Ia Kegemaran Ku

Assalamualaikum.

Apa khabar semua follower? Kembali membloging, hehehe...

Nak share tentang "IA KEGEMARAN KU"
Apa mendenye tu???

Apa lagi kalau bukan PREMIUM BEAUTIFUL CORSET ku... item yang paling saya gemari adalah WAIST NIPPER. Kenapa waist nipper aje? kecik plak hati long bra & long girdle nanti... hehehe...

Saya memang pakai premium beautiful corset ni setiap hari, termasuk hari cuti sebab dah terbiasa & akan rasa tidak selesa jika tidak memakainya.

Kemudian bila dah balik kerja, mestila kena basuh set premium beautiful ni... Bermulalah tugas sebagai surirumah pula untuk menguruskan keperluan suami & 3 hero saya...

Lepas anak-anak siap makan, buat homework & tidur pukul 9.30 malam lebih kurang... saya cuci mata la plak tengok tv, sekarang ni tengah follow drama Dahlia di Astro Mustika (promote aje, tapi Astro tak bagi komisen pun)...

Kira-kira dalam pukul 11 malam, bermulalah aktiviti merempit... tak kisah laa, potong kain ke, menjahit ke, mengelim ke, memanik ke... apa-apa saja yang melibatkan jahit-menjahit saya akan FOKUS sehingga pukul 2 atau 3 pagi... Tetapi sebelum mula tugas, saya akan pakai WAIST NIPPER di pinggang supaya pinggang tak sakit ketika aktiviti merempit dijalankan.

Inilah kelebihan Waist Nipper Premium Beautiful
## Menyokong tulang belakang
## Memecahkan batu karang kecil
## Mengempiskan perut
## Mengurangkan parut / stretch mark
## Membentuk pinggang

Bagaimana Waist Nipper Premium Beautiful berfungsi

 
A - Bahagian yang mempunyai paling banyak Far Infrared Rays (FIR) membantu mengemaskan bahagian perut. Sesuai untuk wanita yang selalu mengalami masalah perut buncit selepas bersalin / selepas makan. Lelaki yang berperut boroi jugak boleh pakai untuk mengurangkan masalah itu :)

B - Tali ini kegunaannya untuk mengemas & merampingkan pinggang. Cara nak memakainya, tarik nafas sebelum tarik tali tersebut kemudian tarik dan apabila sampai maksimum gantungkan sahaja tali itu di tempat di cangkuk yang sesuai. Tak perlu risau kerana tali ini dah sedia terikat bersilang macam tu...bukan kena ikat sendiri tau...Sehingga kini belum ada rekod lagi kata tali yang diperbuat dari Jepun ini putus melainkan kamu gunting...^_^

C - Terdapat 7 batang keluli yang boleh di bengkokkan 360 darjah ini dapat menyokong bahagian pinggang & menegakkan tulang vertebra seterusnya memperbaiki postur badan anda untuk duduk & berdiri. Reka bentuk yang ergonomik ini dapat melaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada, pinggul untuk menghasilkan kontur badan yang menarik. Ia terhasil dari idea baju "KIMONO" pada wanita Jepun dan diaplikasikan ke dalam Premium Beautiful Corset ini.

Sangat selesa ketika solat atau bersukan kerana keluli boleh lentur tu tidak akan menyakitkan badan atau menjejaskan aktiviti seharian kita. Sakit belakang (slip disc) / sakit pinggang juga akan LENYAP sekiranya di pakai secara konsisten.

D - Cangkuk 3 laras di sisi untuk keselesaan badan & memudahkan pemakai. Rekaan fleksibel ini menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.

Sebab itulah "IA KEGEMARAN KU"

Ini saya nak kongsi koleksi-koleksi saya hasil dari merempit, jeng jeng jeng...

Jubah Hari Raya Haji 2012
 







Baju Raya 2012 Kanak-kanak 6 tahun,
Anak Kawan Saya







 Baju Kurung Lama Kepunyaan Mak Kawan Saya, Lengannya dimakeoverkan

Yang ni saya punya, tambah manik untuk nampak menarik...






 Baru belajar nak buat peplum dress & polish teknik jahitan manik crumble....




Kalau anda berminat, jangan segan-segan hubungi saja, saya sentiasa bersedia membantu anda semua.

 



Comments