ANAK-ANAK SYURGAKU ADALAH AMANAH ALLAH

Assalamualaikum,

Bismillahhirrahmannirrahim.

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang anak-anak syurga kami.
Ada orang yang kurang senang dengan mereka... entah kenapa la agaknya...

Tapi saya tetap rasa bersyukur Alhamdulillah. Sebab pada saya Allah dah AMANAH kan kami ANUGERAH yang BERHARGA ini untuk dipelihara & dididik menjadi ANAK SOLEH.

Setiap anak adalah berbeza... cara didikan & pendekatan juga berbeza...

Kami suami isteri sedang dalam proses menambahbaik cara didikan kami, supaya anak-anak syurga kami jadi anak yang SOLEH & insan yang ber MANFAAT untuk orang lain...

Permulaan yang buruk tidak semestinya pengakhirannya pun buruk... so, walau apa pun permulaannya, kami tetap yakin & pastikan pengakhirannya adalah yang terbaik dengan izin Allah.
Ini kerana pengakhirannya itulah yang akan dihisab di akhirat kelak. Tanggungjawab kami sebagai ibu bapa adalah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak syurga kami yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t.

Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah. Kita manusia bukanlah hakim untuk menghukum ia betul atau salah... ia baik atau jahat...

Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas nasihat-nasihat yang diberikan secara langsung mahupun yang disampai-sampaikan...


Saya rasa amat-amat hargai sebab saya tahu kalian juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak syurga kami.

Saya dengan rasa seikhlas hati memaafkan kalian dan saya doakan agar kalian sekeluarga & seluruh jiran tetangga kalian sentiasa diberkati & dirahmati Allah.
Saya kalian juga mendoakan kesejahteraan kami & anak-anak syurga kami.

Jom layan beberapa gambar anak-anak syurga kami yang lebih kenali sebagai #SUPERKIDS

Mereka adalah Alief Haiqal Mohd Hanafi, Aidiel Haqimi Mohd Hanafi & Adam Hiqmal Mohd Hanafi.

Anda juga boleh ikuti beberapa kisah mereka di sini.


Masa sambut hari lahir mama tahun 2011

Main suap-suap...

Anak-anak syurgaku bergaya baju Aquaria KLCC

Suoerkids & Superdad di ofis


Spageti bolognise feveret Superkids

Anak-anak syurga kami dunia akhirat

Sambut hari lahir Superdad di ofis tahun 2013
(tahun ni tak tau lagi nak bagi kek apa...)

Superkids jejalan shopping raya tahun 2013, mereka cergas bertenaga
walaupun berpuasa sebab mereka bersahur dengan Mealshake 

Kek hari lahir mereka tahun 2013, siap request nak kek JDT lagi... orang JOHOR la katanye...

Superkids bergaya dengan jersi Harimau Malaya & Boot baru beli dari JPO hasil
dari duit tabungan mereka sendiri. Syukur Alhamdulillah. Bijak menabung

Superkids jenjalan di Pantai Lido bergaya dengan jersi Real Madrid


*********************************************************************************
Sekian perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat.


NIAT SAYA MAHU BELAJAR MEMPERBAIKI DIRI &
MENJADI MUSLIMAH YANG LUAR BIASA BAIK.

SAYA JUGA INGIN MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG

& MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN. Aaminn

Mohon doa kalian juga. Terima kasih.

Ikhlas dari, ^_^ Supermom

Comments