SAAT MAGIKA BERSAMA TWB | AURASHANTEQSPA


Pejam celik pejam celik, sudah hampir 3 tahun As bersama team The Walking Beauty atau lebih dikenali sebagai TWB. Macam tak percaya rasanya, As ni seorang yang tangan keras boleh jadi CERTIFIED BEAUTICIAN di bawah naungan founder TWB yang hebat iaitu Puan Ainul Shahrazad.

Tangan keras tu bermaksud kejong la kalau nak urut-urut atau belai-belai muka. Jangan kata muka orang, muka sendiri pun main tonyoh jek haha. Cuci asal boleh jek masa zaman-zaman takda ilmu facial dulu. Namun bila dah belajar, maka tiada yang mustahil. 

Masih ingat lagi kisah saat nak decide join projek spa TWB ni. Asyik dok fikir jek betul ke aku ni nak join projek ni? Boleh ke aku facial muka orang? Layak ke aku nak ada spa tanpa kedai atas nama sendiri? Ada ke customer nak facial dengan aku? Fuhh macam-macam la soalan-soalan yang berlegar-legar difikiran ni. 

Tapi... As pilih untuk cuba juga sebab As ni memang jenis suka try something new. We don't know until we try it right, As cakap pada diri sendiri.
So As nekad and just follow the procedure until As officially become a CERTIFIED TWB BEAUTICIAN pada Julai 2015, Alhamdulillah.  Allah dah aturkan yang terbaik untuk As. 

Di rumah Puan Ainul selepas training Face Relaxing Treatment. Best muka kena belai.

Boleh baca kisah bagaimana As nekad nak join TWB sampai sanggup drive sendiri dari Pasir Gudang ke Bangi untuk training, siap bawa 3 orang anak masa tu. Allah saja yang tahu betapa tawakal nya As masa tu.

Itulah SAAT MAGIKA PERTAMA AS BERSAMA TWB (klik di sini)

Then pada tahun November 2015, sekali lagi As gagah drive ke KL untuk TWB. Kali ni buat pertama kalinya As menjejakkan kaki ke Shaklee HQ (bangunan lama sebelum berpindah ke Sunway Geo Tower.

Dengar taklimat dari Puan Ainul, founder TWB. Memang awesome sangat perasaan & semangat As.

Kali ni ada training untuk Spa Rambut plak guna Prosante Shaklee plak. Memang best sangat-sangat dapat belajar cara memcuci rambut dengan betul dan yang paling best, As terima sijil Certified Beautician TWB dari founder, memang feeling WOWO sangat masa tu.

Inilah bodyguard As sepanjang masa. Kerana mereka lah As pilih untuk be part of TWB.

Bermula dari itulah As aktif menjalankan facial di sekitar Pasir Gudang, Masai & Seri Alam. Kadang-kadang As ke Johor Bahru juga atas permintaan customer. Dari tak pandai, kini As semakin lemah lembut jari jemari ketika membelai wajah customer.

Inilah SAAT MAGIKA KEDUA AS BERSAMA TWB

Last but not least, SAAT MAGIKA KETIGA AS BERSAMA TWB, adalah terkini As berjaya mengadakan BOP (Business Opportunity Preview) di rumah As, atas tunjuk ajar Puan Ainul. As practice dalam 5 minit jek gitu, then As berjaya delivery BOP dengan yakin. Syukur Alhamdulillah. Betul kan As cakap, "We never know if we don't try it". So I make it, WOW.

Inilah Youth Skincare yang digunakan dalam facial AuraShanteqSpa.

Apa yang As dah capai sepanjang join TWB ni?
💛 Berjaya ada Spa atas nama sendiiri iaitu AURASHANTEQSPA yang menjalankan perkhidmatan Home Spa & Mobile Spa
💛Mampu jana income dari facial wanita-wanita cantik di Johor Bahru
💛Mampu bantu wanita hebat di luar sana untuk menjana pendapatan sendiri hanya dari rumah

Apa yang dah TWB transform As?
💛Lebih beryakinan untuk tampil cantik 
💛Mampu untuk yakinkan wanita lain untuk tampil yakin & cantik selepas ber facial dengan AuraShanteqSpa
💛As mampu jadi Certified TWB Trainer untuk latih lebih ramai beautician TWB yang berminat nak jana pendapatan sendiri dari rumah.

Kenangan bersama founder TWB, she is so awesome & inspired other. As teruja sangat untuk terus maju bersama TWB.

WOW, segala yang berlaku sangat-sangat awesome hanya dengan izin Allah. As hanyalah seorang wanita yang punya impian untuk terbang tinggi mengapai segala IMPIAN BESAR As demi keluarga tercinta. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya, aamiin. Mohon kengkawan semua doakan yang terbaik yek.

Inilah penjana semangat As setiap masa, encik suami Coach Abang Ketaq. Dengan berkat doanya akaq akan terus ber TWB & lahirkan lebih ramai beautician TWB yang hebat, insyaAllah. Upah facial dengan Youth ni tau.

Sekian saja coretan moment As di SAAT MAGIKA BERSAMA TWB. As yakin akan ada banyak lagi moment hebat bersama team TWB selepas ini. Yang paling As tak sabar ialah TWB YOUTH PARTY, yoohoo.

Anda mahu jadi part of TWB?
Sebenarnya u olls boleh dapat lebih dengan ilmu The Walking Beauty Spa Tanpa Kedai.

Hubungi agen #TheWalkingBeauty anda sekarang.
AuraShanteq 0197187112 #BeautyWithBrain

 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH




Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com

Comments

  1. Wah...bestt2...kak as juga yg train kita...alhamdulillah terima kasih kak as! Jemput kak ke blog tak siap kita..hehehe tgh renovation to sebab semangat nk join contest ku gagahkan jua menulis.. https://leylaluvya.com/saat-magika-bersama-twb/

    ReplyDelete

Post a Comment