SUPERMOM TAUKE TUDUNG KE???

Assalamualaikum,

Salam Syawal. Saya doakan anda sentiasa sihat dirahmati Allah.

Sempena hari raya... saya saja suka suki nak kongsi aktiviti saya setiap dua tahun... kenapa 2 tahun sekali??
Sebab tahun ni giliran saya beraya di kampung saya KUALA LUMPUR (kampung lah sangat...)

Setiap kali beraya di KL, kami mesti pakai baju raya sedondon punye... bukan sedondon warna jek... tapi kain dibeli sekayu setengah, kira-kira 90 meter. Cukup untuk Mak saya, semua adik-beradik saya, termasuk anak-anak masing-masing... Haa hamek ko, havox tak...

Untuk raya kali ini, saya yang ditugaskan membeli kain... Warna ikut pilihan mak & suka hati la... yang penting cantik...

Saya juga akan ambil bahagian menyediakan tudung untuk kaum wanita dalam family saya. Ada 7 orang kesemuanya. Dah memang hobi saya menjahit... so tak boleh lari lah kan...
Ini juga dikira sebagai hadiah raya untuk family saya la.

Hari ini saya nak kongsi cara-cara menjahit tudung half moon a.k.a bulan separuh penuh la melayu cakap...

KELAS JAHITAN BERMULA

Langkah 1: Bentangkan pola atau contoh tudung half moon atas kain ela yang nak dijadikan tudung.
 
Langkah 2: Tekap pola kepada dasar kain, ikut menggunakan kapur jahit yang warnanya bertentangan dengan warna kain.


 Nota kaki : Warna tona tangan semakin sekata semenjak mengamalkan
SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE,
iaitu Vita C Plus, Vita E & ESP (Energizing Soy Protein)
Promosi la plak...
 

Langkah 3: Gunting kain mengikut pola yang telah dilukis tadi. Awas berhati-hati ketika menggunakan gunting.


Langkah 4: Kemudian jahit tepi halus di sekeliling kain tudung.
Pilih warna yang sedikit pada kain supaya nampak kontra.
Saya pilih hijau sebab sama tema baju raya kami.
Kalau tiada mesin jahit tepi ni, hantar saja ke kedai jahit yang berdekatan.



Zoom sikit jahitan tepi tersebut.
 



Taaraa... dah siap... Cantik kan... Ada 7 helai kesemuanya.

 
 
Nota kaki: Operasi menjahit tudung ini dijalankan bermula jam 10.30 malam selepas terawih Ramadhan ke berapa dah tak ingat dah. Ia siap potong jam 3.30 pagi.
 
Nak tahu macam mana saya boleh dapat tenaga berjaga malam sehingga waktu sahur?
Lajak terus ke tahajjud & subuh. Alhamdulillah.
 

Saya ni kan masih dalam program CABARAN BERAT IDEAL, so saya makan sikit jek bila berbuka. Kemudian saya pasti akan makan SET OPTIMUM HEALTH iaitu Vitalea selepas berbuka.
 
Selepas pulang dari terawih, aktiviti booster energy la pulak, saya akan minum AIR PENGASIH CINTA HATI untuk memberi tenaga yang awesome. Boleh cuba resepi air pengasih ini di sini. Idea resepi ini adalah datang ketika promosi tonik ajaib bulan Julai, iaitu VIVIX.
 
Inilah model-model bersama tudung half moon jahitan Supermom.
Rasa macam nak buka untuk tempahan la pulak... hehehe...
 
Dari kiri kakak ipar, adik ipar & kakak saya.
Mereka gayakan tudung ikut stail masing-masing.
 
Sekian saja coretan saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Selamat mencuba.

Wasalam.
Supermom
 

Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA

# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING

# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH


| Shaklee ID : 929497 |

Asnita Baharin | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat) | ita2112@yahoo.com

Hanafee Hannbotaqbesi | 019-7982112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat)
 

Comments