PERJALANAN KISAH CANTIK KU UNTUK SUAMIKU

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan Selamat sejahtera,

Semoga semua pembaca blog sekalian sentiasa sihat sejahtera dilindungi rahmat Allah.

Saya mendoakan agar anda KAYA, BERJAYA dan BAHAGIA. Aamiin.
Anda pun aamiinkan juga la untuk diri sendiri. Terima kasih.

Sebelum ni As pernah berkongsi kisah As "PABILA KU TERPAKSA CANTIK DEMI SUAMIKU

As terima banyak komen positif yang suka dengan perkongsian tersebut. Terima kasih kerana sudi membacanya.

Ada juga yang ingin mengetahui lebih lagi rahsia bagaimana As bermula. InsyaAllah As akan kongsikan Perjalanan Kisah Cantik As Untuk Suami As.


BERMULANYA DI SINI

Semua orang suka pada kecantikkan lebih-lebih lagi orang perempuan. As juga begitu.

As mempunyai kulit yang berminyak & setiap bulan As pasti akan menerima kehadiran seketul dua ketul jerawat manis di muka. Ini mula terjadi semenjak As mula mengalami perubahan hormon atau bahasa mudahnya dah mula datang bulan.

Nak dijadikan punca, tangan As ni memang gatal lebih sikit... pantang ada jerawat baru nak jadi kat muka, pasti As akan berusaha nak pecahkan supaya As tak perlu menanggung sakit bila jerawat tu mula masak.

Tetapi bila jerawat dah pecah, masalah lain pula yang timbul iaitu kesan jerawat berlubang dan kemudian menjadi parut. Lagi la parah bila muka As yang cerah ni 'dihiasi' dengan parut jerawat yang tak berapa nak manis.
Haaa padan muka aku... Siapa suruh gatal tangan...


CERITA CANTIK KU SEMASA REMAJA

Sejak dari kecil As memang sentiasa jaga kebersihan diri dan wajah. Orang kata "Biar muka tak cantik, asalkan jangan busuk"

Sebabnya kalau muka tak cantik, cuma orang luar biasa kacak jek tak nak tengok muka kita... tapi kalau kita busuk, jangan kata orang... kucing pun taknak dekat dengan kita. Haaa... kesian kesian kesian.


CERITA KU MANDI SELAMA 1 JAM

Untuk pengetahuan u olls, As sebelum ni akan mengambil masa hampir sejam untuk mandi. Amboi!!! lamanya... Sebab As mandi sambil 'merakamkan album dalam bilik mandi'. Setakat ni As dah tak ingat berapa album yang telah berjaya As rakam sebab semuanya tak sempat nak hit di pasaran... hehehe

U olls tau ke apa As buat lama-lama dalam bilik mandi???
Haaa... Dalam masa sejam tu la As akan mandi macam puteri raja, gosok sana gosok sini sambil mendendangkan lagu kegemaran As. 

Masa tu guna sabun Lux jek, sebab suka buat buih banyak-banyak. As sabun badan pakej sekali dengan sabun muka sebab masa tu tak reti lagi nak pakai pencuci muka bagai ni...
 


Sehinggalah As tamat sekolah tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, As masih guna sabun Lux untuk mandi dan cuci muka. 

Haaa... terror kan. Hasilnya muka bersih jek dan menjimatkan kos. As ikut cara emak As la ni, guna sabun jek utk badan dan muka, kata emak "Guna sabun pun bersih juga" Hahaha. memang berbaloi ikut cakap emak.


CERITA CANTIK KU DI UNIVERSITI

As mula berjinak-jinak produk penjagaan muka semasa As baru masuk Universiti Teknologi Malaysia. Itu pun selepas As tertarik dengan iklan produk tu. As pun berminat nak cuba sebab ia ada trial pack yang berharga dalam RM19.90 untuk 3 barang.

