Assalamualaikum & salam sejahtera para pembaca blog Kaq As. Terima kasih kerana singgah, semoga u olls sentiasa dilindungi rahmat Allah.
Mei 2015 Kaq As buat keputusan untuk join Shaklee sebab nak buat belian dengan harga ahli. Beza 25% ko, sapa taknak kan. Kaq As ni memang suka jimat selagi boleh. Tapi macam mana Kaq As boleh terjebak dengan Shaklee ni?
Kaq As ni memang cari peluang untuk buat side income. So dok follow la FB & blog seseorang. Then join bisnes MLM lain dulu. Tapi tak kena dengan jiwa walaupun dah jumpa direct dengan mentor masa tu kat KL.
Tengok mentor tu punya kejayaan memang buat jiwa terbakar dengan keinginan yang meluap-luap, tapi bila fikir-fikir strategi yang digunakan, rasa macam tak sesuai dengan jiwa Kaq As yang lemah lembut ni cewah.
Then Kaq As teruskan telek punya telek punya telek, sehinggalah terbuka hati untuk cuba lagi satu bisnes Networking which is Shaklee.
Tapi masa baru-baru join tu takde nak buat bisnes terus, tetapi lebih kepada nak treat problem kesihatan masa tu, iaitu mild gout & migraine.
2 problems ni takde la kronik sangat masa tu, tetapi ia lebih kepada nak cuba rawat supaya ia tidak melarat jadi lebih teruk.
Pada masa tu Kaq As pandang Shaklee ni sama jek macam bisnes MLM yang lain yang ada sistem untuk kembangkan empire lapis demi lapis, lebih kurang macam tu la. Kalau rajin boleh jadi kaya cepat.
Tapi Kaq As pilih untuk mencuba dulu produk Shaklee, adakah ia mampu membantu meringankan derita 2 penyakit Kaq As atau ia sekadar mencurah air di daun keladi.
Kaq As beri masa pada diri untuk mencuba 5 item dulu atas sebab-sebab berikut;
✅B Complex : Nak kawal emosi yang selalu nak tukar diri jadi Princess Fiona yang warna hijau tu, maklumlah ada 3 hero yang sedang membesar ditambah dengan kerjaya di pejabat.
✅Vitalea : Nak treat masalah tekanan darah rendah & haemoglobin low. Ini yang trigger Kaq As punya migraine.
✅Alfalfa Complex : Nak beri kesan beralkali pada darah yang berasid punca masalah mild gout. Juga masalah penghadaman yang sangat-sangat membimbangkan.
✅Chewable Vita C (masa tu Sustained Release Vita C habis stok) : Nak bantu boost imum system Kaq As yang memang sejenis yang tak suka makan limau atau apa saja benda masam semata-mata untuk dapat vitamin C.
✅Ostematrix : Nak redakan masalah lutut berbunyi masa solat & selalu sakit-sakit belakang sampai boleh jadi migraine juga.
Alhamdulillah dalam tempoh sebulan juga Kaq As konsisten makan 5 item ni, Kaq As dapat kesan positif, kira #ShakleeEffect la orang cakap.
Alhamdulillah dalam tempoh sebulan juga Kaq As konsisten makan 5 item ni, Kaq As dapat kesan positif, kira #ShakleeEffect la orang cakap.
Serangan migraine berkurangan, biasa setiap bulan mesti kena 2 kali. Tapi bulan pertama cuba Shaklee tu kena sekali jek, itu pun tak sakit sangat.
Lagi 1 yang best nya, Kaq As dah tak rasa sakit kaki bila makan makanan laut terutamanya udang. Kaq As rasa kandungan asid dalam badan dah berkurangan sebab kesan alkali dari alfalfa & vitalea tu.
Dengan 2 kesan positif ni sudah cukup buat Kaq As yakin dengan produk Shaklee. Maka Kaq As start bagi suami Kaq As makan plak, walaupun pada awalnya beliau pun agak sangsi nak cuba, tapi bila tengok perubahan positif pada Kaq As, maka no harm to try.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini, setelah 5 tahun kami sekeluarga memastikan suplemen Shaklee ada dalam set pemakanan harian kami. Nanti Kaq As propa lagi kisah-kisah kami bersama Shaklee. Dari alam ia datang untuk kegunaan seisi alam, itulah Shaklee berasaskan sumber tumbuhan semulajadi.
Wassalam,
Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.
# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH
Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com
Comments
Post a Comment