Tragedi 10 Ramadhan

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak berkongsi tentang cerita yang bertajuk TRAGEDI 10 RAMADHAN.

Semalam Jumaat, 19 Julai 2013 bersamaan 10 Ramadhan 1434 Hijrah. Seperti biasa saya masih di pejabat untuk menjalankan tugas, sementara menantikan waktu rehat pukul 1.00 petang.

Tiba-tiba, kira-kira jam 12.45 tengahari, saya terdengar letupan yang sangat kuat dan sangat luar biasa dari sebelum ini, yang mana hanya ada bunyi letupan & gegaran kecil akibat aktiviti kuari Harapan Ramai yang berhampiran dengan kilang tempat saya berkerja (Jalan Bukit 2, Seri Alam). Saya terperanjat dengan bunyi letupan yang pertama itu lalu terfikir & tertanya kenapa kuat sangat bunyi kali ini, kemudian saya dengar bunyi kaca pecah yang sangat kuat, diikuti dentuman kedua yang saya rasa betul-betul berada di atas kepala saya.

Saya terus bertindak mencapai handphone & handbag saya lalu berlari keluar dari bilik saya dalam keaadaan kelam kabut & ketakutan dengan tiba-tiba pula black out 1 office. Rakan-rakan setugas lain pun turut lari keluar untuk menyelamatkan diri. Saya memdapatkan rakan saya yang sedang menangis ketakutan, rupa-rupanya dia hampir terkena batu terbang yang masuk menembusi tingkap pejabat bahagian atas kilang kami, dan batu itu jatuh di belakang kerusinya. Rupa-rupanya bunyi kaca pecah & bunyi dentuman kedua yang saya dengar adalah batu terbang yang hampir terkena rakan saya, & mungkin juga terkena saya yang berada di tingkat bawah.

Alhamdulillah, kami semua selamat lari keluar. Kemudian terdengar keadaan kecoh dari bahagian kantin kilang kami, saya berjalan menuju ke arah kantin namun  terhenti apabila melihat 4 orang pekerja asing kilang saya cedera parah akibat terkena batu terbang yang terpelanting merata-rata kawasan kilang kami.

Kemudian saya pun hendak beredar dari situ, sambil berpusing saya terlihatkan kereta saya dari arah belakang telah remuk di bahagian atas bumbung. Kaki saya menjadi lemah & longlai, saya hanya mampu berkata "Ya Allah apa dah jadi dengan kereta saya?" hati saya berdebar, seluruh anggota badan saya menggeletar ketakutan... saya melangkah perlahan berundur dari tempat letak kereta sambil memerhatikan kereta saya... saya memanggil Mrs & menyatakan tentang kereta saya, lalu Mrs memeluk & menenangkan saya supaya bersabar & bersyukur saya masih selamat.

Syukur Ya Allah, saya masih selamat. Saya tak henti-henti beristifar dalam keadaan saya menangis memikirkan apa yang telah berlaku. Saya sempat meminta rakan untuk mengambil gambar keadaan kereta saya. Selepas tenang saya menelefon ibu saya memaklumkan tentang perkara yang berlaku. Ibu saya memperingatkan saya supaya bersabar & bersyukur kerana saya masih selamat. Syukur Alhamdulillah. Ya Allah, saya masih selamat.

Selang 5 minit kemudian, suami saya sampai ke kilang kami. Sebenarnya kami bercadang untuk ke stokis Shaklee di Taman Molek untuk saya mendaftarkan rakan kongsi baru yang berminat menjadi ahli Shaklee. Namum apakan daya, takdir sudah tertulis tentang kejadian 'Tragedi 10 Ramadhan' ini. Suami saya hairan kenapa ada ramai orang pada waktu itu, tidak seperti biasa sebelum ini. Saya mendapatkan suami saya & menyuruhnya pergi ke kereta saya sendiri, saya tidak mampu menemaninya kerana tidak sanggup untuk melihat keadaan kereta tersebut.

Suami saya turut terkejut, sambil menggaru kepala & berkata, "Apa dah jadi ni?", "Sayang kereta ni lagi 2 bulan nak habis bayar"... saya memberitahunya supaya bersabar, ini bukan rezeki kita, redha saja lah dengan takdir Ilahi, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, Insyaallah.

Pihak bomba & penyelamat pun tiba untuk mencari mangsa yang mungkin tersepit atau terhempap. Ambulans membawa pekerja kilang berhampiran ke hospital & dikhabarkan mangsa yang paling teruk tercedera telah mati. Pihak polis mengambil maklumat dari semua pemilik kilang yang terlibat. Berita kejadian ini mendapat liputan hangat dari wartawan yang juga turut serta mendapatkan berita bagi akhbar terbitan masing-masing.

Kira-kira jam 3.30 petang suami membawa saya & 2 rakan saya ke IPD Seri Alam untuk membuat laporan polis tentang kerosakan kenderaan kami akibat kejadian letupan kuari Harapan Ramai. Setibanya di sana, ramai mangsa yang masih menunggu giliran untuk membuat laporan kerosakan kereta masing-masing. Bila tiba giliran saya, pengawai polis mengambil kenyataan tentang kejadian & kerosakan. Saya menunjukkan gambar kerosakan kereta saya kepada Pegawai Polis bertugas, namun beliau hanya menjawab "Oh, ini je ke yang rosak, bumbung remuk, cermin pecah, itu je kan???" Saya terkedu & menyatakan lagi, "Bukan itu aje, lantai kereta saya pun dah bocor dengan seketul batu besar yang masih lagi ada dalam kereta saya"... Sabor je la, encik polis ni... dia boleh cakap ITU AJE... sentap hati mak nak!!!

Selesai buat laporan lebih kurang jam 5 petang, kami kembali semula ke kilang. Terdapat beberapa pegawai polis masih berada di kawasan kejadian. Kebanyakan rakan setugas saya telah pulang ke rumah masing-masing. Saya & suami mengambil barang-barang kami dari kereta saya dan meninggalkan kereta kesayangan ku di kilang, sementara menguruskan untuk 'towing' nanti.

Pulang ke rumah untuk berbuka puasa dengan badan yang masih sedikit menggeletar kerana peristiwa yang berlaku masih segar dalam ingatan. Saya cekalkan semangat, bersyukur, bersabar, redha & berserah segalanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Kepenatan tunggu berita di tv... nasib baik ada rakan tolong rakam berita tu...

Di sini saya sertakan beberapa gambar kejadian sebagai kenangan 'Tragedi 10 Ramadhan'


 
Bumbung weightbridge yang tertanggal

 
Dinding bilik timbang yang pecah dihentam batu
 
 
Kepala tanker yang kemek
 

Tanker bocor dibedil batu ketika proses unoading, mengakibatkan minyak mengalir keluar
 

 
Batu-batu bertaburan di kawasan kilang
 




Bahagian kantin yang terjejas
 
 
Kereta rakan setugas turut mengalami kerosakan
 
 
Keadaan cermin & bumbung yang remuk ditimpa batu
 



















Batu keluar menembusi lantai kereta







Sekian saja la kisah 'Tragedi 10 Ramadhan'. Semoga apa saja yang berlaku menjadi pedoman buat kita semua, terutamanya diri saya. Saya redha dengan takdir Ilahi & bersyukur saya & rakan-rakan masih selamat. Alhamdulillah.

Comments