Produk pencuci muka pertama yang As guna adalah Johnson Clean & Clear. As cuba set C&C yang ada cleanser, toner dan moisturiser. So, far As serasi dengannya. As gunakan produk ini sehingga As kahwin dan dapat anak 2 orang. 

CERITA CANTIK KU BERSAMA SITI NURHALIZA

Hari demi hari serasi bersama produk C&C. Sehinggalah As memasuki usia 25 tahun, As sekali lagi terpedaya dengan iklan produk penjagaan muka iaitu Olay Total Effect. 

Macam mana As boleh terpedaya??? Sebabnya masa tu model Total Effect tu Dato' Siti Nurhaliza (masa tu belum dapat Dato' lagi). So, As kan sebaya dengan beliau cuma As lebih muda 11 bulan dari beliau, hehehe.

As berfikiran sudah tiba masa untuk As bertukar krim pelembab untuk muka sebab umur pun dah masuk 25 tahun a.k.a. dah tak remaja lagi nak pakai Clear and Clear tu. Di mana proses penuaan sudah bermula seawal usia 25 tahun. Yela kan, di kala itu dah macam-macam tekanan dari sekeliling As yang akan mempercepatkan proses penuaan. 



So, As pun cuba la Olay Total Effect. Ternyata ia serasi dengan kulit As. Rasa kurang berminyak dan muka macam lebih glowing atau flawless kata omputeh...

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun... As menggunakan Olay Total Effect sehinggalah ke saat ini. Memang dah jatuh cinta.
Cuma As kadang-kadang bertukar pencuci muka sebab nak atasi masalah kulit muka As yang berminyak ni. Ia makin menjadi-jadi seiring dengan peningkatan usia. Lebih-lebih lagi bila dah masuk 3 series ni.


OPPS!!! CERITA BADAN KU MULA MENGEMBANG

Semenjak Superkids dah besar, As dah mula selesa dengan kehidupan As. As mula mengaktifkan hobi baru iaitu MAKAN.

Haa... bila anak-anak dah besar, senang sikit nak makan. Mana-mana pergi asyik fikir makan. So, apa lagi... bila makan tak jaga, macam-macam kesan sampingannya kepada As.

Kulit muka As jadi semakin berminyak, siap dapat free gift berat badan meningkat. OO?? Parah ni... 

Perkara yang paling seksa adalah bila banyak baju As semakin 'MENGECUT'. Mungkin sebab As salah guna sabun pencuci pakaian kot... sebab tu lah banyak baju dah tak muat. Huhuhu...

Ini tak boleh jadi ni, As nekad nak diet sebab tak sanggup pakai baju besar-besar & menanggung lebihan minyak di muka. Apa lagi yang buat As stress adalah jerawat yang makin tumbuh di muka. Macam biasa As akan picit jerawat tu sebab nak puaskan hati.



CERITA KU DIUGUT, SENTAP!!!

As pernah di ugut supaya berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Hah!!! Boleh mati ooo... U olls pun boleh agak siapa yang ugut tu kan...

Ada lagi satu ugutan yang menyentap jiwa raga As yang membuatkan As bertambah nekad untuk kembali cantik seperti dulu. Apa dia ugutan tu??? 
Hmmm... biarlah rahsia yek... Siapa makan pengat... sendiri mau ingat haa...


CERITA CANTIK KU MENCUBA SET DIET SHAKLEE

Dengan sebab inilah As mula mencuba Set Selim Melim (Set Diet Shaklee). Sememangnya As dah mula jatuh cinta dengan Shaklee semenjak masalah migrain dan mild gout As selesai dengan suplemen Shaklee.

As jadi bertambah yakin untuk mencuba Set Selim Melim selepas As mendapat info terperinci tentangnya. Maka bermula la amalan gaya hidup sihat As yang baru iaitu DIET. As bersyukur sebab ada Personal Trainer yang sentiasa memberi semangat pada As untuk menjaga berat badan. 


