Migrain GO GO GO

Assalamualaikum,

Hari ini saya berjaya menulis pengalaman saya 'BERKAWAN dengan penyakit bernama "MIGRAIN", segalanya sudah tinggal kenangan setelah "MIGRAIN" meninggalkan saya sejak 6 bulan yang lepas. Syukur Alhamdulillah, saya tiada walau sekelumit pun perasaan rindu terhadapnya.

Mari saya kongsikan SIAPA MIGRAIN itu sebenarnya?



APA ITU MIGRAIN?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migrain tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAIN?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
Punca-punca / Sebab-sebab Sakit Kepala / Migrain


1. Kekeringan atau Penyahhidratan - Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana kekurangan air atau cecair didalam badan.

2. Perokok Pasif - Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala

3. Stress - Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat

4. Emosi - Fikiran yang bercelaru atau tak menentu

5. Penyakit - Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi, kemurungan

6. Keadaan setempat - Duduk bertentangan dengan cahaya terang, Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAIN?

Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda penyakit migrain yg berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migrain. Kadang-kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran-pancaran cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAIN ITU DIDIAGNOSA?

Selalunya doktor cuba explore atau mencari kemungkinan-kemungkinan lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.

BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?

Migrain biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

Sumber : Fakta Kesihatan oleh Dr. Zubaidi


Cara mengatasi tanpa menggunalan ubat :

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh - kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.


2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata - tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata ...rilekskan otot mata punca sakit kepala




3. Spa/ Stim/ Mandi air panas - Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah



4. Picit/ Urutan kepala - Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.


5. Meditasi/ Tidur - Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.






Bagaimana saya merawat migrain saya sebelum ini?

Selepas mandi dengan air suam, saya akan rendam kaki saya dalam air suam yang diletakkan garam kasar & halia ditumbuk. Kemudian saya akan telan sebiji pain killer lalu baring dengan meninggikan sedikit bahagian kaki supaya tinggi daripada kepala. Esok pagi bangun, migrain akan hilang. Akan tetapi, migrain datang lagi bulan berikutnya. 

Sudah hampir 4 tahun saya mengidap migrain. Kemudian saya menyertai Shaklee untuk membeli suplemen & vitamin untuk kesihatan. Saya mula makan Optimum Health Set & Ostematrik. Hasilnya selepas 3 minggu, migrain sudah tidak datang menjenguk saya lagi... ia seolah-olah hilang begitu saja.

Berikut adalah fungsi suplemen yang berjaya menghilangkan migrain saya :

1) Vita-lea : merupakan multivitamin yang mengandungi 28 vitamin & mineral yang perlu untuk kesihatan menyeluruh. Menyokong jangka hayat hati, usus, mata, tulang & sistem imunisasi.

2) B-complex : penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik, samada dari segi kesihatan jantung, sistesis DNA, menguruskan tekanan, apatah lagi dalam membina tenaga metabolisma.

3) Vitamin C Sustained Released : merupakan antioksidan yang kuat & nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot & pembuluh darah.

4) Ostematrik : mengandungi 1000mg kalsium, vitamin D, magnesium, zink, copper, manganese & boron untuk membina dan mengekalkan tulang, gigi yang kuat. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, membantu pengecutan otot & pelancaran saraf, serta mengurangkan simptom seperti senggugut, perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang & kemurungan.

Sejak dari itu, saya terus menjalankan aktiviti harian & hobi saya dengan rasa kesyukuran di atas nikmat peningkatan tahap kesihatan yang memberangsangkan. Hanya kesihatan sajalah yang menjadi idaman setiap insan yang sayangkan diri sendiri, keluarga & masyarakat.

Saya suka melihat orang lain juga sihat seperti saya & mereka-mereka yang dikurniakan Allah kesihatan supaya dapat terus berbakti sebagaI khalifah di muka bumi Allah ini.

Jom jaga kesihatan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. 

Wassalam.
Supermom Ashanneeta 


Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH

Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS) | ita2112@yahoo.com

Comments