9 KESERONOKAN MENDERMA DARAH

Asssalamualaikum, para pembaca yang dikasihi sekalian.

Hari ini perkongsian saya mengisahkan tentang keseronokan menderma darah.
Siapa suka menderma darah?

Ramai yang menjawab “YA” & ramai juga yang menjawab “TIDAK
Kepada yang menjawab “YA”, Kenapa anda suka menderma darah?

Kepada yang menjawab “TIDAK”, Kenapa anda tidak suka menderma darah?

Suami saya Mohd Hanafi merupakan seorang penderma tegar. Kini beliau telah menderma sebanyak 20 kali. Beliau akan menderma setiap 2 ke 3 bulan jarak kerana dalam tempoh itu darah yang dikeluarkan telah diganti sepenuhnya. (seperti yang disarankan oleh Jabatan Tabung Darah Hospital Sultan Ismail).

Jom kita kongsi faedah menderma darah, di mana ia memberi manfaat kepada penerima & juga penderma.

1)    MENDERMA MENYELAMATKAN NYAWA
Seorang penderma darah boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa yang sedang bertarung untuk hidup. Antara mereka yang memerlukan darah adalah mereka yang menjalani pembedahan, mangsa kemalangan yang kehilangan banyak darah, mangsa demam denggi yang serius, ibu bersalin yang mengalami tumpahan darah, pesakit leukemia, pesakit barah, pesakit jantung, pesakit hati, pesakit hemophilia, pesakit talassemia, pesakit anemia, mangsa kebakaran & bayi yang memerlukan pertukaran darah.

Menderma darah dapat menyelamatkan 3 nyawa

  
2)    MEMELIHARA KESIHATAN JANTUNG
Menderma darah akan mengurangkan paras kandungan zat besi dalam darah, sekali gus meningkatkan tahap kesihatan menyeluruh terutamanya kardiovaskular. Risiko penyakit jantung dapat dikurangkan sebanyak 88%, manakala pengurangan sebanyak 33% terhadap risiko diserang strok.


 
Menderma dapat dapat meningkatkan kesihatan jantung


3)    KESEGARAN BADAN
Pendermaan darah sebanyak 450ml atau kurang daripada 1 pain (586ml) akan merangsang sum-sum tulang menghasilkan darah baru bagi menggantikan sel-sel yang mati & yang telah dikeluarkan dari badan. Proses ini memerlukan tempoh sehingga 2 bulan. Hasilnya badan akan menjadi lebih sihat & segar. Kaum lelaki digalakan menderma darah supaya darah baru sentiasa dihasilkan. Berbanding dengan kaum wanita yang mengalami haid, darah baru juga sentiasa dihasilkan.


Menderma darah dapat memberikan kesegaran pada badan

 
4)    MEMBAKAR KALORI
Orang dewasa mempunyai lebih kurang 5liter (10-12 pain) darah dalam badan. Setiap 450ml darah yang didermakan akan membakar 650 kalori. Ia sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang ideal.



5)     MENGURANGKAN RISIKO KANSER
Kajian dari Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati risiko mendapat kanser berkurang dengan aktiviti pendermaan secara konsisten iaitu setiap 2 atau 3 bulan. Antara penyakit kanser yang dapat dielakan adalah kanser hati, peparu, kolon, perut & tekak. Ia berpunca dari pengurangan tekanan oksidatif oleh zat besi yang merupakan sebatian radikal bebas yang boleh merosakkan DNA & bahan genetic.



6)    WARGA EMAS RASA LEBIH BERTENAGA
Pendermaan darah secara konsisten akan meningkatkan tahap kesihatan terutamanya warga emas. Hasilnya mereka akan berasa cergas & cerdas kerana badan memperolehi sel darah yang baru setiap 2 bulan



7)    KEBAHAGIAAN & KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
Apabila kita menderma darah, secara tidak langsung ia menjadi sedekah jariah atau saham akhirat kita. Dengan kesedaran ingin membantu golongan yang memerlukan, kita juga dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada ahli keluarga pesakit. Serta mendapat manfaat yang berharga untuk diri kita iaitu kesihatan yang berpanjangan.



8)    SARINGAN KESIHATAN SECARA PERCUMA
Sebelum menderma darah, penderma akan menjalani pemeriksaan secara percuma untuk mengetahui tahap HB (haemoblogin), tekanan darah & ujian penyakit utama seperti Hepatitis B / c, HIV, sifilis & malaria. Penderma akan dimaklumkan segera sekiranya hasil ujian adalah positif.



 
9)   KEISTIMEWAAN SEBAGAI PENDERMA TEGAR 
Kini beliau telah menderma sebanyak 20 kali & layak untuk mendapat rawatan pesakit luar & rawatan perubatan di wad kelas kedua untuk tempoh 2 tahun secara percuma. Sekiranya beliau tidak memerlukan rawatan tersebut, maka keistimewaan ini juga boleh diberikan kepada ahli keluarga beliau termasuk ister, anak-anak & ibu bapa beliau.
Seronoknya nikmat memberi.



Isu keselamatan seperti kemungkinan mendapat penyakit berjangkit juga tidak timbul kerana proses pengambilan darah adalah selamat dan dilakukan dengan berhati-hati. Banyak langkah keselamatan diambil untuk kebaikan anda dan bakal penerima darah. Semua peralatan seperti jarum baru, bersih dan steril akan digunakan bagi setiap penderma dan jarum yang sudah digunakan akan dibuang. Jadi tiada kemungkinan jarum ini terkena penderma lain.

Bagaimana ingin mengekalkan tahap kesihatan kita?
Saya nak kongsi antara suplemen yang beliau makan setiap hari.


1) Waktu pagi :
- Zinc complex sebelum makan.
- ESP dengan protein work out beliau sebelum ke gym atau bekerja
- Vita-C Plus, AJHT, B Complex, lecithin, omega guard

2) Tengahari :
- Vita lea, lecithin, omega guard selepas makan
- Alfafa 30 minit selepas makan lecithin

3) Malam :
- Vita- E, Lecithin selepas makan
- Ajht & ostematrik bergilir-gilir dengan Vivix setiap malam sebelum tidur 


Sedikit perkongsian dari saya, semoga bermanfaat untuk semua.
Suka saya mengingatkan diri sendiri tentang :

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam.
Supermom Ashanneeta



Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA

# FREE CONSULTATION # AFFORDABLE PRICE #GOOD MENTORING

#GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH
 
Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS) | ita2112@yahoo.com

 







Comments