ALAAA, 20 SEN JE KOT!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pembaca sekalian, semoga sentiasa dirahmati Allah.
 
Tengok tajuk entri jek dah boleh agak cerita yang akan As kongsikan.
 
 
SEMALAM PUNYA CERITA
 
Semalam hari pertama dalam bulan Oktober. Selepas pulang dari kerja hakiki, As menyinggah cod barang customer di Seri Alam. Customer dah jatuh cinta dengan keberkesanan GLA Complex.
 
Kemudian As pergi ke bank untuk urusan seterusnya. Semasa dalam perjalanan pulang, As singgah ke stesen minyak Petron Bukit Dahlia sebab nak isi minyak, Nampak tu 'lampu nyawa ikan ultraman' dah keluar.
 
Ting ting ting... lampu ultraman dah menyala
 
Macam biasa As akan isi penuh.
Masa nak beratur bayar di kaunter, As rasa macam pelik kenapalah ramai sangat orang kat sini malam ni???
Mmm... lantaklah... malas nak fikir. As buat urusan As jek, isi minyak sampai penuh lepas tu balik.
 
Tangki Myvi akaq dah terpenuh plak...
   
OOO BARU KU TAHU
 
Semasa As nak balik dari stesen minyak Petron tu, As nampak makin lama makin banyak kereta memasuki kawasan stesen minyak tersebut.
 
Perasaan ingin tahu terdetik di hati. Dalam pada itu handphone As keluar macam-macam bunyi menandakan banyak notification yang diterima.
 
Scroll punya scroll, rupa-rupanya image surat pekeliling ni tersebar meluas di semua media social seluruh dunia. Ish ish ish... sabra jelah, As dah siap isi minyak baru tahu apa yang berlaku.
 
Nampak sangat rakyat Malaysia peka kepada maklumat terkini. Kesian plak As terjebak dalam kalangan mereka yang sibuk berebut isi minyak.
 
Persoalannya, betul ke minyak petrol Ron95 naik harga? Atau pernurunan subsidi minyak petrol Ron95 telah berlaku...
Dua ayat yang berbeza, namun memberikan maksud yang sama.
Anda nilaikan lah sendiri.
 
Inilah surat pekeliling yang disebarkan secara meluas
 
WARTAWAN TIDAK BERTAULIAH
 
Selepas As mengetahui tentang sebaran maklumat itu, As pun ambil kesempatan jadi Wartawan Tidak Bertauliah. As snap lah berberapa gambar di 2 buah stesen minyak berhampiran. Eh dah macam tak ada kerja lain plak.
 
Saja je As nak tunjukkan gambar situasi sebenar malam tadi. Dah macam nak cari parking untuk pentas Sure Heboh, memeng havox giler Cadbury. Siap ada pekerja asing tolong uruskan lalu lintas di situ.

Lokasi stesen minyak PETRON Taman Bukit Dahlia & stesen minyak PETRONAS Masai

 

Saja je nak buat lawak, walaupun tak kelakar hahaha

BERAPA HARGA SUBSIDI DITURUNKAN?
 
Bila subsidi turun, maka harga jualan minyak kena naik la kan...
Berapa harga minyak naik?
ALAAA, 20 SEN JE KOT!!!
 
Sampai sanggup nak keluar rumah, pergi stesen minyak, beratur panjang, tunggu dalam kereta dengan enjin hidup, pasang air-cond berjam-jam.
 
Semata-mata nak isi minyak petrol Ron95 dengan harga lama RM2.10 sebelum pukul 12 tengah malam. Tak terfikir ke selama u olls tunggu tu, u olls dah bazirkan minyak lebih baik dari nilai minyak yang u olls akan isi.
 
Macam lah minyak yang u olls isi malam tu boleh pakai sampai musim mengundi akan datang.
Ish ish ish... payah lah nak cerita pasal ni.
 
Yang paling seronok, isu seperti ini menjadi bahan menarik untuk kami para blogger yang sentiasa suka sharing maring story mory untuk manfaat semua.
 
 
 
Rasanya dah ramai yang viralkan isu ini di semua media sosial,  As pun tak mahu ketinggalan juga sebab isu ini pastinya akan dipandang negative bagi ramai orang.
Namun, As suka ambil yang positif saja sebab As ada KUASA MEMILIH POSITIF MINDED.
 
Pinjam kata-kata mentor Tersohor DAO "Pedulikan ekonomi dunia, jom kita bina ekonomi kita sendiri"
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxnK0VPpuV_FfsBXJazWO4SU4IpR8wU3GxzUZQBue4z0qYcwlHU2ZvwMC6FpyxZSHvAB26H5sYchROMtVmlg5EUK2KychheeI2VFBzkY0GO9hV8okBJtTRrZWWKttCN79pH2Hla0YLafA/s640/PhotoGrid_1412238751638.jpg
 
Di sini As nak kongsi entri kawan-kawan As yang mana kami sama-sama memilih untuk stay positif dengan isu HARGA MINYAK NAIK ini.
 
Jom kita layan...
 
 
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
 
Wassalam
#supermom
 
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati urusan anda.

 
Saya bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA 
 
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH 
 
 

Comments