RESEPI LABU SEKAYA, AKAQ HENTAM SAJA LAH LABUUU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hi u olls, saja-saja akaq nak share resepi plak dalam entri kali ni, bagi memenuhi permintaan ramai cewah.

Nak dijadikan cerita, semalam kawan ofis akaq bawa Labu Sekaya, first time buat katanya, so akaq rasa la. Mmmm sedap, memang la sebab manis kan.

So akaq rasa macam nak buat juga la bagi suami & anak-anak makan. Then akaq google-google jek beberapa resepi Labu Sekaya. So far memang banyak la resepi tu orang share dalam entri masing-masing, akaq pun salin.

Bila dah balik rumah, akaq pun beli la labu sebiji, saiz sederhana untuk percubaan pertama kali. Bahan-bahan lain dah ada kat rumah. Tengah-tengah dok tebuk labu tu, superkid Adam Hiqmal datang dapur nak tolong masak. 

Dia tanya mama buat apa? 
Akaq jawab cer teka?
Adam teka mama buat halloween ke?
Akaq gelak jek, hahaha...
Ish mama ni, dosa la sambut halloween tu... Adam reply
Ish sampai ke situ plak anak ku ni fikir... dalam hati akaq.
Takpe-takpe Adam tunggu dan lihat jek apa jadi dengan labu ni nanti yek.

Akaq siapkan kerja dengan labu ni sampai mengukus. Pastu akaq lepak kat hall layan whatsapp customer & downline, maklumlah akaq kat bisnes women bila dah lepas waktu pejabat.

Tunggu punya tunggu, siap dah Labu Sekaya akaq, tapi keesokkan pagi nya baru akaq kuarkan (8 November 2017). Maka jadilah ia Labu Sekaya sebagai sarapan encik suami di tempat kerja.

Nah ni dia resepi nya, ini pun akaq dah improvise jadi lebih healthy & mudah sebab main campak-campak jek kan...

RESEPI LABU SEKAYA, AKAQ HENTAM SAJA LAH LABUUU

Bahan-bahannya:
🍈 Labu sebiji, saiz sederhana angaran dalam 500 gm
🍈 Telur 3 biji, gred B
🍈 Santan 1/2 cawan (semalam akak guna pot penyukat beras yang standard saiz tu)
🍈 Gula melaka besar ibu jari kaki atau gula kerek setengah keping (kurangkan manis dalam masakan, tambahkan manis dalam senyuman gitew) 
🍈 Tepung kastard / tepung ubi dalam 1 sudu besar
🍈 Air setengah cawan, just untuk bilas-bilas blender bagi semua bahan dapat masuk dalam labu
🍈 Daun pandan nak bagi bau (kalau rajin boleh blender, nanti dapat sekaya warna hijau)
🍈 Esen vanila boleh letak sikit

Cara-caranya:
🍲 Tebuk bahagian atas labu, ikut suka la nak bentuk apa, akaq semalam tebuk petak jek, ada yang kat google tu tebuk bintang, suka hati u olls la.

🍲 Lepas tu korek keluar isi perut labu tu, buang la bijinya, uratnya, then cuci dengan air bagi bersih. Pastikan air dalam labu dikeringkan, nak senang tonggengkan aje labu tu.

🍲 Sementara tu, campur semua bahan dalam blender, akaq guna Ferrano Personal Blender dari Shaklee yang warna merah tu.

🍲 Selepas dah sebati, tuangkan bancuhan ke dalam labu tadi. 

🍲 Next proses mengukus, semalam akaq guna periuk Noxxa, set mode steam 30 minit (letak air sikit), tapi labu akaq pecah sikit. So mungkin akaq kena set kurangkan sikit, dalam 20 - 25 minit untuk next Labu Sekaya.

🍲 Kalau u olls guna pengukus biasa, boleh kukus dalam 45 minit, anggaran labu nya dah empuk atau lembuk.

🍲 Biarkan sejuk, then boleh potong dan dihidangkan bersama keluarga tercinta.

Sekian saja resepi nya, so far senang la nak membuatnya, cuma rajin tak rajin jek nak tebuk labu tu, hati-hati jangan sampai terbelah 2 sudah hehehe.

Inilah hasilnya Labu Sekaya akaq, selamat mencuba. Walaupun rupanya tak seberapa, tapi Alhamdulillah rasanya menepati citarasa kami.



Sedikit info tentang labu.

🍑 Labu yang bewarna kuning mengandungi vitamin A. Ia membantu tingkatkan kesihatan mata & kulit.
🍑 Ia juga ada vitamin C yang membantu kesihatan kulit, tingkatkan imun sistem & mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
🍑 Terdapat juga vitamin B5 (atau pantothenic acid) yang dapat melancarkan peredaran darah & mengawal stress.
🍑 Labu juga mengandungi zat magnesium yang membantu menguatkan struktur tulang & gigi.
🍑 Sistem pencernaan boleh ditingkatkan dengan serat yang terkandung dalam labu, sekali gus dapat membantu mengurangkan berat badan.
🍑 Zat besi di dalam labu juga mampu mengekalkan kesihatan jantung dan otak.

Jadi labu salah satu hidangan dalam menu harian kita yek. Anyway sampai sini jek entri kali ni, semoga ia bermanfaat untuk u olls semua.

Terima kasih, Wassalam,




Silakan like & share jika berminat, mudah2an ia jadi saham kubur untuk anda.

Comments