SET KESIHATAN WANITA TERBAIK UNTUK SETIAP PERINGKAT UMUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar para wanita di luar sana? Tentu u olls sedang sibuk menguruskan urusan masing-masing kan...

Ada yang sibuk di office, di rumah, di lapangan, di hospital, di balai, atau di mana saja u olls berada pasti u olls sedang mengunakan banyak tenaga untuk bergerak, berfikir, bercakap, berbincang dan macam-macam lagi lah kan...

As boleh bayangkan betapa u olls keletihan dan kepenatan dalam melaksanakan tugasan u olls atau mungkin u olls cergas bertenaga sepanjang hari???
Tepuk dada tanyalah hati.

Sebab kenapa As tanya macam-macam ni adalah kerana As nak berkongsi tentang SET KESIHATAN WANITA TERBAIK yang sangat-sangat u olls perlukan. 

Kenapa As cakap terbaik??? Sebab ini adalah antara gabungan terbaik yang Shaklee tawarkan untuk para wanita dan memenuhi setiap peringkat umur. Haaa cover terus dari wanita muda sehingga wanita warga emas tau.

Mari As kongsikan beberapa panduan nutrisi penting untuk u olls kaum wanita ciptaan istimewa kan.

Yang kaum lelaki jangan buat-buat nak lari plak yek, maklumat ini juga penting untuk anda ketahui supaya anda boleh jaga wanita anda, tak kira lah isteri ke, emak ke, ibu mertua ke, kakak ke, anak ke, makcik ke atau sesiapa saja wanita yang anda sayangi.

PANDUAN NUTRISI KAUM WANITA UNTUK SETIAP PERINGKAT USIA


Memang normal la kan kalau orang wanita ni sentiasa sibuk dan huru hara dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menguruskan rumah, suami, anak, ibu bapa dan kerjaya mereka. 

Tetapi apabila mereka terlalu memberi tumpuan kepada orang lain, siapa yang menjaga mereka? Bukankah wanita juga berhak mendapat sesuatu yang terbaik sebagai balasan?

Maka jadikan SET KESIHATAN WANITA adalah keutamaan kita semua mulai hari ini.

SET KESIHATAN WANITA DI USIA DEWASA


Apabila wanita mencecah usia dewasa, cabaran paling utama adalah untuk mengekalkan kesihatan diri di tahap paling optimum. 

Kesan paling ketara adalah apabila seseorang wanita itu sukar mengawal berat badannya, tahap tenaganya dan kesihatan kulitnya. 

Ini disebabkan oleh perubahan semulajadi hormon setiap bulan ditambah dengan kesibukkan seharian.

Perkara yang paling menakutkan para wanita adalah apabila berat badan mereka semakin bertambah setiap bulan dan keadaan kulit yang semakin kusam. Oh tidak!!!

Keadaan mungkin akan menjadi lebih getir apabila seseorang wanita itu telah berkahwin dan bersedia untuk hamil. Oleh itu para wanita perlu bertindak segera untuk menjamin kesejahteraan kesihatan anda.

SET KESIHATAN WANITA UNTUK BAKAL IBU


Bagi wanita yang mencuba untuk hamil atau yang sedang hamil, kesihatan dirinya perlu diberi keutamaan sebelum memikirkan kesihatan bayi yang bakal dilahirkan.

Mengamalkan diet yang sihat sebelum atau semasa hamil dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi. Selain itu dapat merangsang perkembangan sihat otak janin dan meningkatkan peluang bersalin secara normal.

Nutrisi yang lengkap boleh diperolehi daripada makanan yang disediakan dengan sempurna dan juga dengan mengamalkan suplemen sebagai makanan tambahan, iaitu pelengkap nutrisi yang kurang dalam diet harian anda.

SET KESIHATAN WANITA YANG BERGELAR IBU


Haa, kini wanita telah pun bergelar ibu, mama, emak, umi atau apa saja panggilan yang sedap digelar. Di kala ini, si wanita bertanggungjawab memberikan yang terbaik untuk bayinya.

Off course la bila wanita dah bersalin, pasti perubahan ketara berlaku pada dirinya seperti pertambahan berat badan, perubahan bentuk badan dan struktur kulit. 

Ini semua sedikit sebanyak memberi kesan tekanan pada si wanita, dengan mana nak menyusukan dan membesarkan bayi, mana nak menguruskan suami lagi apatah lagi nak urus diri lagi... Hurmmm memang akan serabailah diri wanita jika tidak diurus dengan baik.

Jika para wanita tidak mengambil langkah berjaga-jaga di peringkat awal, dikuatiri keadaan kesihatan wanita semakin terjejas dan mungkin memberi impak pada bayinya juga. 

Jadi amatlah penting si wanita memastikan kesihatan diri mereka terpelihara sejak dari awal kehamilan dan diteruskan sehingga penyusuan bayi selengkapnya. 

Shaklee memang bersedia menawarkan suplemen untuk para wanita yang telah banyak berkorban melahirkan seorang insan dari rahimnya.

SET KESIHATAN WANITA DI USIA EMAS


Bila cakap pasal warga emas, pastinya kita terfikirkan nenek-nenek kita kan... Kalau ikutkan zaman nenek kita dibesarkan, amatlah sukar untuk mendapatkan makanan segera. 

Mereka lebih terdedah pada persekitaran yang lebih sihat dengan makanan yang lebih berkhasiat kerana kebanyakkan sumber makanan seperti ikan, ayam, sayur diperolehi dari ladang atau kebun mereka sendiri. 

Pastinya nenek-nenek kita dulu lebih sihat kerana tinggal di persekitaran yang bersih dengan udara yang segar.

Cuba bayangkan kehidupan kita apabila bergelar nenek suatu hari nanti, adakah sama sihat macam nenek kita atau sebaliknya?

Disebabkan keadaan dunia yang pesat membangun ni, kita tidak boleh mengelakkan diri kita dari pencemaran dari persekitaran. Ini akan memberi impak pada kestabilan hormon kita di kala usia emas nanti. 

Keadaan perubahan hormon ketika memasuki peringkat menopaus, memaksa wanita warga emas mengambil suplemen yang sesuai untuk memberi keselesaan ketika perubahan hormon yang sedang berlaku. 

Mengamalkan suplemen yang bagus juga boleh melambatkan proses penuaan di mana sel-sel badan masih berfungsi dengan baik. Oleh itu si wanita warga emas akan menikmati peringkat penuaan dengan lebih menyihatkan dan menyeronokan.

SET KESIHATAN WANITA MENAWARKAN


Ini merupakan set kesihatan wanita untuk setiap peringkat umur. Bermula dengan wanita dewasa, bakal ibu, si ibu dan bayinya sehinggalah si comel nanny iaitu wanita warga emas.

Untuk bulan Oktober ini, bagi setiap pembelian mana-mana set kesihatan wanita seperti yang ditawarkan, para wanita layak mendapat Eco-Friendly Jute Bag secara percuma. Selain itu anda juga layak mendapatkan shaker Shaklee yang baru pada harga penjimatan.

Maka anda boleh menghubungi As di talian 019.7187112 untuk mendapatkan SET KESIHATAN WANITA TERBAIK INI. Untuk COD As merupakan SID Taman Scientex, Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, Johor Bahru dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Sekian saja perkongsian As kali ini, banyak lagi informasi menarik yang akan menyusul untuk u olls semua.

Wassalam


Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

Comments

Post a Comment