RAHSIA KEKECEWAAN YANG MENYERONOKAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semoga Allah memberkati hidup para pembaca sekalian.
 
Entri kali ini mengisahkan pengalaman As yang amat MENGECEWAKAN... tetapi As ADA RAHSIA UNTUK RASA SERONOK. Bagaimana tu???
 
 
BERMULA DI SINI
 
Pada 23 September 2014, sedang As bertugas di sebuah kilang memproses produk dari oleochemical, As menerima mesej di bawah ini...



Seperti biasa, As merancang untuk menyertai kelas tersebut. As pun memohon izin dari suami (lebih di kenali dengan panggilan Abang Ketaq dalam kalangan warga MFMS Empire).

As rasa seronok bila Abang Ketaq izinkan As pergi menuntut ilmu. Sebenarnya inilah pertama kali As berpeluang untuk pergi ke kelas-kelas sebegini. Sebelum ni kelas diadakan pada hari Jumaat (hari cuti rehat bagi negeri Johor). Tapi, As cuti Sabtu & Ahad jer... jadi tak kena dengan masa.

Kemudian, As pun inform di group whatsapp As iaitu SMS Geng. As ajak mereka yang berdekatan & ada kelapangan waktu, boleh join sekali.

Alhamdulillah, 3 orang anak Shaklee As bersetuju nak join sekali. Kira okay gak tu, daripada As sorang-sorang jek yang datang, tak best la tak de geng kan...


TAK SABAR NAK TUNTUT ILMU

Seperti yang dirancangkan, semalam 25 September 2014, As balik awal sebab nak uruskan Superkids sebelum kami ke kelas malam. Lebih kurang pukul 6.30 petang As dah sampai rumah.

Kami pun bersiap-siaplah. As tak lupa bancuh Mealshake untuk Rio yang masih dalam pantang (tak tahulah kucing pantang berapa hari, hehehe...)



Selepas selesai solat Magribh, As & Superkids pun keluar & jemput Vivian. Lebih kurang jam 8.00 malam, kami pun tiba di Shaklee branch Taman Molek.

As bawa Superkids dinner kejap di gerai makan (macam van gitew) di hujung jalan berhampiran dengan branch.

Superkids order nasi lemak & ayam goreng berempah. Not bad gak makanan kat situ. Dengan kadar segera Superkids perlu habiskan makanan sebelum pukul 8.30 malam.


KINI TIBALAH MASANYA UNTUK KECEWA

Selesai makan & bayar (mestilah bayar kan, hehehe...)
Kami pun menuju ke Shaklee branch. Anak Shaklee As yang lain juga dah sampai. Mereka adalah Siti Fazura Ishak (Zura) & Nur Zahidah Roslee (Ida Loving Purple).

Masing-masing datang siap bawa mak ayah, suami & anak-anak. Selain dari kami MFMS Empire, ada juga beberapa SID lain yang parking kenderaan mereka di hadapan branch.

Kami mengetuk-ketuk pintu kelas. Hampir 5 minit kami memanggil-manggil, namun tiada jawapan kami terima.

Aduh, ini kes tipu ke??? Atau kami salah baca maklumat. Cepat-cepat cek mesej hari tu. "Betul mesej ni" As cakap. Kalau yang di Kota Tinggi tu bertarikh esok.

As menghubungi mak Shaklee As, iaitu Master Maria (MFMS Empire Founder) bertanyakan tentang kelas malam tu. Tapi Maria pula terima mesej untuk Ipoh branch. Okay, tak pe lah, kami tunggu lagi. Nasib perut masing-masing dah kenyang. Kalau tak... mau nya semua mengadu lapar... lebih-lebih lagi Superkids As.

Kami teruskan penantian dengan penuh harapan, cewahhh... (ayat tak leh blah...hehehe)


BIJAK AMBIL KESEMPATAN

Dalam pada kami menunggu pintu kelas dibuka oleh seseorang yang berhati mulia.
Namun, kami tidak melepaskan peluang yang ada. As selaku leader SMS Geng di bawah naungan MFMS Empire, rasa bertanggungjawab mengisi masa yang terluang.

As ajak anak-anak Shaklee As coaching kejap, sambil berdiri lagi... haa hebat kan.

Macam-macam gaya ada...

Antara yang kami coaching & bincangkan adalah tentang PROMO BERGANDA bulan September ini. Iaitu SHAKLEE COLLAGEN POWDER & MEALSHAKE.

