KENANGAN INDAH ZAMAN DOT DOT DOT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Saya doakan para pembaca budiman sekalian sentiasa di rahmati.
 
Saya berasa seronok nak kongsi entri yang santai kali ini. Di harapkan dapat menghiburkan masa luang kalian.
 
Apakah KENANGAN INDAH anda ketika di zaman kanak-kanak?
 
Ia mungkin terjadi pada kita semua... Kalau tak semua pun, mungkin satu atau dua perkara...
Mustahil lah tidak pernah terjadi langsung.
Jom tengok apa kenangannya...
1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat... WOOO
4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
 
 
 5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air masa tengah mandi. Lepas tu 1 jam dok bertapa dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
 
 
11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas habis peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19. Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

 
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.



Anda mesti tengah senyum sorang-sorang bila anda baca senarai kenangan kat atas ni kan...

Saya ada 22 perkara kecuali no 11, 12, 17, 22 & 24. Anda bagaimana???
Saya pun nak cuba perhatikan aktiviti Superkids, yang bakal menjadi kenangan mereka pula.


Sekian saja coretan saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Wasalam.

Supermom


Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA

# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH
 
We are
 




Comments