KISAH RIO OH RIO

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Hari ni (18 Sept) mood As lain macam sikit. Maklumlah mood orang baru dapat cucu. Supermom dah jadi nenek. Hehehehe.
 
Sebenarnya As dah pernah rasa jadi nenek apabila 'anak' Shaklee As ada 'anak'. So kira As jadi 'nenek' yang ada 'cucu' Shaklee la kan.
 
Tapi kali ini perasaan jadi nenek lain macam plak. Wow sangat rasanya. Mungkin ada pembaca yang pernah mengalaminya dan mungkin ada juga yang tidak.
 
Di sini, As saja suka suki nak kongsi pengalaman As jadi BIDAN TERJUN.
 
 
RIO OH RIO
 
Seperti biasa Rio akan tunggu kami di tepi pintu sewaktu kami balik ke rumah sebelah petang. Ia akan bermanja-manja dengan kami.
 
Tetapi semalam (17 Sept) Rio berbeza sikit... Bising mulutnya mengiaw sana mengiaw sini minta perhatian. Sebenarnya Rio ni pendiam, memang payah nak dengar suara ia. Tapi semalam bising jek ia... sampai Superkids pun perasan & menegur As, "Mama, kenapa Rio ni bising sangat?"
 
As fikir sesuatu dalam hati... "Entah-entah Rio ni nak beranak tak..."
As suruh Alief Haiqal (anak sulung As) ambilkan baju-baju lama untuk diletakan di dalam kotak yang kami dah standby untuknya.
 
Mendapati kotak tersebut telah diletakan baju, Rio pun masuk berbaring di dalamnya. As mengusap-usap badannya seolah-olah menenangkannya.
 
Rio seperti resah & gelisah. Rio beralih-alih baringan... kejap ke kiri kejap ke kanan. Sempat juga As berzikir selawat menenangkan Rio.
 
As baca "Lailahaillallah, Muhammadarrasulullah" sambil usap-usap kepala & badan Rio. Syukur Alhamdulillah, Rio agak tenang.
 
Eh, kepada yang terpinga-pinga dok fikir, siapa Rio ni... maaf lah yek... Lupa nak perkenalkan, Rio ni kucing As.
 
RIO BUNTING
 
Haa... dah kenal dah Rio...
Rio ni kucing yang ambil dari gerai jual cendol di sebelah Pejabat Pos Masai, pada Disember 2013.
 
Ingatkan jantan, bagilah nama Rio. Sekali bila cek betul-betul, betina rupanya. Nama Rio tu guna terus laa... Nama tu As pilih sebab As suka dengan Angry Bird Rio yang warna merah tu... (entah betul entah tidak nama Angry bird tu Rio).
 
Kami sekeluarga pun jaga lah Rio ni, bagi makan & tempat tinggal. Yang bagusnya tentang Rio ni, ia Berjaya membuang najisnya di bilik air setelah di latih. So, tak ada masalah lah nak bela si Rio ni.
 
Bila Rio bunting???
Seingat As, Rio mula gatal nak mengawan pada awal bulan Julai. Masa tu kami paksa ia untuk keluar rumah, sebab mulut Rio bising siang malam. Untuk pengetahuan u olls... Rio ni pendiam & pemalu (inilah ciri-ciri anak perempuan yang diadamkan...) hehehe
So kalau ikut perkiraan, Rio bunting hamper 2 bulan setengah... ooo baru tau
 

CONTRACTION
 
Okay, berbalik pada cerita kita...
Dari jam 8.20 malam Rio ditenangkan, akhirnya contraction mula berlaku kira-kira jam 9.15 malam. Nafas Rio semakin lagu, badan Rio semakin berdebar, mulutnya ternganga, lidahnya terjelir, matanya semakin layu.
 
 
Memandang wajah Rio, As dapat bayangkan betapa gusarnya fikiran Rio yang akan menghadapi KELAHIRAN SULUNG nya. As tetap di sisi berzikir & berselawat untuk menenangkan Rio, sampai nak pergi tandas pun tak boleh, ish ish ish... sabo jelah...
 

ANAK PERTAMA RIO
 
Kira-kira jam 9.23 malam, kelihatan Rio meneran... (yang ni, para ibu jek boleh gambarkan).
 
As pun nampak sedikit kepala anak pertama Rio keluar. Subhanallah. Begitu agung ciptaan Allah. Kucing beranak pun penuh kesabaran di samping situasi yang menenangkan.
 
As rasa sangat bertuah sebab dapat menyaksikan proses kelahiran anak-anak Rio di depan mata As sendiri. Perasaan bersyukur ke hadrat Illahi kerana As terpilih untuk membela & melihat Rio beranak. Alhamdulillah.
 
Tepat jam 9.29 malam, selamatlah anak pertama Rio dilahirkan. Rio dengan segera menjilat & membersihkan anaknya itu. Terpancar wajah keibuan di muka Rio (cewahhh... macam real lah).
 
