KISAH DERITA SI BUAH PINGGANG

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Semoga kalian sihat sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah.
Saya bukannya doktor... tetapi saya sekadar berkongsi maklumat yang saya tahu.
Semoga ia bermanfaat.
KISAH BERMULA DI SUATU HARI...
Siapa ada BUAH PINGGANG??? Mestilah semua orang adakan....
Siapa punya BUAH PINGGANG yang sihat??? Errr... macam mana nak tahu yek... buah pinggang kita sihat ke tidak... ni nak kena pergi check doktor nih...
Tak pasal-pasal si doktor tu plak yang kena check up...
Pada suatu hari, di sebuah gerai menjual makanan sarapan, kelihatan 2 orang makcik sedang asyik melayan pelanggan. Perniagaannya syukur Alhamdulillah. Melihat kegembiraan mereka melayan pelanggan, tergambar keceriaan menerima rezeki dari Allah.
Senyuman manis makcik berdua itu terus-terusan menambat hati pelanggannya. Sehinggalah pada suatu hari minggu berikutnya. Makcik A kini sendirian...
Terfikir sejenak di fikiran ku, "Eh, mana makcik seorang lagi nih (makcik B)" (tiada sempat pula ingin mengetahui nama makcik berdua itu... sekadar mesra dengan panggilan MAKCIK)
Tergerak hati ingin bertanyakan khabar makcik B yang tiada di situ... Alangkah terkejut dan kasihan rasanya apabila mendapat tahu bahawa, makcik B yang tidak hadir itu kini menderita SAKIT BUAH PINGGANG. Beliau perlu menjalani DIALISIS.
Nauzubillah himinzalik. Begitu berat sekali penderitaan nya. Sudah jatuh ditinpa tangga. Kehidupannya berniaga demi mencari rezeki sesuap nasi untuk anak-anak, kini tidak mampu lagi dilakukan, akibat daripada sengsara penyakit yang ditanggung itu...
Bagaimana pula dengan kos perubatan nya??? Hanya Allah saja yang dapat mempermudahkan urusan makcik B.

Gambar hiasan : 2 orang makcik menjual sarapan

PUNCA DERITA TIADA KU SANGKA...
Sengaja berbual dengan makcik A untuk mengetahui bagaimana makcik B boleh sakit.
Allah Maha Berkuasa, tiada daya kita manusia biasa ingin melawan takdir. Namun masih boleh dielakkan jika kita tahu punca deritanya.
Dikhabarkan makcik B ini sering mengalami senggugut di zaman remajanya.
Cara paling mudah untuk menahan bisa senggugut adalah dengan makan pain killer a.k.a. PONSTAN (alaa, ubat yang warna kuning-kuning tu...)
Jika Ponstan ini diambil terlalu kerap dalam jangka masa yang panjang, maka kesan sampingannya akan berlaku. Di mana Ponstan ini sangat berkesan dalam MENGGAGALKAN FUNGSI BUAH PINGGANG
Ha... pasti ramai yang dah tahu... & ada juga yang baru tahu...
KONON-KONON NAK JADI DOKTOR
Saya teringatkan pengalaman saya ketika di zaman belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai).
Saya gemarkan aktiviti lasak seperti jungle tracking, panjat gunung (tapi bukan gunung yang tinggi sangat pun), meredah sungai & macam-macam lagi.
Apabila ingin menyertai camping aktiviti tersebut, kami geng-geng gegurl ni dah pakat-pakat supaya kami tidak PERIOD pada waktu camping itu... So, masing-masing akan check jadual period masing-masing termasuklah saya.
Syukur Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalami masalah ketidakaturan period & juga masalah senggugut. Namun ada dikalangan ahli geng kami yang ada masalah tersebut.
Perasan macam bijak, konon-kononnya nak jadi Doktor. Kami yang ada sedikit ilmu tentang kesihatan hasil dari pembacaan majalah saja. Pandai-pandai buat ujikaji sendiri... maklumlah kami kan student Sains Industri, majoring Biologi la gitew... takkan tak pandai kot.
Kami cuba memakan 2 biji Ponstan bersama sebotol air Coca-cola dengan tujuan mempercepatkan kitaran period kami. Haa... terror tak cadangan eksperimen kali masa tu... lagi pun masa tu tiada pendedahan pasal boikot barangan Israel lagi, so kami pun tak tahu la pasal Coca-Cola tu barangan keluaran Israel.
Okay, berbalik pada eksperimen kami, 3 daripada 5 orang berjaya mempercepatkan kitaran period mereka. Lagi 2 orang gagal. Haa ini dh 60% kejayaan dah nih...
Bedasarkan pemerhatian 3 orang itu mempunyai kitaran period hampir sama iaitu lagi 4 ke 7 hari akan mengalami period. Manakala bagi yang 2 orang lagi tu, dijadulakan akan period lagi 2 minggu. Oleh dengan itu, kami membuat kesimpulan bahawa...
KITARAN PERIOD BOLEH DIPERCEPATKAN SEMINGGU LEBIH AWAL JIKA MAKAN 2 BIJI PONSTAN BERSAMA DENGAN AIR COCA-COLA.

