PART 3 DIARI NOW EVERYONE CAN KURUS, WAJIB ADA MENTOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ashanneeta.blogspot.com ini.

Terima kasih saya ucapkan.
Saya doakan semoga segala urusan anda dipermudahkan oleh Nya. Aamiin.

Semoga impian semua peserta #NowEveryoneCanKurus untuk menurunkan berat badan akan tercapai. Aamiin.

Cakap kat orang sebelah, “Saya Kurus Dan Sihat Dunia Akhirat”

Haa.. Amacam?


TESTIMONI PESERTA BATCH PERTAMA

Semalam 29 Mar 2015, merupakan hari timbangan ke 4 bagi peserta #NECK batch pertama dan timbangan ke 2 bagi peserta #NowEveryoneCanKurus batch kedua.


So dengan rasa seronok dan bangga nya, As akan kepohkan hasil mereka dari batch pertama. Meh kita tengok timbangan berat masing-masing.
 




Haa... amacam??? Ada yang rasa tercabar dengan testimoni berat para peserta #NECK batch pertama ni...

Nak tahu bagaimana mereka boleh jadi begini???


Tips 1 – CARILAH MENTOR

Tentu anda teruja dengan testimoni para peserta #NECK batch pertama itu kan.
Meh sini As nak berkongsi Tips Pertama yang paling penting dalam proses ingin mendapatkan berat ideal adalah MENTOR.

ANDA MESTI ADA MENTOR!!!
ANDA WAJIB ADA MENTOR
Macam mana nak ada mentor?
Haaa... CARILAH MENTOR

Memetik ungkapan Dr Azizan yang sentiasa ditekankan di dalam seminar beliau adalah:

“Kalau kita nak berjaya, cari mentor yang dah terbukti berjaya. Belajarlah dengan beliau sekalipun kita terpaksa membayarnya. Kemudian, buat lebih baik daripada apa yang beliau suruh. In Shaa Allah. Kita terpaksa berjaya”

Rahsianya besar sesebuah kejayaan adalah MENTOR.

Tahukah anda? Mentor sebenar mempunyai banyak ‘short cut’ yang kebiasaan orang lain tak tahu. Mereka dah pakar dalam dunia bidang yang mereka ceburi. Apa yang kita perlu buat adalah untuk belajar semaksima mungkin dari mentor dan buat lebih baik dari apa yang mentor suruh. In Shaa Allah, dengan izin Nya kita terpaksa berjaya.



TUNJUK AJARKU SIFU

Dalam program #NowEveryoneCanKurus, ada 2 orang mentor yang bertanggungjawab dalam menyalurkan ELMU kepada para peserta program.

Mereka adalah MF atau Master Firdaus selaku pakar Formula M.E.S.T.I. & pemakanan dan Abang Ketaq selaku coach & penasihat pemakanan. Mereka berdua inilah yang sentiasi membayangi kehidupan setiap peserta seolah-olah mereka berada disebelah para peserta selama 100 hari untuk bimbingan menurunkan berat badan.
MF pakar FORMULA M.E.S.T.I.
Antara ciri seorang mentor yang anda perlu cari adalah mentor itu mesti sudah terbukti berjaya membantu ramai orang lain untuk menurunkan berat badan. 
MF telah berjaya menurunkan 12kg berat badannya pada Aidilfitri 2014 dalam tempoh 100 hari.
 
Abang Ketaq diperlukan kerana beliau memang sudah terbukti berpengalaman luas dalam hal ini selama 7 tahun. Beliau berjaya bantu ramai orang untuk turunkan berat badan termasuk seorang doktor, akuantan, jurutera, pelajar kolej dan ramai lagi. 

Kalau tak, masakan ada orang sanggup bayar beliau sebanyak RM600 sebulan untuk menjadi Personal Trainer. 

Abang Ketaq a.k.a. Botaq (orang kat gym la panggil)



HENTIKAN MEMBAYAR CUKAI KETIDAKCERDIKAN

Sebelum ini, mungkin ada di antara anda yang sudah cuba berdiet untuk turunkan berat badan.
Betul tak…. ?

Mungkin ada juga yang berjaya, tak kurang juga ada yang gagal. Sebab yang jelas adalah kerana tiada mentor untuk membimbing anda.

Di dalam program #NECK #NowEveryCanKurus anda akan diajar untuk fokus kepada kehidupan dengan gaya yang lebih sihat, bukan nak kurus semata-mata. Konsep ini akan mempengaruhi minda separa sedar anda untuk merangsang kesedaran tentang Sebab bila kita sihat, kita terpaksa kurus.

Subhanallah, dalam tempoh 2 bulan saja hasil yang indah telah pun dinikmati oleh para peserta. Ini semua berkat usaha mereka yang bersungguh-sungguh inginkan kehidupan yang lebih sihat dan kurus.

So, As nasihatkan anda, jika nak turunkan berat badan. Carilah Mentor. Carilah Mentor. Carilah Mentor.

Jika tidak, anda mungkin terpaksa membayar ‘Cukai Ketidakcerdikanan’. Usaha separuh nyawa tapi berat tak turun.

Berlaburlah sedikit dari peruntukan anda untuk cari mentor yang terbaik yang boleh bantu anda.

Semoga apa yang As sampaikan ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membebaskan diri anda dari masalah kegemukan.


Baca di sini untuk Diari NECK PART 1 dan PART 2
Sekian saja perkongsian As kali ini. Walau sekian lama penulisan ku terhenti, namun As harap masih ada yang berminat ingin membacanya. In Shaa Allah.

Salam hormat, Wassalam.

#QuKurusQuKurusBarulahKurus
#SayaSediaMembantuAndaSihat

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam. 

Comments

  1. Alhamdulillah.. Seronok dan bahagia melihat lebih ramai orang yang terpaksa kurus dan sihat.

    Time kasih, kepada mereka yang banyak membantu.

    Sesungguhnya, program NECK! Memang superb!! and power..

    ReplyDelete
  2. Wah..
    bestnya..
    mmg isu semasa sangat kalu citer bab masalah kurus ni.

    Semoga berjaya semuanya mndptkan bntuk badan yg ideal

    ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment