ANDA TAKKAN MENYESAL BILA BERGAYA SAMBIL MENDERMA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pembaca blog ashaneeta.
Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 hari ini 31 Ogos 2014. As rasa berbesar hati ingin berkongsi tentang FESYEN JUBAH TERKINI.

Mungkin sekarang As sudah bertukar minat untuk bergaya dengan jubah... jadi rasa berdosa jika tidak dikongsikan dengan pembaca semua.

INSAN BERHATI MULIA
Baru-baru ini As ke rumah seorang kakak yang mengambil tempahan jubah, Kak Ila namanya, sebab As nak tempah jubah untuk raya haji nanti.

Ketika berada di sana, As terpandang beberapa helai JUBAH PALESTINE yang bergantungan. Ia adalah untuk tempahan para pelanggan beliau.

Hati ini rasa teruja dengan hasil usaha Kak Ila yang membantu usaha para sukarelawan yang berjuang untuk hak kebebasan hak asasi manusia.

Seperti yang kita tahu, pergolakan yang berlaku di Bumi Gaza telah meruntun jiwa ramai penduduk dunia.
Maka usaha Kak Ila berniaga sambil menderma adalah suatu usaha yang mulia.
Kak Ila menerima tempahan dari serata Malaysia sehingga ke Brunei. Wah... hebatnya.
Syukur Alhamdulillah, As dipertemukan dengan insan yang berhati mulia seperti Kak Ila.

JUBAH PALESTINE

Selesai urusan pengukur jubah tempahan, As memohon izin Kak Ila untuk mempromosikan JUBAH PALESTINE rekaan beliau. Kak Ila dengan senang hati mempersilakan As berbuat demikian.
Maka, pada keesokan harinya... As menceritakan tentang kisah Jubah Palestine dengan rakan-rakan sepejabat.

Syukur Alhamdulillah. Sambutannya menggalakkan. Kami berpakat untuk membeli sambil menderma. Lebih seronok lagi kami nak pakai sama-sama pada hari Jumaat 29 Ogos 2014.

Di samping itu, As juga menyebarkan gambar Jubah Palestine Kak Ila di group whatsapp.
Hasilnya juga memberangsangkan. Ramai yang berminat untuk membeli sambil memderma.

Siap ada kawan kepada rakan sepejabat As yang nak segara Jubah Palestine tersebut sebelum mereka berangkat ke Australia untuk sambung pengajiannya di sana.

As segera memberitahu Kak Ila tentang berita gembira itu. Syukur Alhamdulillah, Kak Ila berasa seronok kerana ramai yang berminat dengan hasil kerja tangan beliau.

Itulah yang dikatakan rezeki hanya dari Allah, maka hanya kepada Allah sajalah yang kita harus memohon dimurahkan rezeki.

BERGAYA SAMBIL MENDERMA

Seperti yang dijanjikan, As & rakan sepejabat pun menggayakan Jubah Palestine yang kami tempah dari Kak Ila pada hari Jumaat 29 Ogos 2014.

Inilah hasilnya... As bersama Myra & Intan.
Kami bergambar sebelum keluar makan tengahari.


Kak Ila menawarkan 2 rekaan untuk dipilih dengan harga yang berpatutan.


Tentu anda ingin memiliki sepasang untuk anda atau dihadiahkan kepada isteri, ibu, anak, saudara mara atau kawan-kawan.

As bersedia tunaikan hajat membeli sambil menderma. Ini adalah nombor untuk dihubungi.

As #supermom #019-7187112

ANDA TAKKAN MENYESAL BILA BERGAYA SAMBIL MEMDERMA.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam

Comments

  1. Syukur Alhamdulillah, sudah 10 helai jubah palestine ini dipinang orang.
    Mereka sangat suka & selesa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis, berapa harga dan material apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cthelmi,
      Sis boleh wassup saya di no 019-7187112 yek.
      Terima kasih

      Delete

Post a Comment