Bahtera Cinta

Assalamualaikum,
 
Saya ingin berkongsi kisah Bahtera Cinta saya bersama lelaki bernama Mohd Hanafi bin Abd Wahab.
Jika dihitung, kini sudah hampir 17 tahun saya mengenali beliau. Wah!!! Lamanya...
Sebenarnya kami mula berkenalan pada tahun 1996 sewaktu saya pertama kali datang ke Pasir Gudang untuk bercuti selepas SPM, di rumah makcik saudara saya (di Taman Pasir Putih). Perkenalan terjadi apabila saya & kakak saya bertembung dengannya ketika kami hendak ke kedai. Beliau menegur saya & ingin berkenalan. Macam biasalah saya malu-malu kucing... Saya membiarkan sahaja perkara itu berlalu begitu saja. Namun, usaha demi usaha dilakukan untuk menghubungi saya...

 
Wajah suami saya masa muda-muda... hihihi muda la sangat...
  
 
Zaman bujang, suka jalan-jalan...
 
 Selepas seminggu saya pun kembali semula ke Kuala Lumpur. Selama 6 bulan saya selalu menerima kiriman salam dari beliau melalui kakak saya. Sehinggalah saya menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1997. Di sanalah beliau memberanikan diri untuk berkenalan lebih lanjut dengan saya. Sehinggalah saya menerima pelawaan beliau menjadi kawan terlebih dahulu. Lebih kurang 6 bulan kenal, bunga cinta mula berputik... jeng jeng jeng...
Saya mula bercinta seawal tahun 1998 sewaktu saya baru bergelar pelajar universiti... Ish ish ish... Mak Ayah suruh belajar... saya bercinta pula... hihihi...
 
  
  
Kami bercinta selama 4 tahun kami sehinggalah kami membuat keputusan untuk bertunang pada Jun 2001. Seperti pasangan lain, memang dugaan bertunang selama 1 tahun setengah lebih dahsyat dari berkawan selama 4 tahun...
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 Bergambar kenangan bersama tunang selepas Majlis Konvokesyen tahun 2001
 
  

Bersama kawan baik (Izeliwani Ismail) semasa belajar di UTM, Skudai

 
 

 
 
 
Pada tanggal 20 Disember 2002 kami telah diijabkabulkan, dengan berwakil walikan arwah bapa saya Baharin Mohd di Masjid Putrajaya.
 
 
 
 
 
 
  
Beberapa gambar kenangan yang mengimbau kenangan.
 
 
 Saat ijab & kabul
 
 
 Acara batal air sembahyang
 

Membaca lafaz taklik & bergambar selepas nikah
 
     

Majlis malam berinai
 
 

Antara barangan hantaran
 
        
 
Di hari majlis persandingan
 
Kini sudah genap 11tahun kami mendirikan rumah tangga, pelbagai suka-duka ditempuhi bersama. Segalanya asam garam kehidupan. Pengalaman mengajar kita menjadi dewasa. 
 
Berikut adalah berberapa gambar terbaru kami di hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-11 (20 Disember 2013). Semoga kami akan kekal bahagia, ceria, positif, menjadi ibu bapa mithali, soleh-solehah & bakal menjadi orang KAYA & BERJAYA DUNIA & AKHIRAT, Insyaallah.
 

    
 Di rumah Cik Eton, Taman Pasir Putih sempena majlis pernikahan anaknya.
 
 
 
        
  Tumpang pelamin pernikahan, Selamat Pengantin lama... hehehe...
 
Kini, kisah kehidupan kami akan lebih menarik, semenjak kami menceburi bidang perniagaan mengikut minat kami masing-masing. Kami telah menjadi sebahagian daripada Keluarga Jutawan Shaklee. Kami juga bakal JUTAWAN juga suatu hari nanti, Insyaallah. Semoga doa kami dimakbulkan supaya kami dapat mengeluarkan lebih banyak zakat untuk menbantu lebih ramai golongan yang susah diluar sana.
Sekian saja kisah kami buat masa ini, ikuti keseronokan kami menjalani kehidupan yang penuh suka duka ni di masa akan datang. Doakan segala yang terbaik untuk kami sekeluarga & semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin.
Sekian, Terima kasih. Wassalam.
 
Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS) | ita2112@yahoo.com

Comments