CIKGU OH CIKGU, SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sempena 16 MEI 2015, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu-cikgu yang telah mengajar As sejak dari kecil hingga dewasa. Juga buat semua guru-guru yang telah, sedang dan akan mengajar Superkids As.

As sayang semua cikgu-cikgi As. Antaranya adalah:

1) Zaliha Md. Sharif - Ibu & cikgu yang mengajar As hidup berdikari.

2) Baharin Mohd - Ayah & cikgu yang mengajar As tentang tanggungjawab sebagai manusia.

3) Mohd Hanafi Abd Wahab - Suami & cikgu yang mengajar As senaman & gaya hidup sihat.

4) Semua cikgu di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak, tahun 1986 hingga 1990.

5) Semua cikgu di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak 2, tahun 1990 hingga 1991.

6) Semua cikgu di Sekolah Menengah Taman Keramat, tahun 1992 hingga 1996.

7) Semua pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, tahun 1997 hingga 2001.

8) Semua cikgu di Sekolah Menengah Pasir Gudang 2, semasa As menjadi guru sandaran tahun 2001, 2008 hingga 2009.

9) Semua cikgu di Sekolah Menengah Seri Alam 2, semasa As menjadi guru sandaran tahun 2010.

10) Semua makcik sedara mara As yang berkhidmat sebagai guru di seluruh Malaysia. Antara mereka adalah Aslina Baharin, Shamsilawati Md. Sharif, Farizah Md. Sharif dan ramai lagi.

11) Semua kawan-kawan As yang berkhidmat sebagai guru di seluruh Malaysia. Antara mereka adalah Izeliwani Ismail, S Hasila Hamzah, Siti Wahidah Sulaiman, Fahmiyah Nawawi, Fuad Rafik dan ramai lagi.

12) Semua cikgu & mentor As dalam online bisnes di seluruh Malaysia. Antaranya adalah Kam Maria Abdul Mutalib, Mohd Firdaus Mat Saad, Kam Haryatie Abdul Mutalib dan ramai lagi.

Okay, terima kasih beberapa kad ucapan yang As kumpul untuk semua guru-guru sekalian.






 





Akhir sekali, meh layan lagu kanak-kanak riang ni, untuk para guru seluruh Malaysia. Semoga terus tabah dalam mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi.



Sekian saja coretan As buat kali ini, semoga kita bertemu kembali. 

Jika anda berminat dengan entri ni, feel free to share with other. Babai.

Salam sayang, 



#whatsapp 019-7187112 untuk dapatkan suplemen Shaklee demi menjaga kesihatan anda sekeluarga. As sentiasa beri harga kasih sayang.

Comments