AKU KAU KITA DAH 13 TAHUN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa untuk As terus bernafas hari ini.

As doakan u olls sentiasa sihat sejahtera dilindungi rahmat Allah.

Pada tanggal 20 Disember 2002, ku Asnita Baharin telah dinikahkan dengan seorang lelaki budiman, Mohd Hanafi Abdul Wahab namanya. 
Hari ini 20 Disember 2015, merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-13.
Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat kebahagiaan yang telah Allah kurniakan selama ini.
Gambar nikah tahun 2002

Meh As nak cerita sikit memori ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13 ini.

Kami tumpangkan Superkids Alief Haiqal & Aidiel Haqimi dengan emak As di Kuala Lumpur. Pada 17 Disember 2015, macam biasa As call mereka tanya khabar. Kemudian, Along Alief nak cakap sesuatu dengan Adam. Oleh kerana As on loud speaker, maka As dengar lah rancangan mereka nak bagi suprise pada mama dah ayah bila mereka balik nanti.

Wah, suprise gitew. Pandai dah anak bujang As ni buat suprise. Maklumlah Along Alief ni umur 12 tahun, next year dah masuk sekolah menengah dah, memang dah besar dah anak mama. Alhamdulillah. Inilah anak-anak syurga ku.

Pada hari Sabtu 19 Disember 2015, selepas kerja halfday pukul 2 petang, As memandu ke Tampin (Melaka/Negeri Sembilan) untuk menjemput Along & Angah di sana bersama emak As. Bila sampai sana, Along Alief sibuk-sibuk dengan Adam nak simpan barang dalam kereta. As pun buat-buat macam tak mengerti la konon...

Lepas solat magribh, As pun gerak balik Pasir Gudang dengan semua Superkids. Sampai rumah tepat pukul 12 tengah malam, badan memang dah penat. Mana taknya hampir 7 jam As memandu. Ini kira rekod peribadi lah kan.

Pada pagi 20 Disember 2015, As dan hubby sama-sama ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13. Alhamdulillah mempunyai cinta hati sepertinya, As rasa sangat bersyukur perkahwinan kami bahagia hingga ke hari ini. Macam biasalah kan adat berumahtangga ada suka ada duka. Adat suami isteri ada busuk ada wangi. Bak kata Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, "sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi"

Hari ini Hubby kerja, so kami tak kemana-mana siang hari. So As dan Superkids buat aktiviti sendiri. Kami rajin plak nak mandikan kuda As, hehehe cuci kereta Myvi As la, kuda beroda.

Bila tiba malam masa As dah siap nak pergi dinner kat luar, Superkids tiba-tiba suruh As masuk bilik kami. As pun naik ke bilik tanpa banyak soal. Tetiba As nampak sesuatu di atas katil. Jeng jeng jeng, ada kad ucapan dari Superkids, so sweet.

Ni As tunjuk hasil kreativiti My Superkids.

Dalam love tu tersilap tulis tahun tau, Along tulis ke-12 instate ke-13, hehehe tersilap katanya, sorry.



Lepas tu kami 1 famili dok propa dengan kad tersebut.



Malam ni kami dinner kat Restoran Big Food kat Jalan Nong Chik Height. Maintenance day la kata kan. Meh layan gambar kami makan-makan. Ops, sebelum tu just nak share makanan kat restoran ni memang bersaiz besar, 1 pinggan hidangan boleh makan 2-3 oramg dewasa. Tapi kami 1 pinggan As kongsi dengan Superkids. Hidangan Superdad pun kami kongsi juga. Alhamdulillah, cukup untuk isi perut malam tu.



Syukur Alhamdulillah rezeki kami malam ni. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga, Aamiin. Mohon u olls doakan kami juga yek. As pun doakan semoga segala urusan u olls, Allah permudahkan. Aamiin. Nak propa gak hashtag #lovetilljannah macam best plak kan.

Sekian coretan As malam ni, terima kasih kerana sudi singgah, semoga kita bersua kembali.

Wassalam,

Entri ini sekadar catatan memori untuk koleksi As.

Comments