PENGALAMAN PERTAMA ASHANNEETA FAMILY SERTAI LARIAN MILO

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah di atas limpahan rahmat yang Allah berikan kepada kita semua.

Hari ini As bersama Superkids telah berjaya menamatkan larian sejauh 3 km di acara Malaysia Breakfast Day 2016 yang di anjurkan oleh Milo. Ini adalah pengalaman pertama kami Ashanneeta Family menyertai larian Milo.



Serius memang kami belum pernah sertai mana-mana larian bersama, namun acara ini benar-benar memberikan kami semangat untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Kebetulan acara larian ini diadakan di Pasir Gudang, maka kami tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti amalan gaya hidup sihat ini.

Kalau tak silap As, ini adalah acara larian yang As sertai selepas As berjaya menurunkan berat sebanyak 11 kg, dan kali terakhir As lari adalah di zaman persekolahan pada tahun 1996 di Kuala Lumpur. Fuhh... memang tak sangka. I made it.

PERSEDIAAN SEBELUM BERLARI

Seperti biasa sebelum kami sekeluarga keluar rumah, As ambil sarapan ringkas lagi menyihatkan iaitu susu omega plus dan ESP Shaklee. Untuk superkids plak As bagi mereka minum susu dutch lady coklat dan Mealshake Shaklee. So bila perut kami dah kenyang maka mudah la untuk kami berlari dengan penuh bertenaga.

SEKITAR HARI KEJADIAN

Ni agenda untuk semua peserta hari ini.


Ni track larian yang akan kami lalui.


Kita selfie & propa dulu sebelum berlari...


Semua muka dah tak sabar dah nak lari...


On your mark, get set, GO!!!
Lari lari kita lari... 
Akhirnya kami berjaya. We are 3 km finisher. Peluh-peluh Superkids pas berlari, yeah. Apa-apa pun memang seronok. Layan gigit pingat berupa lori minuman Milo. 


Pas penat berlari, kita beratur ambil sarapan pula. Maka inilah hasil tangkapan kami. Masing-masing pun dah pilih menu sihat masing-masing, jom kita sarapan dulu.


Haa... lepas lari kami dapat pingat, sarapan dan goodies bag sorang satu, seronok nya.

Superkid Adam Hiqmal nak makan sarapan ni. Umur dah 9 tahun ni bersemangat lari sampai habis.


Supermom pun nak sarapan juga, ada sandwich roti pita & epal fuji, I like
 
Kita sambung makan cereal Milo & minumam Milo plak, seronok beratur kat lori Milo berkali-kali.


Eh Supermom pun layan juga, percuma kan makan sampai lebam le...


Perut dah kenyang, Adam Hiqmal nak bergambar plak dengan belon cawan Milo gergasi ni.

Supermom pun nak juga walaupun dah panas dah ni.


Jumpa geng sedara mara plak dalam ramai-ramai tu, apa lagi kita propa wefie la...

Alhamdulillah, inilah serba sedikit pengalaman bermakna kami sekeluarga. Walaupun Superdad tak dapat join sebab kena kerja, tak pe. Next year insya Allah kita join 1 family yek.

Just nak bagitau u olls, kos pendaftaran untuk kami berempat ni adalah RM50 sahaja. Kami dapat baju Milo, goodies bag ada kipas, air Milo, pingat, sarapan berkhasiat dan yang paling best adalah pengalaman indah yang menyihatkan.

Walaupun semua kami pakai baju saiz S, tapi tetap layan terutamanya Adam Hiqmal nampak kebesaran baju nya macam pakai baju pinjam hehehe...

Tak sia-sia kami sekeluarga mengamalkan pemakanan suplemen untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan kami. Kami dapat kesihatan yang baik dan dapat melakukan aktiviti sihat bersama-sama. 

Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. U olls juga boleh dapat kehidupan yang sihat seperti kami dengan suplemen Shaklee kerana ia sentiasa semulajadi, sentiasa selamat dan sentiasa berkesan.

Harap ada rezeki nak join lagi tahun depan, ajak Superdad skali.

Sekian saja coretan ringkas dari As untuk hari ini, semoga kita bertemu kembali.
Wassalam,



Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments