DOA BERBALAS DOA SEBELUM HAYAT TAMAT TEMPOH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Semoga hari-hari kalian sentiasa bahagia, ceria dan diberkati rahmat Allah.

Setiap hari kita terima notification di Facebook "Today is his/her birthday" pada profile rakan-rakan FB kita kan.

Dan setiap kali itulah kita akan menulis ucapan "Selamat Hari Lahir", "Happy Birthday", "Hepi besday" dan macam-macam lagi ucapan.


Kita juga mendoakan rakan-rakan kita tu semoga mereka dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bermacam-macam lagi.

Tahukan anda, bila mana kita mendoakan rakan-rakan kita itu dengan doa yang baik-baik, sebenarnya doa itu didengari malaikat. 

Di kala itu, jika pintu langit terbuka dan doa kita dipilih untuk dimakbulkan, maka Allah akan memakbulkan doa itu untuk rakan kita itu dan juga kepada diri kita sendiri, Insyaallah.

Maka, lazimkan lah diri untuk mendoakan orang lain, tak kira lah pasangan kita, anak-anak kita, guru-guru kita, rakan-rakan kita, saudara mara seislam kita dan juga musuh kita.

As doakan anda semua kaya, berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Aamiin.

Sedikit perkongsian untuk manfaat kita bersama.


RENUNGAN BUAT KITA YANG SEMAKIN TUA









آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
 

Aamiin Ya Rabalalamin.
Silakan share kepada semua orang yang anda sayang dan benci. Doakan mereka, dan mudah-mudahan doa kita juga dikabulkan Allah
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Kirimkan semula doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.


RAKAMAN MEMORI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG DI HARI USIAKU GENAP 35 TAHUN

Semoga di baki-baki usia ini, As mampu memanfaatnya dan berikan yang terbaik untuk ibu bapa As, mertua As, suami As, anak-anak syurga As, adik-beradik As, ipar duai As, rakan-rakan As, serta seluruh umat islam sekalian.

Semoga kita semua dapat mencapai impian kita dan terus memberi manfaat kepada orang sekeliling. Insyaallah. Aamiin. (Sebut sama-sama Aamiin).

 

IN ADVANCE SUPRISE BIRTHDAY BERSAMA RAKAN SEKERJA TERSAYANG
 

Sekian saja coretan As hari ini, perkongsian yang di harapkan bermanfaat dalam mengisi masa lapan anda. 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.

Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.


Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga Allah merahmati dan permudahkan urusan anda.

Comments

Post a Comment