PABILA DOKTOR KU DAH SAHKAN!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Terima kasih kerana anda sentiasa sudi melawat blog ini. Apa khabar anda hari ini?

Saya doakan semoga para pembaca sekalian sentiasa sihat dilindungi rahmat Allah. Aamiin. (meh kita aamiinkan bersama).

Perkongsian kali ini tentang persoalan yang menjadi tanda tanya As selama ini.

Ia adalah tentang kesihatan diri. Siapa yang tidak suka kepada kesihatan kan... kalau ada orang yang tak suka sihat tu memang pelik la. 

So As nak kongsi tentang kesihatan diri As kepada semua pembaca semoga memberi manfaat kepada kalian.

PROMOSI YANG MENARIK

Pada 24 Disember 2014, QA Manager As hantar email tentang Year End Health Screening Promotion Package.


So, As pun menghubungi pihak Hospital Penawar untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pihak hospital memaklumkan As dikehendaki berpuasa makan sekurang-kurangnya 10 jam sebelum prosedur persampelan darah dilakukan. 

Haa... pakai bahasa makmal gitew. Maksudnya, kena puasa makan 10 jam sebelum jumpa doktor untuk ambil darah.


HARGA PROMOSI YANG BERBALOI

As pun berminat dengan promosi yang ditawarkan itu sebab tertarik dengan harganya.

Pakej berharga RM75 sahaja, ia cukup murah dan berbaloi untuk mengetahui kandungan sel darah, tahap kolesterol, ujian diabetes, tahap kesihatan sistem buah pinggang, tulang, hati, sendi dan sistem perkumuhan. 

Kebiasaannya kos untuk health screening ni boleh mencecah RM500 jika dijalankan di klinik swasta. Kalau nak lagi murah boleh buat di hospital kerajaan la, cuma kena tunggu lama sikit la untuk dapat giliran dan keputusan.

Oleh kerana ada promosi begini, As tidak mahu terlepas peluang yang menjimatkan.


Ini flyer Year End Health Screening Promotion Package yang disediakan di poliklinik.

KISAH KU MENYERAH DIRI

Pada 26 Disember 2014, As pun pergi ke Poliklinik Penawar di kawasan Kota Masai. 

As berpuasa makan sejak dari jam 8 malam semalam (25 Disember 2014). As cuma minum air masak segelas sahaja selepas bangun dari tidur sebab itu memang dah rutin As setiap hari.

Untuk pengetahuan semua, faedah minum air masak segelas selepas bangun dari tidur adalah untuk kesihatan usus dan menstabilkan suhu badan. So jadikanlah amalan kalian untuk minum air masak segelas setiap kali bangun tidur.

Okay kita sambung. Selepas mendaftar, As tunggu giliran untuk berjumpa doktor.


Sempat lagi tu berselfie dengan jubah baru hasil kerja tangan sendiri.

Kemudian, seorang jururawat memanggil nama As untuk mendapatkan sampel air kencing. As pun menuruti arahannya dan menyerahkan sampel air kencing di dalam botol sampel yang telah disediakan.



SITUASI KU DI BILIK DOKTOR

Selepas itu, As pun masuk ke bilik doktor apabila nama As dipanggil sekali lagi. Doktor yang bertugas pada ketika itu adalah seorang doktor perempuan berbangsa cina. Kecil comel je orangnya tapi terlupa nak tanya nama doktor tu siapa, hehehe...

Doktor tanya kenapa As nak buat health screening tu, As jawab sebab saya nak tahu tahap kesihatan dalaman saya dan saya nak ada bukti.

Doktor pun menemuramah As untuk mengambil maklumat sejarah kesihatan keluarga. Kemudian ujian tekanan darah dilakukan. Bacaan yang dicatatkan adalah 110/80.

Menurut doktor itu tekanan minima bagi seseorang perempuan. Kemungkinan tekanan darah menjadi lebih rendah dari paras normal adalah tinggi jika tidak menjaga kesihatan. Kesannya akan mudah pitam atau gelap mata kata orang dulu-dulu.

