3 CARA REWARD DIRI KEGEMARAN SUPERMOM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semoga Allah luaskan pintu rezeki kalian semua dan Allah kurnikan syurga dengan rahmatnya tanpa dihisab.
 
Allahuakhbar. Meremang bulu roma As membacakan doa untuk kalian.

As kini sedang mempraktikan perkara yang As baru belajar iaitu mendoakan orang lain. Semoga As istiqomah dengan usaha ini.

As juga nak ajak kalian untuk belajar mendoakan orang lain iaitu sesiapa saja yang anda kenali termasuk famili, saudara, sahabat dan musuh anda juga (jika ada).


BONUS TENGAH BULAN


Seperti yang semua sedia maklum, As menjalankan online business suplemen dan vitamin Shaklee. Dan pada setiap pertengahan bulan, kami para Shaklee Independent Distributor (SID) yang mencapai target jualan bulan lepas akan menerima bonus mengikut usaha masing-masing.

Syukur Alhamdulillah, As juga salah seorang daripada SID yang menerima bonus pertengahan bulan. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat Mu.

Terima kasih juga kepada keluarga As Superdad, Superkids, Emak dan juga Master Maria Firdaus. Mereka semua ni lah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk As teruskan perjuangan.

Sikit atau banyak bonus yang diterima, As tetap bersyukur. Sememangnya As akan melipatgandakan amalan rohani dan usaha supaya lebih dan lebih lagi kejayaan yang As impikan.


IKUT CAKAP MENTOR


As bernaung di bawah Empayar Maria Firdaus, The Most Happening and Fantastic Millionaire Shaklee Group in Malaysia (MFMS Empire). Yang juga susur galur Jutawan Muslimah Mamacery Shareeza.

Apabila bonus Shaklee dikreditkan ke akaun SID masing-masing pada setiap pertengahan bulan. Pasti mentor-mentor kami akan berpesan.

Petikan pesan dari Jutawan Muslimah
[Bonus December 2014] - by PM Cery
Alhamdulillah. bonus dah masukkk... Siapa-siapa yang layak terima bonus last month, boleh check akaun bank...
Setiap bulan adalah bulan menuai... menarik kan bisnes ni... cuma berapa banyak hasil tuaian 2angka, 3angka, 4angka, 5angka, 6angka...
Haa tu kena tengok berapa banyak you all 'BAYAR & BERI' last month or berapa banyak anda 'berkorban' sepanjang beberapa bulan lepas... sebab takde istilah duit datang bergolek-golek kay.
Jadi bagi yang dah dapat bonus seperti biasa bahagi-bahagikan portion bonus tu untuk :
- zakat, sedekah, wakaf (kunci rahsia jana wang besar)
- peruntukkan untuk famili dan parents
- lunaskan hutang-hutang mana yang ada, jangan tangguh-tangguh kalau pinjam-pinjam duit or apa-apa saja.
- saving untuk sepatutnya, oh ya... portion untuk bisnes rolling modal pun jangan abaikan. Untuk beli stok, untuk beli itu ini. Spare some modal dan bukan simpan semua.
- pastu reward diri jangan lupa. Diri anda aset utama untuk menggerakkan bisnes ni. Jadi sila reward diri, beli buku or bayar yuran kelas pun kire reward diri tambah value.

JOM BERUSAHAA
withlove
PM-C

REWARD DIRI

Selepas menguruskan agihan bonus kepada perkara-perkara penting, tibalah masa untuk reward diri As. 


Ada 3 cara As reward diri, iaitu:

1) BELANJA MAKAN SEDAP
As akan bawa famili makan-makan ditempat makan sedap, sebab Superkids memang suka makan. Selera mereka boleh tahan juga walaupun badan nampak kecil saja. 

Shaklee Effect la tu sebab hari-hari amalkan Set Superkids Genius. Syukur Alhamdulillah.

Harga tidak menjadi hal, asalkan As dapat spend time bersama famili dan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan mereka. 

Dan lagi satu, bila pergi makan-makan, itulah hari cheat day As, hehehe. Makan #sedap la jadinya, sebab dah hari-hari makan #ondiet kan. Takpe sekali-sekala jek.

Tapi As still on diet track tau. Jika anda seorang yang mempunyai BMI terlajak, anda perlu baca ebook mini NOW EVERYONE CAN KURUS.

2) SHOPPING
Selain daripada makan, reward kedua yang As suka adalah shopping. Tak kisah la beli baju ke, tudung ke, kasut ke atau apa-apa yang berkenan di hati.

Tak semestinya beli barang yang mahal-mahal harganya, beli ikut kemampuan la kan. Yang penting niat untuk memotivasikan diri supaya berusaha lebih gigih dan memohon daripada Yang Memberi Rezeki.

3) MENIMBA ILMU
Haa, ini perkara baru yang As nak kongsikan. Sebelum ni, As kurang minat sangat nak belajar-belajar ni...

Tetapi semenjak As terbaca satu nota tentang ruang memori otak kita masih banyak lagi yang belum digunakan, As pun terfikir satu idea.

As nak reward otak As dengan ilmu. Target As nak belajar ilmu baru yang bermanfaat untuk online bisnes As.

So, As telah mendaftar 2 kelas ilmu tentang IT (Information Technology). Haaa, nampak tak permainannya. Pabila Chemist Belajar IT, acaner... ada bran???

1 sesi setengah hari pada 17 Januari 2015 (Sabtu) dan 1 sesi sehari penuh pada 10 Februari 2015 (Selasa). As dah plan akan ambil cuti pada 10 haribulan nanti. Insyaallah.

Poster untuk kelas 17 Januarai 2015

Poster untuk kelas 10 Februari 2015


As nak sediakan diri dengan ilmu IT supaya As mudah untuk melaksanakan online bisnes dan membantu anak cucu cicit SMS Geng dan MFMS Empire juga supaya semua mereka ada blog sendiri untuk online bisnes mereka.

Mudah-mudahan urusan menimba ilmu As dipermudahkan Allah. Aamiin. Mohon kalian aamiinkan juga yek. 

Sekian saja perkongsian As kali ini. Pastinya As akan kongsikan nanti ilmu IT yang bakal As pelajari.  

Semoga anda Kaya, Berjaya dan Bahagia di dunia dan akhirat. Aamiin. 
Terima kasih kerana sudi menyinggah ke sini.

Wassalam

#auracantik #aurapositif #positifminded
 As bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA 
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/akak-as

#SayaSediaMembantuAndaSihat

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam. 

 

Comments