TIPS MENGEMAS BUKU YANG MENJIMATKAN MASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semoga Allah memberkati kehidupan anda sekeluarga seluruhnya. Aamiin.

Ini adalah minggu pertama sesi persekolahan. Tentunya aktiviti harian anda para ibu bertambah sibuk dalam melayan keperluan anak-anak.

Hari ni As nak kongsi sedikit tips yang mampu menjimatkan masa anda.

Tips ini pun As dapat dari sahabat Facebook, maka As kongsikan di sini juga apa yang telah As lakukan.

SUPERKIDS ANAK-ANAK SYURGA KU

Selfie jap  moment 1st day Superkids ke sekolah sesi 2015

Seperti yang anda semua sedia maklum, As mempunyai 3 orang Superkids. Kesemua mereka telah pun bersekolah.

Yang sulong Alief Haiqal Bin Mohd Hanafi, darjah 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. (Semoga Alief mendapat 5A di UPSR 2015 ni, Aamiin)

Yang kedua pula Aidiel Haqimi Bin Mohd Hanafi di darjah 4.
 
Yang bongsu, Adam Hiqmal baru pula di darjah 2. (Yeke bongsu?...) hehehe...


TIPS MENGEMAS BUKU MENGIKUT JADUAL

Semalam As memulakan operasi menggunakan tips ini. As meminta superkids memikirkan tujuan As melakukan operasi ini. Bagi mereka berfikir supaya sel-sel otak sentiasa berhubung. Hehe dah propa macam iklan plak.

Jom kita mulakan. 
Bahan-bahan yang diperlukan adalah semua buku teks darjah 6, 4 dan 2, jadual waktu kelas masing-masing, label berwarna, pensil warna dan selotep.

Mula-mula As suruh superkids mewarnakan hari persekolahan dengan warna yang berbeza-beza mengikut kegemaran masing-masing.

Kemudian mereka akan membacakan mata pelajaran yang terdapat di setiap hari mengikut jadual itu.

Tugas As adalah menampal label berwarna pada bahagian tepi buku teks mengikut warna pilihan yang telah diwarnakan pada jadual mereka satu per satu.

Warna label adalah berbeza mengikut hari-hari tertentu berdasarkan jadual waktu. So, kerja-kerja menampal di lakukan sehingga selesai.

As hanya menampal buku teks Angah (Aidiel Haqimi) dan Adek (Adam Hiqmal) sahaja. Manakala Along (Alief Haiqal) menampal sendiri label berwarna pada buku teksnya.
 
Selfie lagi selesai operasi selesai, omputeh kata "MISSION COMPLETED"


REVIEW TUJUAN OPERASI

Selepas siap berselfie, akhir sekali As bertanyakan pada superkid, apakah tujuan operasi ini?

Along dan Angah jawab lebih kurang macam ni la "supaya senang la kitorang nak pilih buku ikut jadual, tengok jadual esok warna apa, pastu pilih buku ikut warna sama jadual"

Bijak memang bijak Along dan Angah.

Macam mana pula dengan Adek? Ha yang ni mama kene terangkan sebab kurang faham agaknya, bila muka dah blur-blur pastu cakap "entah!!!"

Bila dah terangkan baru la jawabnya "Ooo faham faham, Adam ikut warna je kan..." Ye betul, betul, betul!!!

So kesimpulannya, proses mengemas buku teks untuk sekolah keesokkan harinya dapat dicepatkan. Syukur Alhamdulillah.


BERI REWARD / HADIAH
 
Lagi satu nak share, hari ini hari pertama Superkids makan Chewable Vitalea for children, multivitamin untuk kanak-kanak. 

As beritahu mereka, As dah beli Vitalea for children ini mengunakan wang bantuan persekolahan BRIM RM100 masing-masing sebagai hadiah.

Yang bestnya, beli masa promo ni memang jimat. Beli 3 percuma 1. Nampak tak bagaimana para ibu boleh memainkan peranan dalam memanfaatkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak anda.

So apa komen mereka?
"Memang bagus la mama belikan Vitalea untuk kitorang" (ni ayat nak propa mama nih).

"Memang sedap la", sampai nak makan lagi malam ni. Eh tak boleh ye anak-anak, sehari 2 biji sahaja sudah mencukupi, sebab dah minum mealshake, makan Omega guard dan Chewable Vita-c.

Bijak memang Superkids bijak. Inilah Shaklee Effect apabila sel-sel otak terus berhubung.

Sila ambil tahu tentang khasiat VITALEA FOR CHILDREN di sini.

Sekian saja perkongsian As hari ini. Terima kasih kerana sudi menyinggah ke sini.

Wassalam
#SayaSediaMembantuAndaSihat

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.  
 

Comments