4 KONSEP REZEKI YANG PERLU KITA MANFAATKAN

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,
As doakan semoga u olls semua sentiasa sihat sejahtera dilindungi rahmat Allah.


Hari ni As terpanggil nak kongsi tentang rezeki. Ini pun As dapat dari whatsapp kawan-kawan, so As pun suka nak abadikan peringatan yang baik ni untuk diri As juga. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsiaan ini. Inshaa Allah.


KONSEP REZEKI PERTAMA

Kita usaha dan kita dapat. Yang ni kita dah tahu dan selalu nampak.
Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. U olls biasa kan dengan rezeki yang ni...


KONSEP REZEKI KEDUA

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Ha macam mana plak tu.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Kebanyakkan daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain macam-macam, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita dan nak beri kita nikmat yang lebih banyak. So kita mesti diuji terlebih dahulu. Kita perlu niat ikhlaskan hati kita untuk redha dengan ketentuan Allah.



KONSEP REZEKI KETIGA

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan impaknya. Kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah pada kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu tak nampak dan lupa untuk bersyukur.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? 
Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita. Subhanallah.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, keseronokan beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita masih tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Allah terangkan dalam surah ini, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari bersyukur. kan? Nauzubillah

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?




KONSEP REZEKI KEEMPAT

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. MAN JADDA, WA JADDA, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

Antara contoh-contoh rezeki lain yang mungkin anda terlepas pandang.
Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! 
Subhanallah, kalau disenaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita lupa nak bersyukur?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

As kongsikan sebagai peringatan untuk diri As khususnya. Selagi nyawa dikandung badan, masih sempat lagi untuk kita manfaatkan keempat-empat konsep rezeki ini dan mensyukuri nikmatnya, sebelum waktu terhenti dan Allah tarik segalanya, Nauzubillah.



Sekian saja perkongsiaan As kali ini, semoga kita bertemu kembali.

Wassalam
Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments