CoQ-TROL PLUS Shaklee Bantu Tingkatkan Tenaga Sel Anda

CoQ-TROL PLUS merupakan produk keluaran Shaklee yang telah diformulasikan semula dari CoQ-Health. Kenapa produk ni diformulasi kan semula?

Ni adalah untuk menambah nilai fungsi & keberkesanan nya kepada pengguna.

Apa yang CoQ-Trol Plus ni boleh berikan?


Sebelum tu kita faham dulu APA ITU CoQ10? 

📎 CoQ10 adalah Koenzim (Coenzyme) Q10 yang bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga di setiap sel badan kita.

📎 CoQ10 didapati dalam mitokondrion iaitu kilang penghasilan tenaga untuk sel. Sapa yang pernah belajar sains mesti pernah dengar mitokondrion ni.

📎 CoQ10 bertindak sebagai palam pencucuh sel (omputeh kata spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (omputeh kata lagi ATP : Adenosine Triphosphate) *yang ATP ni nanti As terangkan*

Bahasa paling mudah... dalam badan kita ada sel, dalam sel ada mitokondrion, ha dalam mitokondrion tu la makanan kita ditukar kepada tenaga ATP dengan bantuan CoQ10.

Hipotesisnya jumlah penghasilan tenaga ATP bergantung pada tahap keberkesanan CoQ10.

Apakah kesimpulannya? Tunggu di akhir entri.


MENGAPA CoQ10 PENTING?

📎 CoQ10 bantu kita kekal bertenaga

📎 CoQ10 mampu memperbaiki peredaran darah dengan lebih efisien

📎 CoQ10 bantu meningkatkan tahan kesuburan

📎 CoQ10 mampu menjadikan kulit cantik berseri (fefoles gitew)

📎 CoQ10 bantu meningkatkan ketajaman minda terutama bagi mereka yang semakin meningkat usia


MENGAPA KITA PERLUKAN CoQ10?

Jumlah CoQ10 akan berkurangan mengikut usia. Walaupun tubuh kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini mula menurun pada usia 20 tahun dan semakin berkurangan secara memdadak pada usia 40 tahun dan berterusan hingga 80 tahun. 


Penghasilan CoQ10 oleh tubuh memerlukan vitamin & mineral, jika nutrisi harian kita tidak lengkap, bagaimana CoQ10 yang sihat boleh dihasilkan?

Pemakanan seharian kita tidak mampu memberi CoQ10 yang mencukupi kerana faktor gaya hidup dengan pemilihan makanan yang kurang nutrisi seperti makanan segera, fast food, makanan ringan.

Tekanan oksidatif dari pencemaran di persekitaran kita, mengurangkan keupayaan badan untuk menghasilkan CoQ10 yang aktif

Pengambilan ubat statin juga mengurangkan penghasilan CoQ10. Ubat statin diberikan oleh doktor kepada pesakit yang menghadapi masalah kolesterol tinggi dalam darah.
Statin ni membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan meyekat enzim yang diperlukan untuk menghasilkan kolesterol. 

Menurut tulisan Dr. Zubaidi, beliau menyarankan pesakit yang terpaksa mengambil ubat statin, perlu juga mengambil suplemen CoQ10 untuk menambah kuantiti CoQ10 dalam tubuh yang berkurangan akibat kesan sampingan dari statin.



BERAPA DOS CoQ10 YANG DIPERLUKAN SETIAP HARI?

Untuk fungsi badan yang optima, kita disyorkan untuk mengambil 100mg CoQ10 setiap hari.


100mg CoQ10 dari sumber makanan adalah seperti;

🔍100 sudu makan minyak kanola, atau
🔍3.3kg mentega kacang (peanut butter), atau
🔍3kg daging merah, atau
🔍100 cawan brokoli rebus



Mampukah kita nak makan mana-mana satu dari pilihan yang di atas setiap hari? Tepuk dada tanyalah hati...

Oleh itu, As menyarankan kita mengambil CoQ10 dari sumber suplemen yang sangat-sangat mudah iaitu Shaklee CoQ-Trol Plus. Hanya sebiji sehari mampu membekalkan 100mg CoQ10 untuk bekalan tenaga optima setiap hari, insyaAllah.

Kesimpulan untuk hipotesis di atas, jumlah penghasilan tenaga ATP sangat-sangat bergantung kepada tahap pengambilan CoQ10, iaitu 100mg setiap hari untuk bekalan tenaga optima.




Perlukan bantuan konsultasi tentang suplemen untuk kesihatan, sila hubungi As sekarang di 0197187112 
Sekian, terima kasih,

 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH




Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com

Comments