Dengan rasa bangga, kami pun kongsi "ILMU" kami ini dengan geng-geng gegurl yang lain. Ternyata ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Kalau lagi seminggu nak pergi camping, lepas tu masa camping tu akan period, maka kami akan "cepatkan period" kami, supaya masa camping kami tak kena PERIOD PAIN. CERDIK TAK KAMI... ngeh ngeh ngeh


KINI BARU KU TERSEDAR

Zaman kegemilangan kami dengan eksperimen kami hilang begitu saja. Ada rakan-rakan yang masih mengamalkan nya. Ada juga yang dah berhenti tanpa sebarang alasan.

Saya juga berhenti dari amalkan eksperimen itu sebab saya memang jenis TAK SUKA MAKAN UBAT. So mujurlah masa saya nak berkhemah, masa tu bukan waktu period saya, so tak perlulah saya nak makan mende-mende tu semua.

Syukur Alhamdulillah, saya segera dapat jodoh & berkahwin seawal usia 22 tahun... lepas habis belajar tau... (ada gak yag komen saya ni gatal kahwin awal-awal). Takpe lah dah sampai jodoh saya Allah tentukan. Alhamsulillah.

Sepanjang tempoh perkahwinan itu sehingga sekarang saya tidak pernah mengalami senggugut & ketidakaturan period, sama seperti zaman remaja dahulu. Semenangnya saya bersyukur.

Namun kini, saya mendapat maklumat tentang PAIN KILLER a.k.a. PONSTAN adalah pembunuh senyap. Di mana BUAH PINGGANG GAGAL BERFUNGSI dengan baik akibat dari pengambilan Ponstan yang kerap.

Nauzubillah. Selamat saya terhindar dari amalan makan pain killer secara rutin, walaupun saya pernah menjalankan eksperimen tersebut ke atas diri saya. Syukur Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Kini saya sudah insaf & sedar. Saya juga ingin menasihatkan remaja & kaum wanita di luar sana supaya tidak terjebak dalam gejala penyakit ini. Kita perlu ELAKKAN DIRI KITA DARI MENJADI PENYEBAB SEGALA PENYAKIT.


PILIH ALTERNATIF LAIN

Kini, semenjak menyertai Shaklee sebagai Shaklee Independent Distributor, saya banyak belajar tentang kesihatan. Bagaimana punca sesuatu penyakit & bagaimana cara untuk mengatasinya.

Berada di bawah naungan Empayar Maria Furdaus "The Most Happening Shaklee Group in Malaysia" adalah suatu nikmat yang Allah kuriniakan kepada saya.

Dengan adanya Mentor & rakan-rakan seperjuangan yang sangat-sangat informatif & menbantu.
Sememangnya moto kami "Tolong orang untuk tolong orang lain"

Shaklee ada produk yang boleh membantu mengurangkan derita akibat masalah senggugut & ketidakaturan period kaum wanita.

Ia di beri nama GLA COMPLEX.



Sebelum ini kebanyakkan wanita cenderung mengamalkan EPO iaitu Everning Primrose Oil.
Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa minyak Borage dalam GLA Complex mempunyai 2 KALI GANDA LEBIH BANYAK KANDUNGAN GLA berbanding dalam EPO.


Kadar penyerapan GLA dalam minyak Borage juga adalah 3 KALI GANDA LEBIH MUDAH DISERAP & 3 KALI GANDA LEBIH BERKESAN berbanding EPO.

Shaklee mengekstrak minyak dari bunga Borage yang ditaman di kawasan Sakatchewan secara organik. Setiap kapsul GLA Complex mengandungi 300mg asid Gamma Linolenik yang juga merupakan sumber Omega-6 terbaik.


KETERJUAAN INGIN MENCUBA GLA COMPLEX

Tadi saya dah maklumkan bahawa saya sihat dari masalah senggugut & ketidakaturan period.
Namun begitu, setelah meneliti maklumat tentang GLA Complex ini, saya rasa teruja untuk mencubanya.

Ini semua kerana khasiat-khasiat & faedah-faedah yang ditawarkan oleh GLA Complex.



Memang rugi saya tidak mencubanya lebih awal. Jika Gla Complex mampu memberi kesan yang optimum. Maka, mereka yang kini sudah bijak pandai, boleh membuat pilihan yang tepat.

Sekarang bulan Ogos, sempena BULAN KEMERDEKAAN, apa kata kita kaum wanita mengishtiharkan diri kita untuk bebas dari masalah kewanitaan.

PROMOSI GLA BELI 6 PERCUMA 1 BERLANGSUNG 1 HINGGA 31 OGOS 2014.
Dengan penjimatan yang giler hebat.

Mari kita bertekad untuk menjadi wanita yang AKTIF, INOVATIF & PRODUKTIF dari segala segi. Jadikanlah kisah makcik B & kisah eksperimen saya sebagai pengajaran.




Sekian saja coretan saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Wasalam.
Supermom

Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH


Comments