7 PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG SHAKLEE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pembaca budiman sekalian.
As doakan para pembaca sekalian sentiasa dilindungi rahmat Allah.

Maafkan As kerana lama tidak menulis. As rasa berdosa kerana terhenti seketika menyebarkan cas positif dengan berkongsi manfaat dengan para pembaca sekalian.

As mohon pada Allah agar berikan idea yang mencurah kepada As untuk menulis dan berkongsi dengan anda semua. Segala yang terbaik adalah dari Allah. Segala kekurangan ada dari kealpaan diri As sendiri.


Hari ini As nak berkongsi tentang bisnes yang As jalankan. As sudah terlibat dengan bisnes ini hampir 19 bulan. Ia merupakan suatu tempoh yang agak pendek. Maka As juga boleh dikatakan masih baru dalam bisnes ini dan masih banyak lagi perkara yang As perlu belajar.

Bisnes yang As jalankan secara online ini adalah Multi Level Marketing (MLM) bersama syarikat bernama SHAKLEE.

As pasti semua orang tahu serba sedikit tentang Shaklee, iaitu Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Suatu hari semasa As memandu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Seminar Online Offline Marketing Genius (OMG), As terpandang papan tanda Shaklee di tepi highway. As mula membayangkan apa maksud yang dapat As huraikan bagi setiap huruf perkataan SHAKLEE.

Haaa... dalam dok memandu sambil berfikir-fikir... dapat idea untuk tulis entri ini, istimewa untuk menjelaskan maksud perkataan SHAKLEE.

Ada 7 huruf yang membawa makna dan maksud tersendiri. As nak ajak anda semua bersama kita kupas satu-persatu.

Kita mulakan dengan huruf pertama iaitu huruf... S

S : SEMULAJADI

Semua produk Shaklee diperbuat dan dihasilkan dari SUMBER SEMULAJADI. Omputeh cakap NATURAL SOURCE. Tiada unsur tidak semulajadi, melainkan yang semulajadi-semulajadi belaka.

Sumber dari www.shaklee.com.my

Bila guna bahan yang SEMULAJADI, kita akan menyumbang kepada keselamatan Bumi kita.

Huruf kedua adalah huruf... H

H : HALAL

Produk Shaklee memiliki sijil HALAL yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America. ISA adalah badan Islam bagi pensijilan halal di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Oleh itu, tiada istilah ragu-ragu dalam menggunakan produk Shaklee.

Sijil Halal produk Shaklee bagi tahun 2014. Sijil ini akan diperbaharui setiap tahun.

Huruf ketiga pula adalah huruf... A

A : AGEN BERDAFTAR

Saya Asnita Baharin merupakan AGEN BERDAFTAR atau PENGEDAR BEBAS SHAKLEE dengan nombor SID 929497.

Jajahan takluk As adalah sekitar Taman Scientex Pasir Gudang, Masai, Kota Masai, Cahaya Masai, Seri Alam untuk perkhidmatan penghantaran percuma.
Selain kawasan ini juga As mampu usahakan untuk penghantaran menggunakan perkhidmatan Poslaju yang terbukti cekap dan cepat.

Anda akan menerima konsultasi percuma dari As bagi setiap produk Shaklee yang anda digunakan.

As adalah LEADER terlatih yang bernaung di bawah MARIA FIRDAUS, THE MOST FANTASTIC MILLIONAIRES IN SHAKLEE (MFMS) EMPIRE.

Ini bisnes kad As yang ditempah dari www.fizagraphic.com

Kita ke huruf keempat iaitu huruf... K

K : KUALITI

Lebih 100,000 UJIAN KUALITI dijalankan setiap tahun bagi memastikan ketulenan hampir 100 peratus sebelum produk Shaklee dipasarkan. Lebih daripada USD250 juta telah dilaburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk Shaklee.

Shaklee benar-benar yakin bahawa setiap produk Shaklee adalah 100% selamat untuk digunakan. Jaminan Shaklee adalah KESELAMATAN TANPA SYARAT kerana produk Shaklee tiada bahan-bahan berbahaya seperti berikut :


Seterusnya, huruf kelima adalah huruf... L


L : LULUS KKM 
            (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

Produk Shaklee juga telah diluluskan oleh KKM. Berikut adalah beberapa senarai produk Shaklee yang mendapat kelulusan KKM.

Sumber http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm

Kita ke huruf keenam iaitu huruf... E

E : EFEKTIF iaitu BERKESAN

Sememangnya ada banyak testimoni yang boleh di google di internet. Ini membuktikan KEBERKESANAN produk Shaklee tiada tandingannya.


Sumber dari www.shaklee.com.my

Huruf yang akhir adalah huruf... E

E : ELAKKAN

Produk Shaklee yang dihasilkan mempunyai fungsi dan tujuan tersendiri. Tujuan utamanya adalah untuk menambahnilai kesihatan individu dan juga untuk mengELAKKAN dari risiko menghidapi sesuatu penyakit.

Pelbagai cadangan untuk membantu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan, telah dikenalpasti.
Ia juga boleh digunapakai untuk mengelakkan daripada berlakunya sesuatu masalah kesihatan atau mengelakkan masalah kesihatan menjadi lebih serius.

Antaranya adalah seperti berikut :
1) Cadangan untuk kesihatan asas
2) Cadangan untuk kesihatan sendi
3) Cadangan untuk mengurangkan risiko diabetis
4) Cadangan untuk mengurangkan kerengsaan atau alergik
5) Cadangan untuk kulit gorgeous dan mengurangkan risiko penuaan
6) Cadangan untuk kesihatan ibu hamil, ibu berpantang dan ibu menyusu
7) Cadangan untuk mengekalkan berat badan ideal atau untuk selim melim



KESIMPULANNYA

Sebagai penutup bicara entri kali ini, As ingin menyatakan bahawa makanan tambahan atau suplemen merupakan pilihan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat di dalam suasana kehidupan yang semakin berteknologi tinggi.

As memilih produk Shaklee sebagai asbab untuk kesihatan As sekeluarga dengan izin Allah. Dengan adanya kesihatan yang baik, kita mampu menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.


Sekian saja coretan As kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam

#supermom #positifminded #positifenergy #aurapositif

 

  As bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA 


# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 

# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH 


http://www.ebookniaga.com/sorryboss/akak-as

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.

Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.


Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga Allah merahmati urusan anda.

Comments