As juga dikehendaki menimbang berat dan mengukur ketinggian. Hasilnya As seberat 56kg dan setinggi 155cm. Maka kiraan BMI As adalah 23 dan masih berada di tahap normal 19-24. Syukur Alhamdulillah. As mempunyai berat badan ideal, kurus dan sihat.




MEMANG KU PENAKUT JARUM SUNTIKAN

Kemudian, doktor menyediakan jarum suntikan untuk mengambil sampel darah As. Mata As melihat sambil menelan air liur.

Sebenarnya As ni memang jenis yang takutkan jarum suntikan. Kalau dalam keadaan terpaksa jek As akan reda disuntik.

Tetapi kali ini, As sendiri yang serah diri. So As dah set mind siap-siap buat rilex jek masa ambil darah.

Baca Bismillahirrahmannirrahim bila doktor mula pegang tangan As sebab nak cari urat. As tak dapat nak rakamkan gambar di dalam bilik doktor tu kerana ini adalah prosedur klinik.

Mulut As terus-terusan berzikir Subhanallah supaya kurangkan rasa takut. As dapat rasakan jarum dicucuk masuk ke urat tangan kiri As. Tetapi tak rasa apa-apa apabila darah disedut keluar. 

Darah yang diperlukan adalah sebanyak 15ml. Selesai ambil darah, doktor menyuruh As menekan bekas suntikan dengan kapas basah berendam antiseptik.

As nampak doktor menyimpan darah As ke 3 tiub sampel darah yang berwarna merah, ungu dan jingga. Sukatan sebanyak 5ml sampel darah bagi setiap tiub.

Selesai urusan persampelan di klinik, As pun bergerak memandu ke tempat kerja.


KEPUTUSAN UJIAN KU

Menurut pihak Hospital Penawar, sampel darah yang di ambil di poliklinik yang tersenarai akan dihantar ke makmal Patologi untuk diuji.

Keputusan hanya akan diterima selepas tempoh 5 ke 7 hari bekerja.

Pada 5 Januari 2015, As menghubungi Poliklinik Penawar tempoh hari, untuk bertanyakan tentang keputusan ujian sampel darah As.

Keputusan telah ada. As pun menyinggah ke sana selepas pulang dari tempat kerja untuk mengambil keputusan tersebut.



Maaf image agak kabur. Meh kita zoom in dulu satu per satu keputusannya.


KEPUTUSAN HAEMOTOGOLY (CABANG PERUBATAN UNTUK KAJIAN TENTANG DARAH)




Didapati As mempunyai sedikit lebihan kandungan "Monocytes" dan kekurangan sedikit kandungan "PCV" dan "MCH"

Apa kebende nya tu??? Meh sini As terangkan.

"Monocytes" adalah sejenis sel-sel darah putih yang biasa untuk darah bagi semua vertebrata. Monocytes membantu sistem imun berfungsi dengan baik.  

Terdapat beberapa sebabyang mengakibatkan kiraan monocytes tinggi, yang juga boleh dipanggil monocytosis. Antara sebab-sebabnya adalah tekanan yang melampau (stress), demam virus, radang dan nekrosis organ (kematian patologi untuk organ).

Darah As mempunyai 11% Monocytes. Sedikit tinggi daripada paras normal 2-10%. Boleh diperbaiki dengan amalan Vitamin C bagi meningkatkan kadar serapan zat ke sel darah.

"PCV" adalah Packed Cell Volume iaitu peratusan isipadu sel-sel darah merah di dalam darah. Paras normal bagi lelaki adalah 45%, manakala 40% bagi perempuan. Kekurangannya boleh menyebabkan anemia.


"MCH" adalah jisim purata setiap hemoglobin sel darah di dalam setiap sampel darah. 


33% PCV berbanding paras normal 35 - 47%. Manakala jisim purata darah (MCH) As kurang 1pg/cell daripada paras normal 27-31 pc/cell.  

As perlu makan 2 biji Vitalea selepas ni bagi membantu meningkatkan kandungan zat besi di dalam sel darah merah. Maklumat tentang Vitalea boleh klik di sini.


KEPUTUSAN PARAS GULA, KOLESTEROL DAN SISTEM PERKUMUHAN



Syukur Alhamdulillah. Perkara yang paling membimbangkan As selama ini, kini terjawab.

As bebas dari ancaman penyakit kronik kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Paras gula dan kadar kolesterol dalam darah As adalah selamat. Kedua-dua buah pinggang As berfungsi dengan baik.

As sangat kuartir tentang penyakit 3 serangkai ini kerana kedua ibu bapa As mempunyai sejarah penyakit-penyakit ini. Kini emak As masih makan ubat hospital dan makan suplemen Shaklee untuk mengawalnya. 

Emak amalkan ESP, Vitalea, B Complex, Vita-C plus, Ostematrik, Vita-E dan Vivix. Alhamdulillah paras gula dalam darah emak di paras terkawal.


KEPUTUSAN KOMPOSISI TULANG, SENDI DAN FUNGSI HATI
 

Kandungan kalsium dalam darah As agak kurang iaitu 2.0mmol/L berbanding spesifikasi 2.1-2.8mmol/L. Maka kalsium dari tulang telah diserap untuk menampung keperluan kalsium badan. 

Oleh itu As perlu  menambah dos Ostematrik kepada 5 biji bagi menggantikan semula kalsium yang telah diambil dari tulang, bagi mengelakan osteoporosis.

Lagi satu yang menggembirakan, As kini bebas dari cengkaman penyakit "Mild Gout" di mana kandungan uric acid dalam darah adalah di paras selamat. 

Syukur Alhamdulillah. Lepas ni boleh makan seafood dengan gembira, hahaha... Alah gurau pun tak boleh. Makan pun kena jaga tau walaupun sihat.

Doktor juga sahkan bahawa hati As berfungsi dengan baik. Hati adalah agen bagi sistem pencernaan. Ia perlu sentiasa berkeadaan sihat sempurna supaya risiko penyakit kronik dan obesiti dapat dielakkan.


KEPUTUSAN SEROLOGI DAN AIR KENCING



"Serologi" adalah kajian tentang kehadiran antigen/kuman di dalam cairan badan seperti darah, air kencing, air liur atau air kumuhan. Ujian menunjukkan tiada seberang kehadiran antigen di kesan daripada sampel darah dan air kencing As. 

Ujian lengkap terhadap sampel air kencing As, menunjukkan tiada unsur-unsur bahaya yang dapat dikesan. Tiada kandungan protein, glukosa, darah, bakteria, kristal batu karang, sel mati dan sebagainya.


KESIMPULANNYA : PABILA DOKTOR KU DAH SAHKAN!!!

Dengan bukti-bukti yang tertera di keputusan ujian sampel darah dan air kencing ini, maka DOKTOR MENGESAHKAN ASNITA BAHARIN SIHAT!!!

SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Tidak sia-sia As amalkan suplemen dan vitamin Shaklee selama setahun lebih. Begitu juga dengan amalan gaya hidup sihat adalah asbab untuk sihat. Segalanya hanya dengan izin Allah.

As sarankan supaya anda-anda diluar sana MESTI BUAT PEMERIKSAAN MENYELURUH terhadap diri anda. Supaya anda tahu adakah anda SIHAT atau sebaliknya. Nauzubillah.

Sekian saja perkongsian As kali ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca.

Sebagai penutup dan tanda kesyukuran As, terimalah EBOOK MINI NOW EVERYONE CAN KURUS TERKINI DAN PERCUMA UNTUK ANDA SEMUA hanya dengan menekan butang SHARE.

Semoga anda juga boleh kurus dan sihat, Insyaallah.

Wassalam

#SayaSediaMembantuAndaSihat

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniad kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda. 

Comments

  1. Alhamdulillah..tahniah, kak As :-)

    ReplyDelete
  2. Terbaik .... peka terhadap kesihatan diri sendiri untuk keluarga yang tersayang

    ReplyDelete

Post a Comment