Bertindak Pantas & Luar Biasa

Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi kisah kejayaan hasil dari BERTINDAK PANTAS & LUAR BIASA

Ini petikan dari status FB saya bertarikh 26/7/2013 pukul 2 petang:

_______________________________________________________________________________



Salam. Nak story tentang hasil dari pantas bertindak.
Semalam, sambil menjahit layan FB kejap, sbb ada customer nak order barang. Then bila dah closed deal, go throw home nampak geng jahit saya update tentang orfer banquet table di Tesco. Only for 25 July at 8pm onwards. Tengok jam dah pukul 11.30mlm... cepat2 call & sms hubby sebab nak ajak pergi beli.

Tapi tunggu hubby balik dah kul 11.50, call Tesco Seri Alam tanya tutup pukul brape malam ni... nasib baik tutup kul 1pg... cepat2 siap & pujuk hubby pergi tesco... jalan pun lengang sampai tesco pukul 12.30tghmlm, sempat lagi ni...

... Park kereta, terus masuk amik troli & cari table tu... Syukur Alhamdulillah ada byk lg... perhatikan kertas promo "harga asal RM99.90" , promosi minggu lepas jd RM49.90, tp promosi malam tadi jd RM39.90... apa lagi saya sambar 2 unit terus.

Bile nak bayar, tinggal 1 kaunter je buka... cashier tu cakap "sempat lg akak ni shopping" (sambil tersenyum). Syukur Alhamdulillah, selesai misi shopping di tengah malam. (1st time in my life). Resit saya bertarikh 26/7/2013 masa 00.45am
Kenapa amik 2unit sebab nak saya nak upgrade office menjahit saya di rumah...
Moralnya, teruskan berusaha sedaya mampu dengan bertindak pantas bagi memanfaatkan setiap detik waktu yang tinggal untuk kesempatan kita, sebelum terlewat. Cuba lakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan di mana ia adalah sesuatu yang luar biasa dlm hidup kita.

Saya berjaya melakukannya & sangat2 berterima kasih pada hubby Hanafee Hannbotaqbesi #http://ashanneeta.blogspot.com/

________________________________________________________________________________

 
Ini saya sertakan gambar office jahit saya, yang sempat dimake over lepas sahur pagi tadi. Lebih kemas & teratur cuma perlukan sedikit perincian susunan. Next projek hari minggu ni, 3 pasang baju melayu hero-hero saya iaitu Alief Haiqal, Aidiel Haqimi & Adam Hiqmal bin Mohd Hanafi.
 
 
Sebelum makeover
(dah banyak gak hasil jahitan dari ruangan kecil ini, cuma penat tunduk lama2, nasib baik pakai waist nipper premium beautiful setiap kali menjahit)

 
Selepas makeover
(dengan ruangan yang lebih besar & selesa, lepas ni dah tak sakit bahu menunduk, tapi tetap pakai waist nipper premium beautiful)

 
Mesin jahit kesayangan, sumber rezeki luar biasa jugak ni
(mesin jahit biasa jenama Brother dibeli pada tahun 2009, mesin jahit tepi jenama Singer dibeli dari kawan pada tahun 2011)

 
Sebahagian daripada peralatan jahitan seperti benang, manik selebihnya ada di bawah meja... hehehe nanti nak beli drawer plak... tunggu kalau-kalau ada orfer lagi...
 
 
Sekian, Wasalam.


Comments