SEBUTIR BINTANG KINI DI GENGGAMANKU (PART 1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Didoakan semoga para pembaca sekalian sentiasa sihat di bawah lindungan rahmat Allah.
Izinkan saya mengisi masa kalian dengan coretan kenangan terindah saya yang menjadi pembakar semangat saya untuk terus berjuang.
Sebuah majlis gilang gemilang telah berlangsung pada 7 & 8 Jun 2014 di Sunway Piramid Convention Center. Ia adalah Shaklee National Conference, iaitu sebuah majlis penganugerahan kepada semua Shaklee Independent Distributor di atas pencapaian masing-masing sepanjang tempoh Mac 2013 hingga Feb 2014.





 
Di sinilah saya telah menerima SEBUTIR BINTANG yang memberi seribu harapan untuk saya menggapai ribuan lagi bintang di angkasa…
Haaa… tinggi betul impian saya… tak salah pun untuk kita berimpian, kerana dengan impian itulah MIMPI menjadi REALITI.
 
Kisahnya bermula di bulan April, di mana saya menerima email dari Shaklee berkenaan jemputan ke National Conference yang akan di adakan pada bulan Jun. Dengan rasa bangga & hati yang berbunga-bunga, saya telah membayangkan suasana ketika di sana nanti. Dalam kesibukan saya melaksanakan tugas untuk syarikat tempat saya bekerja, pelbagai cabaran & halangan yang saya tempuhi.
Semangat untuk menghadirkan diri di National Conference membuatkan saya berusaha sehabis baik terhadap tugasan & tanggungjawab sebagai pekerja & Shaklee Independent Distributor. Hari demi hari dilalui dengan penuh cabaran & dugaan namun semangat saya kuat untuk ber National Conference.
Untuk pengetahuan kalian, saya ditugaskan untuk menyediakan dokumen untuk Audit Pensijilan GMP+B2 yang dijadualkan pada 5 & 6 Jun 2014. Fuhhh!!! Cer bayangkan dengan kesibukan tugasan saya perlu merancang bagaimana saya boleh ke National Conference. Dengan izin Allah, segalanya dipermudahkan. Syukur Alhamdulillah.
Pada tarikh yang ditetapkan, saya berjaya malaksanakan tugasan pekerjaan saya. Syukur Alhamdulillah. Urusan saya untuk ke National Conference saya juga dipermudahkan dengan suami & anak-anak syurga kami yang juga menemani saya ke sana. Syukur Alhamdulillah. Seribu rahmat buat saya dengan segalanya yang terbaik dianugerahkan Allah.

Sabtu 7 Jun, kami bertolak dari Pasir Gudang kira-kira jam 7.30 pagi menuju Sunway Piramid. Perjalanan yang lancar & dipermudahkan Allah, kami akhirnya sampai di Sunway Piramid Convention Center pada pukul 12.30 tengahari. Syukur Alhamdulillah. Ikuti kisah bergambar ketika kami di National Conference. Sesungguhnya kenangan terindah ciptaan Allah ini amat-amat bernilai & akan disememangnya akan dikenang sentiasa.
 
Photo
 
Kami beratur untuk mendaftar sebagai penerima anugerah. Sempat berjumpa dengan geng-geng Empayar MFMS iaitu Suhana & Seha, diaorang ni memang havox-havox-havox tau... 


Punya lah ramai penerima anugerah di National Conference ini... saya juga pertama kali akan menerima sebutir bintang. ting ting ting!!!

         Photo


Majlis bermula dengan perarakan para MASTER COORDINATOR yang enchem-enchem & gojes-gojes dengan busana masing-masing. Persembahan tarian kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum menjadi pembukaan pentas yang berwarna-warni.
 
Senyum sampai telinga ni haa... kami nih dalam SPCC hall sedang seronok havox tengok opening event... Supermom dengan superkid Adam Hiqmal, ada si gojes Suhana & Seha gitewww...


Sementara tuh, Superdad & Superkids Alief Haiqal & Aidiel Haqimi pergi jenjalan layan bowling jap...



Sempat bergambar dengan patung Captain America, Iron Man,



Sebelum balik bawa Superkids layan badut jap kat child care tingkat atas CP4. Ini adalah tempat parents yang jaga anak-anak mereka yang kecil-kecil, sebab tak sesuai nak bawa masuk hall.

 
Malam nih kami tumpang berteduh di rumah sahabat yang mulia hatinya iaitu Siti Salwa di Kota Damansara. Syukur Alhamdulillah.

Superdad sempat training Salwa bagaimana cara workout yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Kita tengok hasilnya nanti, Cik Salwa Si Dagu Runcing selepas di 'belasah' oleh Abang Ketaq...

Dalam pukul 11 malam, siap nak workout di taman.

Selepas 1 jam setengah kene buat macam-macam...

Keesokan harinya. Masih bersemangat. Sempat buat rendaman kaki.
Inilah kisah hari pertama kami di Kuala Lumpur.
Nantikan bahagian ke-2 kisah ini. Di sini
Bahagian ke-3 kisah ini. Di sini

Saya rasa sangat bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana diberi kesempatan merasai nikmat menjadi orang-orang yang berIMPIAN.



Sekian saja coretan saya kali ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca.

Wasalam.

SUPERMOM ASHANNEETA
Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA

# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH
 
| Shaklee ID : 929497 |

Asnita Baharin | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat) | ita2112@yahoo.com

Hanafee Hannbotaqbesi | 019-7982112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat)

Comments