SALAM RAMADHAN 1437 HIJRAH

Assalamualaikum,

Ramadhan datang lagi, syukur Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan berpuasa di bulan yang mulia ini.

Macam biasa kami di Johor bercuti umum di hari pertama Ramadhan, maka kami ahli keluarga Ashanneeta memanfaatkan peluang ini untuk memeriahkan amalan berpuasa kami, Inshaa Allah.

Semalam 1 Ramadhan 1437H, kami tinggal 4 beranak jek, dek kerana tidur lewat, kami semua terlajak sahur, sedar-sedar dah pukul 6 pagi, rupanya handphone off sebab bateri dah kong, patutlah set alarm pukul 4.30 pagi tak berbunyi. Ish ish ish, kesian superkids tidak bersahur.

Selesai subuh, kami pun pakat-pakat nak tukar langsir rumah di bahagian ruang tamu pula. Bahagian bilik di atas semuanya kami dah selesaikan pada hari Ahad 5 Jun 2016, senang kerja kan.

As dibantu oleh superkids yang rajin ni pun memulakan tugasan masing-masing. Macam biasa la kalau nak tukar langsir kena cabut tanggalkan dulu langsir lama, As guna hulu penyapu jek untuk cungkil cangkuk langsir dari rel nya.

Lepas tu kita cabut plak cangkuk dari langsir lama & pasang pula pada langsir yang baru (bukan langsir baru buat tahun ni tau, ini langsir As jahit untuk raya tahun 2014 punya, kita recycle la, sebab nasib elok lagi, dapat kita berjimat).

Sekarang giliran superkids pula yek.

Aidiel Haqimi a.k.a angah tolong sangkut day curtain lepas mama pasang cangkuknya

Lepas dah siap, mimie plak jadi QC inspector untuk luluskan ke tidak...

Alief Haiqal a.k.a along pula belajar pasang cangkuk

Lepas tu tolong sangkut plak sambil Adam Hiqmal a.k.a adik tolong jaga kerusi

Taadaa... dah siap dah upacara menukar langsir tahun ini, Alhamdulillah

Superkids teman Supermom belanja barang dapur di Econsave, planning nak buat kek

Inilah hasil masak memasak guna periuk Noxxa, Supermom main kutu ni tau. Berjaya buat kek butter untuk juadah berbuka

Majlis berbuka puasa hari pertama di rumah mertua ku, aktiviti setiap tahun, memang meriah & kecoh bila dah ramai

Ini pula menu untuk Superdad a.k.a coach abang ketaq yang bertugas pada shift malam, menu disediakan dari rumah seperti biasa

Setakat ini saja cerita keluarga kami untuk hari pertama puasa tahun ini. Semoga lebih keberkatan yang diperolehi di Ramadhan ini, Inshaa Allah.

Selamat berpuasa untuk u olls semua, semoga sentiasa sihat dalam menjalani ibadah puasa. Nanti kita share resepi best-best bulan puasa ni yek.

Wassalam,
Entri ini sekadar catatan memori untuk koleksi As. 
Kalau berminat boleh jadikan panduan untuk berjimat dan mendidik anak-anak soleh.
Wallahhualam.

Comments