NOW EVERYONE CAN KURUS WITH SUPERMOM PART 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian.

Apa khabar? Semoga kalian sentiasa dilimpahi nikmat dan rahmat Allah. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Sedar tak sedar, kita kini berada di hari ke-10 bulan Januari tahun baru 2015. Esok bermulalah sesi persekolahan (untuk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor) selepas seminggu ditangguhkan akibat bencana banjir yang paling dahsyat berlaku di negara kita.

Esok Superkids pun akan bersekolah. Alhamdulillah segala persiapan telah disediakan. Mereka pun dah tak sabar nak ke sekolah.

Superkid Alief Haiqal pula akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semoga beliau berjaya dalam pelajaran dunia dan akhirat serta mendapat keputusan yang cemerlang.

Selfie jap dengan Superkids, mode JDT. Tang kulit gebu gevas tu sila jelous tau, hehehe...


DULU DAH KURUS. TAPI KINI...

Sebelum ini As pernah loss weight dari 59kg kepada 52kg. Penurunan sebanyak 7kg dalam tempoh 4 bulan, bukanlah sesuatu yang hebat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Mereka turun 10-15kg.

Siap ada yang kata "Eleh, 7kg jek turun, dalam masa 4 bulan plak tu, sikit jek tu.."

Namun As berbangga kerana As berjaya berada di lingkungan BMI BERAT IDEAL. As KURUS dan SIHAT. Alhamdulillah.

Tetapi kini, keselesaan dengan berat badan ideal telah disalahgunakan. Walaupun As diet, tapi kadang-kadang terlebih cheat day plak.

Haa... kini berat dah naik balik ke 56kg. Pertambahan sebanyak 4kg, bukanlah perkara yang boleh diambil ringan.

Maka, misi CABARAN KURUS As di perhebat dengan sasaran TURUN 6kg DALAM MASA 2 BULAN. Maknanya, As perlu seberat 50kg pada 1 Mac 2015 nanti.


NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

SAYA NAK KURUS!!!

Inilah permintaan kebanyakkan rakyat Malaysia yang dilanda masalah KEGEMUKAN akibat KETERLEBIHAN MAKAN juga dikenali sebagai OBESITI.

Pihak pengusaha produk pelangsingan, berlumba-lumba untuk memenuhi permintaan yang banyak itu.

As ingin menegaskan di sini, kalau nak kurus, bukan bergantung kepada memakan produk pelangsingan semata-mata. Jika nak kurus dan sihat perlulah dengan cara dan teknik yang betul.

Segala apa saja yang kita ingin lakukan mestilah dengan M.E.S.T.I.
Apa itu M.E.S.T.I? As akan terangkan di entri akan datang. 

Ini adalah fakta masalah obesiti yang perlu kita ketahui.

Perubahan berat badan manusia mengikut aliran zaman.

Rakyat Malaysia adalah antara masyarakat TERGEMUK di Asia Tenggara.

As pun doakan semoga anda sentiasa sihat dilindungi rahmat Allah, dan dijauhkan dari gejala obestiti. Aamiin.


NECK WITH SUPERMOM

As berdiet dengan menjaga pemakanan, melakukan senaman ringan dan mengamalkan Set Diet atau Set Kurus atau Set Selim Melim.

Set Selim Melim ini terdiri daripada Alfafa, Herblax, ESP, Lecithin, Omega Guard. Kini Set Diet ini akan dilengkapkan dengan CINCH TEA ENERGY supaya hasil lebih hebat.

Seperti yang kita sedia maklum, kehadiran tahun baru 2015, telah mengembalikan CINCH TEA ENERGY yang telah menghilang hampir 4 bulan.

Syukur Alhamdulillah. As rasa seronok sangat kerana CINCH TEA ENERGY merupakan Pelengkap Set Diet As.

Nantikan perubahan As dalam masa 2 bulan dari sekarang. Mohon doakan As berjaya dapat berat 50 kg dan maintain sampai bila-bila, yek.

As pun doakan semoga anda sentiasa sihat dilindungi rahmat Allah dan berjaya mengawal berat badan anda. Aamiin.


MENU HARIAN #SUPERMOM #ONDIET

Pilihlah makanan yang tepat untuk sel tubuh anda. Anda adalah apa yang sel-sel anda makan.

Makanan tambahan hanya berfungsi sebagai pelengkap zat yang sepatutnya sel-sel badan anda perlukan. Ini kerana kekurangan zat berlaku dalam makanan harian kita.

Apabila diet anda adalah salah, perubatan adalah tidak berguna. Apabila diet anda adalah betul, ubat adalah tidak diperlukan.

Bergantung kesihatan pada makanan tambahan adalah usaha untuk menjamin kesihatan bagi jangkamasa panjang.

Tetapi, bergantung kesihatan pada ubat-ubatan adalah usaha untuk sihat pada jangka waktu yang mungkin sudah diketahui.

Pilihan di tangan anda!!! Sihat dengan amalan gaya hidup sihat dan suplemen atau sihat dengan ubat???

Jom As kongsikan di sini, menu diet harian As sejak 1 Januari 2015.
Sarapan smootie, roti bakar. Lunch kuehtiew goreng. Dinner roti john & smootie. Lecithin, Omega Guard, Alfafa complex & Herblax


Sarapan cornflake & susu ESP. Lunch nasi, ikan & ulam. Dinner banana grill, jagung krim, ais krim (kongsi dengan superkids punya). Set Kesihatan Asas & Set Kulit


Sarapan roti bakar & susu HL. Lunch subway. Dinner popia basah & ais krim. Omega guard, Alfafa complex, Kolagen untuk kesihatan harian

Sarapan with Superkids Mealshake, Homemade pizza, susu HL & ESP. Lunch tak ada sebab dah kenyang. Dinner Pizza sebab cheat day. Sebelum tidur bakar & detox

Sarapan susu ESP & cereal. Lunch nasi beras perang, burger ikan grill & salad tomato. Dinner lempang & sambal ikan bilis (sesekali ku rasa teringin). Air masak & air detox sentiasa cukup 3 liter. Ostematrik sebelum tidur sebagai agen pelawas.




JOM JOIN PROJEK NECK

Oleh kerana As tak nak KURUS dan SIHAT sorang-sorang, maka As nak mengajak semua rakyat Malaysia yang ingin kehidupan lebih sihat dengan cara yang betul.

Untuk pengetahuan semua, Maria Firdaus, The Most Fantastic Millionaire In Shaklee (MFMS) Empire, di mana kumpulan sokongan yang As bernaung, akan melancarkan PROJEK NOW EVERYONE CAN KURUS.

Projek khas bagi membantu seramai mungkin rakyat Malaysia menjadi KURUS dan SIHAT.

Kenapa kami pilih KURUS dan SIHAT?
Ini adalah kunci utama mengawal penyakit kencing manis a.k.a. diabetes.

Tidakkah anda sukakan KESIHATAN? Memang kurang siuman kalau ada orang yang tak suka sihat.

Nantikan keterangan selanjutnya tentang Projek NECK ini di entri As akan datang.

As nak propa klu sikit tentang projek NECK, saja nak bagi bakar semangat.
Anda yang berminat nak sertai projek NECK ini boleh pm/whatsapp nombor telefon & email anda ke nombor 019-7187112 Supermom.



Sekian sahaja coretan As untuk hari ini, hidangan menu harian yang seterusnya akan di kongsikan di entri NOW EVERYONE CAN KURUS WITH SUPERMOM PART 2 (akan datang).
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca.

Wassalam
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniad kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda. 



Comments

Post a Comment