perlu tanya soalan ni??? Tak cukup ke gaji yang kita dapat sekarang ni??? Kenapa kita berkehendakan kepada kenaikan gaji??? Layakkah kita untuk mendapat kenaikan gaji sekian-sekian ringgit berdasarkan prestasi tahunan kita???
Tepuk dada tanyalah hati…
Saya pun sama macam orang lain juga, pernah tertanya-tanya soalan yang sama… tapi itu dulu, semasa saya bekerja sebagai Chemist (orang melayu cakap Ahli Kimia kononnya…) di sebuah kilang memproses makanan ternakan sekitar tahun 2005 – 2008.
 
Saya pernah terima kenaikan sebanyak RM200, RM100 dan RM10. Gila kalau difikirkan, saya Chemist naik gaji RM10 jek!!! Anak buah saya yang lain dapat kenaikan sekurang-kurangnya RM50... boleh percaya ke???
Adakah nilai ini setimpal dengan kerja yang saya telah lakukan? Atau terdapat politik dalaman disetiap jabatan? Hanya Allah saja yang tahu. Namun, saya tetap rasa bersyukur kerana saya dapat RM10. Kalau setahun dah jadi RM120. Banyak juga tuuu… Korang ada ke???

 
AMBIL RISIKO MENGUBAH KERJAYA
 
Oleh kerana saya tidak mampu lagi untuk meneruskan cabaran bekerja di sana, saya telah mengambil keputusan berhenti kerja di kilang tersebut dan menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sekitar tahun 2008 – 2010.
Sememangnya saya seronok menjadi guru walaupun sekadar guru sandaran, kerana ini merupakan cita-cita saya sejak dibangku sekolah. Saya berasa sangat seronok menjadi guru ketika itu, seolah-olah cita-cita saya telah tercapai.
Namun, ia bukan rezeki saya untuk terus berkhidmat sebagai guru sandaran. Saya tidak terpilih untuk menerima tawaran sambung belajar Diploma Ikhtisas Perguruan, di mana sijil kelayakan diperlukan untuk menjadi GURU SEBENAR atau GURU BERKELAYAKAN.
Di saat itu saya berasa sangat down, sedih, kecewa dan berbagai lagi perasaan negatif. Saya segera atasi kesedihan saya, sebab saya seorang yang  SELF MOTIVATED!!! Saya beranggapan sememangnya ada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik.
Pengalaman singkat menjadi guru yang telah saya alami amat-amat saya hargai. Banyak pengalaman yang saya timba yang saya bakal kongsikan nanti. 
Apa-apa pun saya harus terus berjuang...
Staying Motivated
 
IMPLIKASI TIADA KENAIKAN GAJI ATAU TIDAK BEKERJA
Oleh kerana saya sentiasa berfikiran positif, saya dapat menghadapi cabaran yang mendatang… Apa jadi kalau saya tidak bekerja???
Sememangnya komitmen saya besar, iaitu menyelesaikan hutang dan keperluan isi rumah. Ini kerana saya bekerja demi membantu meringankan beban suami saya. Kami sama-sama bekerja untuk menjana ekonomi keluarga kami.
Logikkah kita bekerja untuk membayar hutang??? Hakikatnya inilah sebenarnya yang berlaku. Kalaulah bekerja bertahun-tahun tapi gaji tak naik, apa akan jadi??? Tapi apa impak kalau tidak bekerja langsung???
Oleh kerana saya tidak bekerja, saya berasa sangat gusar, kepala otak saya ni tidak henti-henti berfikir bagaimana nak cari WANG atau DUIT untuk membayar hutang-hutang kami…
Saya pernah berniaga karipap, popia & donat. Mujurlah saya ada kemahiran menjahit dan dapat jugalah saya menjana pendapatan kecil dengan mengambil tempahan menjahit baju kurung.
Walaupun tidak selebat mana pendapatannya, namun saya rasa sangat bersyukur Alhamdulillah, di atas rezeki yang Allah kurniakan.
 
rezeki2

 
TEBALKAN MUKA MINTA BANTUAN 
 
Walaupun saya dah cuba berniaga kecil-kecilan, tetapi itu tidak mencukupi… disebabkan bebanan hutang, saya juga pernah meminjam dari ahli keluarga dan kawan-kawan. Saya rasa sangat bersyukur di atas kemurahan hati mereka-mereka yang pernah menghulurkan bantuan kepada saya.
 
