PERCAYA SEBELUM BERJAYA, KISAH BERJAYA MEMANDU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya doakan semoga kalian sentiasa sihat dilindungi rahmat Allah. Aamiin.
Pastinya hari-hari kalian terisi dengan aktiviti yang berfaedah demi keluarga tercinta. Segala yang terbaik adalah datang dari Allah, namun segala keburukan adalah dari kesilapan saya sendiri.


KISAH BERJAYA MEMANDU PERTAMA KALI

As nak berkongsi sikit cerita yang berlaku pada hari Ahad (18 April 2015) yang lalu.
Untuk pengetahuan u olls, As ni memang jenis yang penakut jalan raya, kira macam jenis susah nak ingat jalan la gitew...

Gambar hiasan

Okay macam ni cerita nya. My hubby #superdad a.k.a. Coach Abang Ketaq nak pergi Kuala Lumpur untuk personal training peserta #NowEveryoneCanKurus a.k.a #NECK
Alaa program online pertama di Malaysia yang membantu rakyat Malaysia menjadi SIHAT & KURUS dengan Formula M.E.S.T.I. tu!!!

So beliau nak naik bas dari Larkin, As macam biasa setiap hari Ahad jadi driver untuk #superkids pergi & balik sekolah. So, pagi Ahad tu, selepas hantar Alief Haiqal & Aidiel Haqimi ke sekolah, As ke YTL untuk jemput Superdad.

#superdad memandu Myvi ke Larkin sambil memberitahu jalan mana yang As perlu lalu untuk balik semula ke Pasir Gudang. Tapi disebabkan As bangun seawal 4 pagi, As jadi mengantuk, so tak mampu nak tahan mata lebih lama.

As terlelap sekejap sehingga kami melalui laluan yang As tak biasa lalu. Superdad kejut As dan tunjuk arah jalan balik ke Pasir Gudang. As dikehendaki ingat beberapa mercu tanda & simpang mana yang As perlu belok. Kalau laluan nak ke Larkin, kami belok kiri so bila nak balik nanti As kena belok kanan la. Macam tu kiri kanan, kanan kiri... dah macam kawad pula...

Tentu u olls pelik kenapa As kena buat macam nih?
Cer u olls ingat balik kan As ni jenis yang payah nak ingat jalan...
Ada lagi 1 rahsia, As ni selalu tidur bila naik kereta (kalau jadi penumpang la yek).
Cerita dolu-dolu, kalau nak balik beraya ke Kuala Lumpur, belum sampai tol Kempas As dah lena dah (orang kata kita yang lena ni dah sampai kampung dah) hehehe

Tengah visualize rupa As lena diulit mimpi dalam kereta idaman hati ini

So, bila nak kena hafal jalan balik ni, As mestilah kena fokus pada mercu tanda & simpang nya, yang mana kanan yang mana kiri. Siap pesan kat superkid Adam Hiqmal untuk sama-sama ingat simpang. Hahaha

Bila dah sampai Larkin, sekali lagi Superdad tanya, macam ne jalan balik ni?
So, As pun recap lah apa yang As hafal tadi. Pastu pesan jangan tanya lagi nanti terlupa lagi payah, hehehe.
Pastu bila dah babai Superdad. As pun memandu pulang mengikut laluan yang as dah hafal tadi.
Bila tanya Adam, kita nak kanan ke kiri ni? Dia boleh jawab mana Adam ingat... ishhh ishh ishhh rasa nak update status kat #instagram tulis #sabarjelah

Dengan fikiran yang tenang & fokus yang melampau As memandu & terus memandu sambil mencari-cari mercu tanda yang sepatutnya As lalu. Bila dah jumpa tu, muka mesti ada senyum la kan... makna nya jalan yang As lalui itu betul.

Antara mercu tanda yang As kena ingat adalah Stadium Larkin, Balai Bomba, Restoran Kacang Pol Haji, CIMB Bank, Restoran Wadi Al-Arab (kami pernah dinner nasi arab dulu di sini), stesen minyak Petron, Wisma Daiman & jambatan Permas Jaya.

Bila semua mercu tanda tu berjaya ditemui sehinggalah As sampai ke Pasir Gudang. Syukur Alhamdulillah.
Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Sekolah Agama Kg Kopok Baru, nak hantar Adam Hiqmal pula.

Fuhhh!!! Berjaya juga akhirnya #supermom memandu sendiri dari Larkin ke Pasir Gudang buat pertama kali.


SEDIAKAN MINDA MENERIMA MAKLUMAT

As sedar semakin meningkat usia As maka semakin besar cabaran yang As perlu lalui termasuklah cabaran memandu sendiri untuk ke tempat yang As tak biasa.

Pagi Ahad itu As sempat bersarapan Cinch Shake perisa Cafe Latte dibancuh dengan ESP, kemudian As ambil SR Vitamin C Plus, Omega Guard & Lecithin. Itu memang amalan setiap pagi sebelum keluar ke tempat kerja.

As perlu makan suplemen tersebut untuk dapatkan khasiatnya. Oleh kerana kisah ini berkaitan dengan tahap ingatan & fungsi otak, maka As nak kongsikan tentang 2 jenis suplemen yang berkait rapat dengan otak, tapi kena makan melalui mulut yek...


1) OMEGA GUARD

Harga RM136 sebotol untuk keperluan sebulan

2) LECITHIN

Harga RM52.50 sebotol untuk keperluan sebulan juga

2 item penting sangat mudah ditelan kerana struktur softgel nya yang lembut dan bersaiz comel.

Nak dijadikan cerita lagi, hari Isnin keesokan harinya, Superdad sepatutnya balik dengan kawan beliau dah tak jadi pula. Maka kena naik bas lagi sekali dan As pula kena pick-up Superdad di Larkin.

Alamak, kali ini kena memandu ke Larkin pula. As recap balik laluan yang As perlu lalu dengan mercu tanda berkaitan. As gerak dari Pasir Gudang sekitar jam 10 malam selepas pick-up Superkid Alief Haiqal dari tuisyen malam di sekolah nya.

Kali ini situasi bertukar kepada waktu malam, maka As perlu lebih fokus untuk mengingat laluan dan mercu tanda.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 55 minit akhirnya As sampai di Larkin, setelah 2 kali salah masuk simpang kiri sebab kurang pasti... hahaha sesat juga. Ini kena tambah dose mindbooster ni, dah tua-tua pun masih payah nak ingat jalan.

Selepas ini, As berazam untuk fokus hafal atau ingat laluan ke tempat-tempat yang perlu di tuju, tak perlu nak harapkan orang untuk hantar As ke mana-mana lagi lepas ni.

Sekian saja untuk kali ini, semoga kita bersua kembali.
Anda boleh dapatkan 2 item mindbooster ini dengan whatsapp As di no 019-7187112 dengan harga kasih sayang. Atau pick up di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang.

Wasalam,


Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam. 


Comments