MENYINGKAP RAHSIA EMPAYAR MARIA FIRDAUS PART 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

As doakan para pembaca budiman sekalian sentiasa sihat di lindungi rahmat Allah, dipermudahkan segala urusan dan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah tanpa dihisab.

KISAH KETAM CINA DAN KETAM MELAYU



Hari ini As nak kongsi kisah Pada Zaman Dahulu. Eh, macam cerita kanak-kanak plak.

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik seorang Cina yang menjual ketam.

Perbualan bermula antara mereka;
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada, ada, lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu kasi tunjuk mana satu ketam Melayu dan mana satu ketam Cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup sana… ketam Cina, sana dalam bekas tak ada tutup… itu ketam Melayu la.
Melayu: Eh!!! Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup, ketam Melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar, yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka Apek?
Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi, jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar, yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL DARI KISAH INI

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga, Cina lain tak kacau.


Dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. 

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. 

Macam ketam Melayu, bila seekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last seekor pun tak dapat naik. 

Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenarnya. Sebab itulah orang kata orang Melayu payah nak maju.


MEMBETULKAN KEBIASAAN DAN MENGUBAH PESEPSI

Berdasarkan kisah ketam Cina dan ketam Melayu tadi, kita akan dapat pandangan negatif terhadap orang Melayu. Betul ke betul??

Kebiasaannya memang begitu. Tetapi, kini sudah ramai orang-orang Melayu yang telah berjaya. Mungkin kerana orang Melayu itu telah belajar dari orang Cina yang telah berjaya dan tidak lokek ilmu. 

Selepas orang Melayu itu berjaya, dia mengubah persepsi dan mentaliti orang-orang Melayu lain supaya ikut resam ketam Cina itu tadi.

Hasilnya kini, semakin ramai orang Melayu yang telah berjaya, malah ada yang sudah bergelar Jutawan, dan mereka mengajar cara-cara mereka berjaya kepada rakan-rakan mereka yang lain. 

Ini dilakukan atas dasar kemanusiaan untuk melihat bangsa sendiri berjaya sebab kita 1 Malaysia.


MELAYU TELAH TERMUTASI
Selama As berkecimpung dalam dunia perniagaan secara online. As dapat rasakan orang Melayu kini sudah termutasi.

Mutasi bermaksud pertukaran kepada jujukan asas bahan genetik (DNA), itu dalam istilah biologi lah. Tapi As maksudkan pertukaran kepada corak pemikiran orang Melayu telah berubah dan cenderung ke arah positif. Itu memang bagus kan.

Itu lebih jelas berlaku, semenjak As menyertai Empayar Maria Firdaus yang menjadi penaung perniagaan online As. Ramai juga rakan-rakan lain yang turut termutasi. Ini lagi bagus, termutasi untuk kebaikan


MENYINGKAP RAHSIA EMPAYAR MARIA FIRDAUS

Mari kita singkap beberapa Rahsia Empayar Maria Firdaus. Singkap sikit-sikit jek tau... kalau nak lebih anda terpaksalah join kami dan terpaksalah anda jadi LUAR BIASA macam kami.

1) Rahsia pertama adalah sepasang suami isteri yang berfikiran LUAR BIASA dalam membina EMPAYAR MARIA FIRDAUS yang kini berusia hampir 2 tahun.

2) Rahsia kedua, kami mempunyai kumpulan sokongan LUAR BIASA hebat yang begitu bersemangat waja dan dilabelkan sebagai THE MOST FANTASTIC MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS). Haaa ko hado???

3) Rahsia ketiga, Empayar Maria Firdaus telah menganjurkan beberapa program perkongsian ilmu yang hebat seperti LUA-NLP dan OMG.


4) Rahsia keempat, 2 buah ebook telah berjaya dihasilkan dan diedarkan secara percuma sahaja. Inilah 2 buah ebook yang dimaksudkan iaitu SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA dan NOW EVERYONE CAN KURUS.


EBOOK SORRY BOSS & EBOOK NECK

Haa, cukuplah 4 rahsia saja, kalau bagi lebih-lebih nanti dah tak jadi rahsia dah kan, tak gitew... 

As rasa sangat bertuah kerana telah memilih kumpulan yang tepat, hebat dan mantap. Tiada istilah menyesal setelah pilihan dibuat.

As dah pilih ketam Cina sebab dalam Empayar Maria Firdaus memang banyak ketam Cina yang saling bantu-membantu, tolong-menolong sesama sendiri.
 

Segalanya adalah takdir Ilahi. As hanya berdoa memohon yang terbaik dari Allah. Segala kekurangan adalah dari kelemahan As sendiri.

As rasa bertanggungjawab untuk mengajak rakan-rakan sekalian supaya mengubah kehidupan biasa-biasa kalian kepada hidup LUAR BIASA. Aamiin.


Gambar kenangan yang memberikan semangat kepada As. Kebetulan kami ada persamaan iaitu sukakan warna pink. Hehehe pinky-pinky.


Sekian saja coretan As kali ini, semoga kita bersua kembali di episod seterusnya. As doakan semoga anda Kaya, Berjaya dan Bahagia.

Terima kasih,

Wassalam

#auracantik #aurapositif #positifminded
 As bersedia membantu anda untuk berubah kepada HIDUP LUAR BIASA 
# FREE CONSULTATION # ADDORABLE PRICE # GOOD MENTORING 
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY

#SayaSediaMembantuAndaSihat

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam. 


Comments

  1. Saya terkejut bila ada web lain atas nama maria firdaus.. hehe... sebab pasangan ini sama juga nama nya kami suami isteri.. iaitu Maria Firdz.. ialah gabungan nama saya Mariah dan Firdzaus... dan minat suami isteri tersebut juga sama,,, iaitu dalam bisnes... dan jiwa juga sama... hehe.. nampak gayanya nama مريا dan فردوس serasi agaknya kan... hehe

    ReplyDelete

Post a comment