   
 
Kemudian Rio memakan uri & memutuskan tali putus anaknya itu. Barulah As nampak rupa anak pertama Rio. Warnanya persis warna Rio iaitu merah (untuk pengetahuan u olls, orang tak sebut kucing warna oren tau...)
 
   
  
ANAK KEDUA RIO
 
Berselang 13 minit kemudian, keluar lagi seekor anak Rio. Syukur Alhamdulillah. Kali ini agak mudah kelahirannya. Seperti tadi, Rio menjilat & membersihkan anaknya. Uri dimakan & tali pusat diputuskan.
 
  
 
 RIO KELETIHAN
 
Jam menunjukan pukul 10.10 malam. Selepas selesai membersihkan anak-anaknya, Rio kelihatan amat letih. As pun dengan segera membancuh Susu Dutch Lady  bersama Mealshake untuk Rio minum. Pastinya air tertapis menggunakan Get Clean Water Pitcher.
 
 
Rio pun minum dengan lahapnya. Memang Rio kepenatan selepas melahirkan 2 ekor anak. Tengoklah gaya Rio minum Mealshake... dalam hatinya pasti berkata "mmm sedapnya..."
 
    
 
 ANAK KETIGA RIO
 
Kira-kira jam 10.25 malam, Rio mengerang lagi. Debaran Rio sama seperti mula-mula hendak beranak. Kali ini lebih resah lagi. As teruskan berzikir untuk Rio "Subhanallah Wahamdulillah Walailahaillallah Wallahhuakhbar" sebanyak yang As mampu. Sambil-sambil mengusap kepala & badan Rio,  
  
     
  
Sekali lagi kelihatan kepala anaknya keluar, lebih kurang jam 10.57 malam. Namun proses kelahiran kali ini agak sukar...
Dengan 2 ekor anaknya yang mengiaw-ngiaw mencari susu di badannya & dengan keadaan Rio yang sangat keletihan.
  
     
 
   
 
Syukur Alhamdulillah, Rio Berjaya mengeluarkan anak ketiganya pada jam 11.26 malam, setelah hampir 30 minit Rio berusaha.

Seperti biasa Rio membersihkan anaknya, namun apakan daya... anak ketiganya itu sudah tidak bernyawa lagi.

Mugkin akibat terlalu lama proses kelahirannya. Allahhuakhbar. Sayu hati As melihatkan segala peristiwa ini.

Pabila bertanya dengan Rio "Anak yang ketiga tu macam mana? Boleh selamat ke?"
Rio hanya mampu mengelipkan matanya saja, dengan harapan supaya As faham yang anaknya sudah tidak mampu diselamatkan. Begitu singkat hayatnya. Segala-galanya adalah ketentuan Illahi.
 
   
 
 RIO KINI BERGELAR IBU 

Rio keletihan lagi, As pun memberikan susu Mealshake kepadanya sekali lagi supaya Rio memdapat tenaga segera & baloeh terus menyusukan anak-anaknya.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Rio yang kini sudah bergelar ibu.
Kemudian, As membiarkan Rio berehat sambil menyusukan anak-anaknya yang comel-comel itu.
 
    

Inilah yang dikatakan #ShakleeEffect, kucing pun selesa berada di dalam kotak yang mampu 'Creating Healthier Lives'
Mentang-mentanglah ada 3 kotak kat rumah, hadiahkan 1 la untuk Rio.
 
  
 
URUSAN PENDAFTARAN

Keesokan hari, Selamat pagi Rio & kitten. Hehehe... mode seronok dapat tengok anak kucing yang comel-comel ni pagi-pagi.

As pun bagi lah nama pada mereka ni...
1) Yang merah tu jantan, As bagi nama MIKA
2) Yang 3 warna tu betina, As bagi nama CIKO
3) Yang kelabu tu betina gak, As bagi nama TOBI

Sebelum pergi kerja, As suruhlah Superkids tanamkan TOBI di depan rumah
Konon-konon nak daftar nama anak-anak kucing... ngeh ngeh ngeh...
Ala gurau pun tak boleh...
 
  
 
Sekian saja kisah As jadi bidan kucing beranak RIO OH RIO. Suatu pengalaman yang berbeza sangat. Alhamdulillah.

Tetiba As teringat pesan orang tua-tua dulu, "Kalau perempuan nak mudah bersalin, tengoklah kucing beranak, Insyaallah kita akan tenang & bersalin dengan mudah"
Wallahhualam, segala-galanya adalah ketentuan Allah.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam
Supermom 
Dapatkan MEALSHAKE promo.
Tawaran sah sepanjang 1 - 30 September 2014
 
Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada
HIDUP LUAR BIASA
 
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH
 

Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca entri ini.
 
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.

Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati urusan anda.

Comments

  1. SubhanAllah..kagum hani tgk..teringat time kita melahirkan..

    Yg paling #shakleeEffect tu..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment