PART 1 DIARI NOW EVERYONE CAN KURUS MUKADIMAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selamat bersua kembali. Semoga segala urusan u olls dipermudahkan dan diberkati Allah.
Anda adalah insan yang HEBAT yang dijadikan Allah, ingat tu.

Okay, sekian lama menyepi dek kesibukan yang melanda.

Sibuk apa la tu agaknya... sibuklah sangat kan As nih, konon.

As nak story mory sikit tentang aktiviti As sekarang yang As sibuk-sibukan sangat.


PERSEDIAAN MENGHADAPI PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS

Seperti yang As gembar gemburkan sebelum ini, Empayar Maria Firdaus telah melancarkan suatu program untuk membantu rakyat Malaysia mendapat berat badan ideal dengan cara yang betul.

Bagaimana caranya? Ia adalah dengan menggunakan FORMULA M.E.S.T.I.

Promosi tentang program ini rancak dijalankan oleh semua 140 Agen NECK yang berdaftar.
U olls boleh baca link-link yang dikongsikan sebelum ini di sini :


As selaku URUSETIA program ini, ditugaskan untuk menyemak senarai daftar peserta melalui google form.
Bercakap tentang google form, ini merupakan kali kedua As buat google form sendiri, haaa macam terror je kan.

Bagi orang yang bukan berlatarbelakang IT (Information Teknology) seperti As ni, kena ambil masa lebih sikit untuk belajar benda-benda baru seperti ini.

Tapi syukur Alhamdulillah, As berjaya menghasilkan google form yang menarik dan mudah untuk diisi oleh para peserta. (hehehe, sendiri buat sendiri puji menarik gitew...)

Saja suka suki nak share komen dari orang IT tentang google form kedua yang As buat. Terima kasih yek atas komen positif tu...



SEHARI SEBELUM PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS

Kerja-kerja menyemak senarai daftar dan pengesahan pembayaran perlu dilakukan dengan teliti.
Seorang demi seorang dijemput masuk ke dalam group telegram NECK BATCH 1.

Tentu u olls tertanya-tanya kenapa kena masuk group telegram plak???
Haa, untuk pengetahuan u olls yang belum tahu, program Now Everyone Can Kurus ini adalah program khidmat masyarakat untuk membantu seberapa ramai rakyat Malaysia untuk menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Bimbingan oleh mentor pemakanan dan coach (Personal Trainer) adalah secara online coaching iaitu melalui TELEGRAM GROUP NECK BATCH 1.


Haa, amacer? Cer cakap kat orang sebelah, mudah giler cadbury nak kurus dan sihat.
Tak payah bersusah payah ke gym, buat di rumah pun boleh. Tak payah nak keluar jumpa personal trainer untuk train, hanya lakukan aktiviti di rumah saja u olls boleh rasa macam coach abang ketaq ada di depan u olls.

Haa, macam tu lah aura yang akan dan dapat dirasai oleh 100 orang peserta NECK batch pertama.


CABARAN NOW EVERYONE CAN KURUS KINI BERMULA

Seperti yang dijanjikan, pada tanggal 1 Februari 2015, Program Now Everyone Can Kurus (NECK) batch pertama kini bermula.

Salam perkenalan diberikan oleh pihak penganjur & coach abang ketaq. Semua peserta dikehendaki menimbang berat permulaan seawal jam 6 pagi sebaik sahaja bangun dari tidur dan sebelum ke tandas.

Agak-agaknya kenapa?
Haa, meh sini nak bagi tahu. Bila kita bangun tidur, berat kita akan lebih stabil selepas berehat semalaman. Pada masa itu juga kita belum makan apa-apa selain dari menelan air liur basi sendiri la kan, hehehe. Ala gurau pun tak boleh ke?

Lepas timbang seawal pagi tu, peserta pun digalakkan segera ke tandas untuk membuang sisa toksik yang telah diproses semalaman akibat kesan daripada menelan 4 biji Herblax atau 10 biji Alfafa sebelum tidur.

Itu lagi satu perkara penting, proses mendetox toksik digalakkan dilakukan semasa tidur di mana, otot bahagian lain sedang berehat dan usus melakukan kerja-kerja membersih enap cemar yang telah terternak selama ini.

Peserta kemudian perlu mengisi borang timbangan pertama NECK batch 1 di sini. Wah-wah-wah, As dah semakin teror buat google form nampaknya. Propa puji diri sendiri lagi, hehehe.



100 HARI DARI SEKARANG ANDA AKAN KURUS DAN SIHAT

Bermulalah tugasan penganjur program iaitu Master Firdaus dan coach trainer Abang Ketaq a.k.a Superdad.

Memberikan kata-kata motivasi kepada para peserta adalah perkara penting sebelum, semasa dan sepanjang program berlangsung.


 


Sekian saja perkongsian As kali ini. Ada banyak lagi yang As akan kongsikan selepas ini. Semoga As diberikan kesihatan yang baik untuk terus menulis untuk anda semua. Aamiin

Terima kasih, salam hormat,


#QuKurusQuKurusBarulahKurus
#SayaSediaMembantuAndaSihat

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments