SALAM MAAL HIJRAH


Assalamualaikum & Salam Maal Hijrah 1438 untuk semua muslimin muslimat seluruh dunia. 

As doakan semoga semuanya sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah. Anda Kaya Berjaya Bahagia.

Sempena maal hijrah 1438, As nak kongsi post kawan FB As di sini, untuk manfaat kita semua. As sangat tersentuh membacanya, sehingga membuatkan As terfikir sendiri... "Benarkah As sudah benar-benar memaafkan & redha?"

Mari kita baca post beliau...
Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pada kita?"

Jawapan ustaz ringkas ja, tapi agak menyentap jiwa...


"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."

Jika kita tak redha, tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT.

Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?

Sebab Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu. Sorang-sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?

Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak...

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas. Biarlah Allah menghakimi. Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Kita akan lebih tenang.

Inshaa Allah.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YANG SENGAJA ATAU TIDAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN ANDA SEMUA DENGAN SAYA.

ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN

SALAM MAAL HIJRAH 1438

Begitulah post beliau... Bagaimana perasaan u olls sekarang? Ada rasa nak salam bermaafan selamat hari raya ke???

As rasa As kena maafkan sesiapa saja sekali lagi samada secara terbuka atau tertutup... Rasa nak kena call mereka-mereka yang mungkin ada terasa hati dengan As sebelum ini. 

Tujuan As nak minta maaf & bagitau bahawa As pun dah maafkan mereka dengan redha. Idok le As nanti tertangguh urusan di akhirat nanti, nauzubillah.

Sekian cerita As hari ini. Semoga tahun baru hijrah kali ini lebih bermanfaat untuk kita semua & semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat kita semua, aamiin.

Wassalam, 



Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments