AKTIVITI PASCA UPSR 2017 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini As nak kongsikan dengan para pembaca sekalian tentang aktiviti PASCA UPSR 2017 yang telah berlangsung pagi tadi di kelas Superkid Aidiel Haqimi Mohd Hanafi belajar, di Sekolah Kebangsaan Taman Scientex.


Cikgu Iffa selaku guru kelas 6UM4 telah memaklumkan dalam group WhatsApp kelas dan berpesan pada murid untuk membawa bahan-bahan yang diperlukan bagi aktiviti menyediakan sandwich dan mee sedap goreng.

Haa gitu menu nya, walaupun easy jek bagi kita mak-mak ni, tapi ia agak mencabar juga bagi murid-murid yang tak pernah memasak atau membantu ibu mereka memasak di dapur.

Mujur superkid Aidiel Haqimi dah biasa tolong mama masak, even dia dah boleh goreng telur dan buat roti bakar sendiri, tapi dengan pengawasan As atau superdad.

Mari kita layan gambar-gambar yang telah diambil oleh Cikgu Iffa semasa aktiviti dijalankan.




Taadaa... inilah hasil kerja murid-murid kelas 6UM4, simple dan menyelerakan.


 As dan parent yang lain sangat-sangat seronok dengan aktiviti yang diaturkan oleh pihak sekolah. Lihat respon kami para ibu terutamanya.



Begitulah keseronokan dan kemeriahan yang berlaku. Semoga anak-anak ini dapat belajar sesuatu dari aktiviti yang dijalankan dan menjadikan diri mereka lebih kreatif dan berkebolehan dalam pelbagai bidang yang mereka minati.

Untuk hari-hari seterusnya, pasti ada lagi aktiviti menarik yang telah pihak sekolah rancangkan. Untuk esok Khamis aktiviti Jalan 1000 langkah dan peperiksaan akhir tahun bagi subjek elektif.

Bila badan cergas, minda pun pasti akan cerdas. Sebab tu As sentiasa bekalkan Aidiel Haqimi dengan Set Superkids Genius setiap hari bagi memenuhi keperluan nutrisinya yang sedang membesar dangan sihat dan sentiasa bertenaga di sekolah pagi dan petang, insya Allah.


Sekian saja perkongsian As hari ini. Plan asalnya nak suruh Aidiel Haqimi yang tulis entri ni dengan format karangan Bahasa Melayu, namun tidak kesampaian kerana dia keletihan dah tidur awal jam 9.30 tadi.

Anyway, As sangat-sangat seronok dapat berikan yang terbaik untuk anak-anak soleh kami dan akan terus berusaha untuk sediakan yang luar biasa hebat demi kecemerlangan mereka dalam pelajaran dunia dan akhirat, insya Allah.

Wassalam & salam hormat,


Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH



Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat) | ita2112@yahoo.com

Comments