Walaupun hutang tersebut telah dibayar… namun harga kemuliaan hati untuk membantu saya yang dalam kesusahan, hanya Allah sehaja yang dapat membalas budi baik kalian.
Malu tosah cakap la dikala meminjam duit orang lain… selalu gak terfikir dalam hati.. teruk sangat ke diri aku ini? Belajar sampai dapat Ijazah Sarjana Muda, tapi dapat kerja tak sebagus mana pun…
 
Rasa sangat berdosa pada ketika itu kerana mempertikaikan takdir Allah. Sesungguhnya saya akur bahawa SAYA SEDANG DIUJI… Di kala hambamu ini rebah, di saat itulah hati yang lemah ini terus merapatkan diri kepada pencipta.
Saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan saya rezeki yang terbaik supaya saya dapat meneruskan perjuangan saya sebagai manusia dan Khalifah Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani…

HADAPI CABARAN, LANGGAR DINDING
Setelah hampir 4 bulan menganggur, selepas kontrak guru sandaran saya ditamatkan, saya diterima bekerja di sebuah kilang oleochemical. Saya kembali bekerja sebagai Chemist. Terima kasih sangat kepada kawan saya yang membuka peluang pekerjaan kepada saya.
Seperti orang ngantuk disorongkan bantal… saya menerima tawaran tersebut. Saya kembali bekerja. Tahun pertama bekerja (2011), hampir 75% duit gaji saya diagihkan untuk membayar tunggakan hutang termasuk duit yang dipinjam dari kawan-kawan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak hutang saya semakin berkurangan… Kini masih dalam proses menyelesaikan hutang besar-besar... SASARAN UNTUK BEBAS HUTANG SEAWAL TAHUN 2015!!!


Mohon kalian doakan saya yek...
Ditempat kerja baru ini saya perlu belajar semula selok belok bekerja kilang yang telah hampir 3 tahun saya tinggalkan. Mujurlah saya ni fast learner, cepat belajar… haa jangan tak percaya pula, saya boleh buat dan akan buat sesuatu perkara jika saya nak… Saya akan set minda saya untuk yakinkan saya boleh buat ITU dan INI.
Nampak senang kan… memang senang pun kalau kita yakin. Kita KUASAI MINDA kita sendiri… jangan biar perasaan menguasai minda kita… cuba anda, cuba guna kuasa minda anda… begini:
1)     CUBA ANDA DUDUK, KEMUDIAN BANGUN TANPA BERFIKIR APA-APA…
Lagi satu,
2)     CUBA ANDA DUDUK, KEMUDIAN CAKAP DALAM HATI “AKU BOLEH BERJAYA, AKU BOLEH BANGUN DENGAN SEMANGAT, AKU HEBAT”, KEMUDIAN BANGUN SAMBIL CAKAP ‘YES”
Anda rasakan sendiri dan nilaikan kuasa minda anda…
 
SAYA PUN TAK DAPAT…
Nak dijadikan cerita, setiap tahun baru mesti saya dah mula bertanya-tanya dalam hati “ berapa agaknya kenaikan gaji aku tahun ni?’’ Samalah macam cerita kat atas tadi… Tapi kali ini pertanyaan itu tak serius sangat… Saya buat relax jek…
Baru-baru ini manager saya panggil meeting, sambil meeting tu beliau ada cakap “ As, kau tak ada kenaikan gaji tau tahun ni!” Hah, amik kau… Tepanjat akak dengar, mula-mula tu fikir gak, betul ke? Tapi saya terus confirmkan sendiri…
Betullah tu, saya rasa syukur Alhamdulillah. Allah sedang menguji ku lagi. Kalau dulu, dah melenting dah, saya ni kaki gaduh juga tau… hehehe…
 
Lepas tu saya pun buat kerja macam biasa la… Saya tetap sibuk dengan urusan kerja saya, lebih-lebih lagi sekarang ni pekerja syarikat sedang dalam proses menyiapkan dokumen dan menambahbaik infrastruktur untuk mendapatkan persijilan GMP+B2 bagi meningkatkan tahap produktiviti syarikat.
Selang 2 minggu, manager saya panggil lagi. Katanya “ As, aku nak beritahu ni, kau tiada kenaikan gaji pada tahun ini, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, harap maklum”. Saya pun jawab “Kan kau dah bagitahu hari tu…” Kami hampir sebaya, sebab tu cakap ‘kau aku’ jek... Hehehe... 
Saya okay jek… Dah bukan rezeki saya, nak buat apa lagi? Takkan nak gi tanya Boss pula, apasal gaji saya tak naik Boss… Nanti Boss saya jawab “Hari-hari makan pengat, sendiri mau ingatlah…” HAHAHAHA... baru padan muka aku...
Saya tetap rasa syukur sangat, sebab Allah sedang menguji saya lagi.
 
