HASIL BELAJAR SEO, ENTRI BLOG ASHANNEETA DI PAGE PERTAMA CARIAN GOOGLE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada semua permbaca blog Ashanneeta ni.

Eh kenapa As teruja sangat nih???
Mana tak nya, baru belajar teknik SEO dalam kelas coaching blog secara online tempoh hari, As praktik la beberapa teknik. Hasilnya Alhamdulillah. Bersyukur sangat.

Blog As naik di page pertama carian google tau. Ini adalah suatu perkara yang mengujakan dan As sendiri pun tak sangka... Tetiba dalam hati ada suara kecil berkata... "kalau aku buat ni 2 tahun lepas, memang setiap hari la blog aku akan sentiasa muncul di page pertama carian google"

Ish ish ish... saja jek tau nak buat As rasa bersalah. Anyway takpe meh kita sambung cerita keterujaan As ni. Kita mesti kongsi keseronokkan ini dengan pembaca yang lain, mana la tau ada kalangan pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni boleh ambil tip-tip penting sebagai panduan.

KELAS COACHING BLOGGING SECARA ONLINE DI TELEGRAM

hasilbelajarSEOpagepertama1

Pada hari Jumaat yang lepas (7 Oktober 2016), sekitar jam 9 malam, kami di Empayar Maria Firdaus menyertai kelas coaching blogging secara online. Kami gunakan aplikasi telegram sebagai perantaraan untuk berhubung.

Coaching diberikan oleh mentor kami Master Firdaus. Kelas mengambil masa dalam sejam setengah dan disertai oleh lebih 200 orang ahli keluarga MFMS.

Sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan pelbagai soalan dari kami. Akhirnya As dapat buat kesimpulan ada 7 tips penting yang boleh kita semua guna pakai. Alhamdulillah As baru guna 3 tips jek, blog As dah keluar page pertama carian google. Cuba bayangkan kalau As guna semua 7 tips tu... memang selamat hari raya la yek, hehehe.


7 TIPS PENTING HASIL BELAJAR SEO

1) Pilih tajuk entri yang betul & tepat
2) Pilih kata kunci yang menarik pembaca
3) Guna tulisan yang mudah & jelas dibaca
4) Guna gambar yang mudah difahami dengan maksud yang jelas
5) Kerap update blog mengikut jadual 
6) Menulis dari hati
7) Kongsikan di media sosial yang lain untuk perhatian pembaca

Sehubungan daripada itu, mentor kami pun buat kelas coaching berasingan untuk kami belajar lagi tentang SEO. Maka kami pun ada group coaching baru di telegram. Peserta yang sanggup menyahut cabaran ini adalah seramai 27 orang. 

Pada hari pertama launch group jek, kami telah diberikan task. So Sabtu ni (15 Oktober 2016) kami ada first online meeting untuk present task kami. Haa bukan calang-calang projek tau. Semuanya bersemangat juang yang tinggi termasuklah As.

hasilbelajarSEOpagepertama2

Okaylah, nanti As sembang lagi tentang progress projek kami ni.

Untuk semua As tunjukkan bukti-bukti entri blog As yang berada di page pertama carian google.

CARIAN GOOGLE SET KESIHATAN WANITA & SHAKLEE

hasilbelajarSEOpagepertama3

CARIAN GOOGLE LECITHIN & TESTIMONI LECITHIN

hasilbelajarSEOpagepertama4


CARIAN GOOGLE DETOX & MOTIVASI

hasilbelajarSEOpagepertama5

Sekian saja perkongsian As kali ini. Semoga kita bersua kembali.

Bagi u olls yang nak sertai kami sebagai Shaklee Independent Distributor yang terlatih, As boleh bantu anda untuk mendaftar. Hubungi As di talian 019-7187112 atau tinggalkan nombor telefon anda ruangan komen untuk As hubungi semua.

Wassalam,


Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments