Rahsia Menjadi Isteri Solehah bersama Shaklee

Assalamualaikum,
Saya kini kembali berkongsi dengan pembaca semua tentang, RAHSIA MENJADI ISTERI SOLEHAH BERSAMA SHAKLEE. Diharapkan topik menarik ini dapat menjadi panduan untuk semua wanita yang bergelar ISTERI, Insyaallah.
Baca petikan di bawah ini, sumber dari : Majalah Al-Islam
Bagaimana mahu menjadi wanita atau isteri solehah? Adakah perlu warak (kuat beribadat) atau pandai membaca Al-Quran?
Apa maksud sebenar WANITA SOLEHAH?
Wanita Solehah ialah wanita yang pandai menghibur & melayan suami mereka dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan & cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Adakah anda tergolong dalam kumpulan ini?
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis & menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta ini.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suaminya adalah lebih baik daripada menggunakan produk kosmetik mahal  & berjenama yang berharga ratusan ringgit
Pandangan yang mesra & lembut ibarat celak yang paling indah menghiasi sepasang matanya. Kelembutan & kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakai isteri.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum & bersih. Malah, aroma itu pati memikat selera suami untuk sentiasa berada disamping isteri daripada berborak bersama rakan si kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra & lemah lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah untuk bekerja atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah isteri yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di tempat kerja ditambah dengan kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntumkan senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki & menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri zaman sekarang terutamanya yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami merak tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu & sengaja balik lewat ke rumah.
Beruntunglah isteri yang tahu melayan & menghiburkan suami mereka kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja & masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isterinya di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami juga manusia biasa, walaupun segagah & segarang mana pun mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka akan lembut hati juga, ibarat menjinakkan harimau liar.
Justeru itu, para isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta & darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang & kemanjaan kepada suami mereka.
SENYUMAN, KEMANJAAN, PAKAIAN YANG CANTIK & SOPAN, HARUMAN YANG MEMIKAT ADALAH SENJATA UNTUK MEMANCING MANUSIA BERNAMA LELAKI YANG BERGELAR SUAMI.
Apa pendapat anda semua, setelah membaca petikan di atas? Ada tak yang rasa sentap? Kalau ramai yang rasa rilex, tentu sebab mereka dah tergolong dalam carta WANITA SOLEHAH ni. Tapi kalu ada yang rasa ...mmm... (macam payah nak cakap, faham-faham sendirilah. So ayuh kita berubah memperbaiki diri ke arah yang LUAR BIASA HEBAT.

Saya nak terangkan Bagaimana RAHSIA MENJADI ISTERI SOLEHAH BERSAMA SHAKLEE.
Macam petua la kot, tapi saya belum tua lagi... atau lebih tepat panduan perkongsian hati ke hati dari wanita untuk wanita.
Saya ni dah masuk umur 30an, merupakan seorang yang sangat lincah & suka buat macam-macam perkara. Sebagai seorang isteri kepada suami yang kacak & gagah, ibu kepada 3 orang putera yang comel (puji suami & anak sendiri nampak! hehehe). Saya juga mempunyai hobi di masa lapang iaitu menjahit baju & manik. Macam mana saya buat semua tu... kalau dah sibuk bekerja & menguruskan keluarga, mana ada masa lapang? Tentu ramai yang terfikir begitu.
Sebelum ni saya akan pilih perkara yang saya suka untuk dibuat dahulu, akibatnya banyak juga perkara yang terlepas pandang. Sejak saya melibatkan diri dengan SHAKLEE, saya dapat luaskan minda saya kepada yang LUAR BIASA POSITIF, sebelum ni saya memang positif cuma belum 100%. Saya dapat banyak faedah dari amalan pengambilan supplement & vitamin untuk mempertingkatkan tahap kesihatan saya dan keluarga.
Bila kita bertambah sihat, kita akan pastikan keluarga kita juga bertambah sihat. Di sini saya kongsikan sedikit rutin pemakanan saya dan strategi menjadi WANITA SOLEHAH dengan cara yang mudah.

1) Setiap pagi ambil Optimum Health Set (Vita-lea, B-complex & Vita-C), makan sendiri dulu, kemudian bagi suami bersama air masak dan cakap sambil senyum "Sayang masa untuk Shaklee"

2) Bekalkan suami vitamin untuk tengahari pula iaitu Zinc Complex & Vita-E (ini gandingan vitamin KUAT & vitamin CINTA), kadang-kadang terlupa nak bagi, ganti masa balik kerja la... hehehe.. Saya makan vita-E aje kat office, tapi kalu puasa ganti malam je laa...

3) Tak lupa juga Alfafa complex untuk buang toksik. Suami saya aktif dalam sukan bina otot & selalu work out di gym, so lagi cepatla proses penyingkaran toksiknya...

4) Bila malam kami akan makan advance joint health tablet & ostematrik untuk menambah bendalir pada sendi & memulihkan fungsi sendi... maklumla kerja banyak bergerak, suami pula selalu angkat besi kat gym & faktor usia yang dah masuk 30an ni...

Bila kita ni isteri sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri & suami, baru lah dapat kebahagiaan rumah tangga. Dengan kesihatan yang LUAR BIASA BAIK, kita mampu melaksanakan tugas kita & menggembirakan suami kita, sekali gus dapat memegang takhta WANITA SOLEHAH, Insyaallah



Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # BUSINESS OPPORTUNITY WITH


Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS) | ita2112@yahoo.com

Comments