SAYA ADA BONUS SHAKLEE…
Tentu anda hairan kenapa sekarang ni saya relax jek bila tiada kenaikan gaji… Sebabnya, saya dah ada bonus Shaklee.
 
Dari mula saya join Shaklee bulan May 2013 sehingga kini, tiap-tiap bulan saya dapat bonus Shaklee. Saya anggap tiap-tiap bulan saya dapat kenaikan gaji, dengan nilainya yang semakin bertambah setiap bulan.
 
Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah. Bukan niat saya nak menunjuk-nunjuk soal rezeki, tetapi ia lebih kepada berkongsi tentang perubahan kehidupan biasa-biasa saya sebelum ini kepada kehidupan LUAR BIASA saya sekarang ini.
Pastinya rakan-rakan seperjuangan Shaklee saya yang lain mendapat bonus yang lebih besar dari saya. Namun saya bandingkan apa yang saya dapat adalah daripada apa yang saya usahakan selama ini. WHAT YOU GIVE? YOU GET BACK!!! THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET!!!
Kita jangan sekali mengalah dengan apa saja cabaran yang mendatang. Apa yang penting, kita harus berusaha menempuhi cabaran tersebut. Usaha, tawakal & doa adalah kunci kejayaan. Saya rasa sangat bersyukur dan gembira kerana telah diperkenalkan dengan Shaklee oleh sahabat sekolah saya yang kini merupakan mentor saya.
Berada di dalam kumpulan sokongan yang hebat iaitu Maria Firdaus Master in Shaklee, merupakan suatu jalan terang kepada arah tujuan dan impian hidup saya sekeluarga. Segala yang berlaku adalah di atas izin Allah Yang Maha Esa.
SUMBER INSPIRASI
Saya pernah kongsikan sebelum ini di entri saya pada bulan September 2013. Dengan ini, ia akan membuka minda dan mata hati anda untuk berfikir sesuatu yang lebih baik untuk mengubah hidup dari biasa-biasa kepada HIDUP LUAR BIASA.
Saya telah mengorak langkah… SELAMAT TINGGAL ZON SELESA!!! SAYA DAH BUANG SEGALA KELADAK & DAH BUNUH SEMUA BIAWAK yang bermain di minda saya.
Anda pun boleh terinspirasi seperti saya dengan membaca ebook percuma ini http://www.ebookniaga.com/sorryboss/akak-as
 
INILAH HASILNYA SEBAGAI BUKTI
Kini saya akan membongkarkan rahsia saya... Inilah dia penyata bonus Shaklee saya sejak dari mula saya join sehingga yang terbaru. Saya tak pasti lagi samada saya akan kongsikan lagi bonus-bonus akan datang... tengoklah macam mana situasanya nanti yek... hehehehe....

Ini bukan niat menunjuk-nunjuk tau... saya just nak share progres saya dalam bisnes Shaklee ni, kalau yang tiada pengalaman berniaga, memang perlu mula dari bawah iaitu bonus 2 angka. sebab dari bonus 2 angka tu lah, akan jadi 3, 4, 5, 6 angka... sampai dah terpaksa say "SORRY BOSS"...
   
 Bermula dengan 2 angka meningkat ke 3 angka
 
 
 Nilai 3 angka yang semakin meningkat, ada juga sedikit menurun
 
 
Berjaya naik rank SUPERVISOR pada bulan November 2013, bermula menggenggam bonus 4 angka. 
 
 
Nilai 4 angka yang semakin meningkat. Keazaman untuk mencapai bonus 5 angka semakin membara. Bakal menjadi WAHM, Insyaallah.


 

Yakin pasti boleh!!! Tiada yang mustahil. Segalanya hanya berlaku dengan izin Allah s.w.t. Apa yang penting USAHA > DOA > TAWAKAL
 
 
Sekian saja coretan saya kali ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca.
Wasalam.
SUPERMOM ASHANNEETA
 Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA
# FREE CONSULTATION # BEST PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat) | ita2112@yahoo.com
 

Comments