SET BUDGET DENGAN HASIL YANG MANTAP

As bermula dengan set budget dulu sebab nak test keserasian. Syukur Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan makan As dah mampu mengawal nafsu makan As. Bila ada makanan sedap As jamah jek, takut kempunan plak kalau tak dapat makan. Eh macam mengandung plak. hehehe... perasan lagi.



Inilah yang As amalkan. So far, As puas hati sangat sebab As nak turunkan berat badan.

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG... RUPANYA MEMANG PANAS!!!

As bersyukur dan gembira kerana berjaya serasi dengan Set Diet ini, tetapi tak sangka betul dengan apa yang As dapat!!!

As berjaya turun 3 kilo dalam masa 2 bulan, syukur Alhamdulillah. Masa tu berat 55kg jadi 52kg pun dah kira terbaik dah, sebab berat As masih dalam border BMI ideal lagi. Cuma As kurang selasa dengan baju yang mengecut tu, hehehe...

Lagi satu perkara yang As paling seronok adalah...
Kulit muka As semakin lembap, minyak muka pun berkurangan sedikit. 
So bila berat dah turun, dapat free gift kulit moist lagi... 

As dapat rasakan kesan sampingan makan Energizing Soy Protein (ESP). Ingat nak rasa kenyang lebih sebab diet, rupa-rupanya kesan melembapkan kulit ternyata terbukti berkesan pada As juga.

Tak pasal-pasal dapat pakej, badan selim melim dan kulit moist. Seronoknya rasa. U olls pun patut cuba juga khasiatnya.

As rasa seronok dan berbaloi nak teruskan amalan gaya hidup sihat ini. Ini semua kerana As begitu obses untuk mengekalkan kecantikkan badan dan muka. 

Sememangnya niat nak jaga kecantikkan adalah semata-mata untuk suami tersayang Superdad Mohd Hanafi kerana Allah Taala. Semoga segala usaha ini Allah permudahkan. Aamiin.

Selepas dah cantik... sakan la nak bergambar sana sini dengan Superdad dan Superkids sebab confident level dah semakin meningkat. 

KINI KU SEMAKIN YAKIN BERSELFIE DI SANA SINI

Jom layan gambar-gambar selfie groupie kami. Sama cantik sama handsome bak kata pepatah "Bagai Pinang Dibelah Dua" gitew... Confirm ada yang jelous kan... hehehe... Mode perasan Supermom sedang di aktifkan.


Pengantin lama nih tapi always perasan macam pengantin baru kahwin... Asyik nak berkepit jek propa sana propa sini...
  
Groupie dengan Superkids sekali la... ni gaya sebelum makan tau. Tengok kulit muka Supermom yang semakin gebu tu... muka pun ada senyum...

Sempat lagi sengeh nak lawan pipi siapa lagi gebu...
Suka gambar ni... semua senyum dengan pipi gebu termasuk Rio. Shaklee Effect dengan ESP dan Mealshake.




Belanja gambar lagi sebelum pergi beraya Aidiladha
   
 
Sempat selfie lagi dalam flight Kuala Lumpur - Johor atas urusan kerja. Walaupun kepenatan namun muka tetap flawless, gebu gebas gitew...


Sekian sahaja coretan As kali ini. Nantikan entri seterusnya tentang testimoni As sebagai pengguna tegar Set Kecantikan Shaklee

Mentang-mentanglah ni bulan kecantikkan sebab Shaklee lancarkan TRIPLE PROMO khas untuk mereka yang mementingkan kecantikkan. As selalu bagi harga kasih sayang tau.

Kecantikkan adalah hak milik setiap insan... Kerana dirimu begitu berharga.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Wassalam
#auracantik #aurapositif #positifminded
 As bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA 
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 


# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/akak-as

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.

Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.

Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga Allah merahmati urusan anda.

Comments

  1. Terima kasih Sakinah. Lepas ni giliran Kinah plak dapat kulit gebu selepas dah dapat BMI ideal.

    ReplyDelete

Post a comment