Kepada yang belum tahu promo berganda ini adalah julung-julung kali diadakan. Ini adalah dari hasil perbincangan antara master-master kami di bawah naungan group JUTAWAN SHAKLEE bersama pihak pengurusan Shaklee, semasa mereka bercuti di United State (US) pada bulan Ogos lepas. Memang seronok dengar, apa lagi perasaannya kalau dapat pergi join sekali dalam International Conference.

Dengan setiap pembelian 6 kotak Shaklee Collagen Powder, anda akan dapat sekotak Shaklee Collagen Powder secara percuma. Lagi satu, dengan setiap pembelian 3 canister Mealshake, anda akan dapat setin Mealshake secara percuma juga.

Harga 1 set promo Shaklee Collagen Powder sekitar RM 1788, penjimatan sehingga RM 480.
Manakala 1 set promo Mealshake sekitar RM 350, penjimatan pula sehingga RM 100

Kami juga berbincang tentang PROJEK KUTU WATER PITCHER. Wow!!! memang best projek nih... serius best giler Cadbury... hahaha

Sedang kami seronok bercoaching, kami tak sedar sudah hamper 1 jam kami berdiri di depan pintu kelas tu... namun ia masih tidak dibuka. Kalau upload gambar di Instagram, mesti As akan tulis #SABORJELAH

Siap tunjuk gambar jam tu... nak bagi bukti punya pasal... ngeh ngeh ngeh

So, kami pun decide untuk menamatkan sesi coaching tergempar kami. Masing-masing dah nak balik dah. Dengan Superkids As dah buat macam-macam aksi gitew... biasalah Superkids memang aktif sepanjang hari... Itulah #ShakleeEffect akibat minum Mealshake setiap hari.


IKUT PESANAN MENTOR

Kami memang mentee yang mendengar kata, asal jumpa jek mesti coaching, asal rasa nak coaching live jek mesti nak jumpa... sebab aura bila berada depan mata memang BEST giler Cadbury.

Jadi kami memang memanfaatkan masa yang terluang walaupun sedikit, kerana MASA BUKANLAH EMAS... tapi MASA ADALAH NYAWA... sebab emas boleh dijual beli, sedangkan nyawa tiada galang gantinya. Oleh itu HARGAILAH MASA KITA.

Sebab tu kami semua dalam MFMS Empire adalah orang yang KENTAL & penuh dengan semangat juang. Walaupun kekecewaan melanda... itu semua kejap ajek... sebab peluang lain terbuka luas!!! Tinggal nak NGAP ajek kan...

Lagi satu pesanan mentor adalah BERKAWAN DENGAN ORANG POSITIF & BERJAYA. Baru kita pun akan dapat tempias aura meraka.

So, As nak memperkenalkan KAWAN AS... jom kita ikuti tip-tip ORANG BERJAYA.

 
29 RAHSIA KEKAYAAN DONALD TRUMP YANG RAMAI ORANG TAK TAHU 
 
Inilah KAWAN AS. Multi Millionaire Mr. Donald Trump. Jom kita layan 29 RAHSIA KEKAYAAN DONALD TRUMP YANG RAMAI ORANG TAK TAHU. Semoga ia mampu memberi INSPIRASI kepada kita semua.
 
  
 
 
Haa... HEBAT ke HEBAT... Itulah gaya orang KAYA & BERJAYA. So jom KAWAN dengan kami, sebab kami pun di dalam golongan group sokongan KAYA & BERJAYA iaitu MFMS Empire. Aamiin. Semoga Allah permudahkan.
 
Sebelum balik sempat bergambar lagi, sebagai bukti mangsa KEKECEWAAN YANG MENYERONOKAN. So, tak payah nak sentap lama-lama... Setiap apa yang berlaku ada HIKMAH di sebaliknya. Segala yang terbaik adalah dari Allah, sebarang salah silap adalah dari kelemahan As sendiri.  
 
Dari kiri : Nur Zahidah Roslee (Loving Purple), As (Supermom),
Siti Fazura Ishak (Zura) & Vivianna (Vie)
  
Sempat juga bagi beli yang dibeli dari Master Maria.
Lagi satu, nak propa baju MFMS Empire yang dah longgar tu...
haa gitewla penangan SET SELIM MELIM
 


Sekian saja perkongsian As kali ini. Semoga bermanfaat. Cuma 1 perkara As nak pesan di sini. Jika u olls ada terasa nak rasa kecewa.. cepat-cepatlah pergi tengok cermin & cakap pada orang dalam cermin tu... "Tak payah lah nak kecewa, sentap bagai... tak ada 1 sen faedah pun tau!!!"
 
Itu saja untuk kali ini.
 
Wassalam
#supermom
#positifminded
#adaaurapositif
 
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati urusan anda.

 
Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA 
 
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH 
 
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/akak-as
 


Comments