1 JAM SUPERMOM BERSAMA PELAJAR TAHUN AKHIR UTM SKUDAI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat anda semua pembaca budiman.
Saya doakan semoga anda sentiasa sihat sejahtera dilindungi rahmat Allah.
Dan semoga anda KAYA dan BERJAYA di DUNIA dan AKHIRAT.

(sila baca).

As nak ceritakan serba sedikit apa yang berlaku selama 1 jam As bersama lebih kurang 90 orang pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Perubatan dan Bioproses, UTM, Skudai.

KISAH SEBELUM TALK

Malam sebelum 28 Mei tu, As tak boleh nak lelapkan mata. As bersungguh menyiapkan slide untuk presentation untuk Talk Session pada esoknya dan As sempat publish entri yang sebelum ni di pepagi buta tu. As ambil masa 4 jam untuk buat 11 muka surat slide yang penceritakan pengalaman As selepas graduate.

Macam biasa bila dah set minda tak nak tidur, As akan minum Cinch Tea Energy untuk tingkatkan metabolisma dan keupayaan berjaga lebih lama. In fact, As berjaya tak tidur malam tu.

Selepas selesai siapkan slide dan publish entri, As teruskan menghabiskan masa dengan amalan di Master Checklist iaitu solat tahajjud. As sedang dalam proses memperbaiki amalan-amalan kerohanian supaya matlamat As membantu orang lain hidup sihat kerana Allah mudah tercapai. Inshaa Allah.

KISAH 28 MEI 2015

As ke UTM seawal 8.30 pagi. Talk session bermula jam 9.30 pagi. Nervous punya pasal, As datang awal dengan Superdad jadi driver pagi tu, sebab As tak tau jalan ke sana... hehehe.

Tiba di sana, As diberi sedikit taklimat oleh Puan Izza tentang perjalanan program Talk Session.

Lebih kurang jam 9.30 pagi, tiba giliran As memberikan Talk. Ni ada beberapa gambar yang sempat diambil semasa Talk Session As. Macam biasa Superdad la yang jadi kameraman.




APA YANG AS KONGSIKAN???

Dalam masa lebih kurang 30 minit, As kongsikan kisah As berdasarkan slide yang As siapkan malam tadi. Inilah dia 11 slide untuk u olls juga. Jangan marah ha... ada mode perasan sikit masa As buat talk tu...
 

 























Sebelum berakhir, suka As nak beri kata-kata semangat sebagai motivasi kepada para pelajar yang bakal menamatkan pengajian di UTM dan akan melangkah ke alam pekerjaan tidak lama lagi.

Persediaan mental dan fizikal, jiwa dan raga, rohani dan jasmani adalah sangat penting bagi setiap individu yang bergelar graduan. Ini kerana mereka bakal berdepan dengan sesuatu yang mungkin mereka tak sangka.

Sebelum berakhir, As sempat juga menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh beberapa orang pelajar. As akan kongsikan di entri akan datang, Inshaa Allah. 

Syukur Alhamdulillah, selesai sudah tugasan As di UTM. Tak sangka As dapat cenderamata dari pihak penganjur sebagai tanda penghargaan. Sungguh terharu hati ini, bila diri ini dihargai.

Pada As, apa yang As lakukan itu hanyalah secebis perkongsian pengalaman senior yang mungkin bermanfaat kepada para junior.

Semoga As diberi kesempatan lagi untuk memberi manfaat kepada sesiapa saja. Inshaa Allah. 

REUNION KEJAP

Sebelum balik ke pejabat, As sempat jumpa rakan-rakan seperjuangan semasa belajar di UTM dulu. Bila kami dah berjumpa, apa lagi kami sakan la bersembang dan bergambar propa jap, hehehe.


Sekian saja cerita As untuk kali ini, semoga kita bersua kembali di lain lembaran... eh macam ucapan raya plak...

As doakan u olls sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Aamiin. Sebagai penutup, u olls bolehlah layan video slide ni plak, saja refresh.



Wassalam,

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments